Pernah dengar tentang eGTukar?
Jika anda bergelar guru, artikel ini khas untuk anda. E-GTukar ini ialah salah satu modul yang terdapat di dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang mana ia diletakkan di bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk maklumat, modul atau sistem eGTukar ini di diwujudkan bertujuan untuk membantu guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke daerah atau ke negeri lain mengikut pilihan masing-masing. Namun bergitu ia haruslah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
KPM sangat berbesar hati dan melakukan rombakan terhadap sistem online ini bagi membantu guru-guru yang meminta untuk tinggal berdekatan dengan keluaga ataupun dengan pasangan masin-masing. Jadi, diharapkan usaha ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran di hati para guru.
Untuk makluman, sistem pertukaran guru di Malaysia ini melibatkan dua pihak iaitu pihak dari guru itu sendiri dan juga pihak pentadbir sistem yang mana melibatkan pengurusan KPM di peringkat : Bahagian, Daerah, Negeri dan Sekolah.
Namun bergitu, permohonan pertukaran guru hanya boleh dibuat melalui atas talian sahaja, iaitu dengan melalui sistem eGTukar. Maka, permohonan secara manual tidak berlaku sama sekali dan segala permohonan berkaitan hanya boleh dilakukan pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Perlu diambil perhatian, para guru perlu cakna mengenai permohonan ini kerna permohonan pertukaran guru ini hanya berlaku 2 kali setahun, iaitu ketika permohonan sesi Januari dan ketika permohonan sesi Jun.
Portal eGTukar
Bagi guru-guru yang berhajat untuk melakukan pertukaran guru, anda boleh lah menggunakan sistem online ini dengan memohon melalui pautan di sini : https://epgo.moe.gov.my/.
Berikut adalah 2 perkara penting yang perlu diberi perhatian:
- Guru – Hanya pengguna yang berjaya didaftarkan oleh Pentadbir Sistem sahaja dibolehkan untuk mendaftar & menggunakan modul atau sistem ini
- Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang dilantik oleh KPM sahaja dibolehkan untuk menggunakan modul atau sistem ini dengan pengikut peranan yang telah dipersetujui.
Cara login eGTukar guru untuk yang pertama kali
Bagi guru yang pertama kali untuk memohon eGTukar, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di link ini : https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm.
Setelah anda berjaya masuk sila isikan butiran berikut:
- Isikan nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor gaji
- ID pengguna
- Kata laluan
- Pengesahan kata laluan
- E-mel
- Tarikh lahir
- Soalan keselamatan
Akhir sekali, klik pada butang simpan dan anda sudah siap mendaftar dengan eGTukar dan terus bole mengisi permohonan eGTukar anda.
Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal terjadi ketika anda mahu mengemukakan permohonan pertukaran guru, sila pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan telah pun disahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Syarat-syarat bagi permohonan pertukaran guru (eGTukar)
- Pertukaran guru tidak dibenarkan sehingga menerima surat kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan juga surat penempatan yang baru dari jabatan pendidikan negeri yang telah diluluskan.
- Jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah atau bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM sendiri sahaja yang akan menentukan penempatan guru-guru ke sekolah.
- Pihak KPM tidak akan melayan permohonan pembatalan pertukaran sekiranya permohonan pertukaran telah diterima kelulusanya.
- Pihak KPM juga tidak akan melayan permohonan jika terdapat negeri yang dimohon tidak mempunyai kekosongan jawatan.
Kriteria atau syarat khas untuk memohon pertukaran
Guru-guru yang terlibat perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:
- Kekosongan jawatan yang dimohon
- Keperluan opsyen dinegeri yang dimohon
- Kepentingan perkhidmatan
Permohonan ini terbuka khas kepada guru-guru dengan pangkat berikut
- Guru Tingkatan enam
- Guru Cemerlang
- Guru Penolong Gred DG29
- DG 32 (KUP Time-based)
- DG 34 (KUP Time-based)
- DG 38 (KUP Time-based)
- DG 41
- DG 42
- DG 44 (KUP Time-based)
- DG 48 (KUP Time-based)
- DG 52 (KUP Time-based)
- DG 54 (KUP Time-based)
Kategori guru yang tidak boleh memohon pertukaran
Berikut adalah senarai kategori guru-guru yang tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran. Namun, para guru masih lagi boleh membuat pertukaran selepas bebas dari syarat-syarat di bawah ini:
- Guru yang masih lagi mengikuti kursus atau masih lagi dalam tempoh belajar
- Guru yang masih bercuti dengan separuh gaji atau tanpa gaji
- Guru yang masih dalm proses atau masih dikenakan dengan tindakan tatatertib
- Guru interim yang masih lagi mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru dengan gre DG42 yang masih lagi memangku dan belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang masih lagi memangku dan masih belum lagi dinaikkan pangkat
Cara memohon pertukaran guru (eGTukar) online
Berikut adalah langkah-langkah bagi membuat permohonan pertukaran guru:
Langkah 1: Daftar masuk (login)
Pengguna boleh layari di laman web rasmi di pautan ini : https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
Pada ruangan ini, pengguna haruslah mengisi maklumat dengan teliti supaya tidak berlaku masalah ketika log masuk ke dalam sistem. Terutama butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor gaji dan juga e-mel haruslah betul dan tepat.
Adalah penting juga untuk pengguna ingat soalan keselamatan dan juga jawapan kerana medan ini sangat diperlukan sekiranya anda mahu menukar kata laluan kelak.
Langkah 2 : Terima Butiran Pendaftaran
Klik pada butang simpan untuk proses pendaftaran. Anda boleh cuba terus ke ruangan laluan masuk untuk terus menggunakan sistem dan segala butiran mengenai pendaftaran telah pun dihantarkan ke alamat e-mel yang telah anda isi.
Langkah 3 : Log Masuk
Setelah selesai pendaftaran, anda bolehlah cuba log masuk ke sistem aplikasi permohonan dengan masukkan ID pengguna, kata laluan dan juga nombor kad pengenalan.
Anda haruslah memastikan butiran anda tepat seperti yang telah didaftarkan. Paparan maklumat laluan masuk salah akan dipaparkan sekiranya maklumat yang anda masukkan diawal tadi tidak tepat.
Bagi mengatasi masalah ini, sekiranya ia berlaku anda bolelah menukar kata laluan dengan menekan butang pautan tukar kata laluan yang berada di laman utama eGTukar. Kesemua ruangan ini haruslah disi semula dengan teliti.
Maklumat mengenai soalan keselamatan dan juga jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.
Langkah 4: Menyemak status atau Memohon pertukaran
Perlu diingatkan, guru yang mahu membuat permohonan pertukaran mestilah membuat permohonan dalam tarikh yang telah ditetapkan sahaja. Jika tidak, sistem ini tidak dapat membantu urusan selanjutnya
Pada tahun 2020, permohonan pertukaran guru melalui sistem ini akan dibuka bermula pada 17 Februari 2020 sehingga berakhir pada 17 Mac 2020 untuk sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021.
Anda juga harus mengemaskini maklumat permohon melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru eOperasi sebelum membuat permohonan pertukaran.
Semakan status pertukaran anda boleh dibuat setelah diumumkan tarikhnya.
Langkah 5 : Log Keluar
Bagi menamatkan sesi penggunaan sistem anda perlu klik atau menekan pada butang log keluar.
Ini merupakan langkah keselamatan dan anda perlu berwaspda dengan segala kemungkinan, bagi mengelakkan tiada pihak lain yang cuba menyalahgunakan maklumat peribada anda.
Maklumat lanjut
Bagi mendapatkan info lanjut berkaitan pertukaran guru ini, anda boleh lah membuat rujukan di pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/FAQ%20PERTUKARAN%20GURU%202019.pdf
Penutup
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda dan diharapkan anda dapat melakukan permohonan ini dengan jayanya. Moga ada rezeki penempatan baru kepada semua guru-guru yang memohon.
SUMBER:
http://www.pendidikanmalaysia.com/2019/09/egtukar-guru-login.html?m=1
https://www.permohonan.my/permohonan-egtukar-online-guru/