Now Reading
Pernah dengar tentang Ninso Melaka?

Pernah dengar tentang Ninso Melaka?

Ninso Melaka

Eh kejap, macam biasa dengar je Ninso melaka ni. Tapi apa sebenarnya Ninso Melaka ni? Haa, bagi yang tak pernah dengar meh baca artikel ini.

Ninso Melaka ni adalah sebuah kedai “berhantu” yang terletak di Melaka. Sebenarnya kedai ni ada banyak cawangan. Melaka adalah salah satunya. Kira kedai ni macam kedai Eco tu lah. Kedai barangan yang murah-murah tu.

Di Ninso ini terdapat pelbagai jenis barang keperluan rumah dengan harga yang mampu milik. Jadi tak hairan lah kenapa kedai Ninso ni pun turut jadi pilihan orang ramai selain dari kedai Eco.

Berbaloi lah kan, kalau beli banyak mana pun harga tetap jauh lebih murah berbanding dengan membeli-belah di supermarket. Iya, harga untuk setiap barang adalah bernilai RM 2.10. Wow, teruja nya kan?!

Perempuan dengan membeli-belah kan tak dapat dipisahkan? Kedai Ninso Melaka ni memang terapi lah untuk golongan ni kalau tengah stres tu. Tak perlu pun bawa ke kedai mahal. Cukup dengan datang sini hilang terus semua stres.

Ninso Melaka ni mendapat sambutan yang hangat tau dari penduduk setempat. Semua barangan berkualiti dari buatan Malaysia ini telah diberi jaminan oleh pihak Ninso sendiri ya. Jadi, tak perlu dah susah hati dengan kualiti barang-barang di sini.

Menariknya lagi, di Ninso Melaka ni ada lebih 100, 000 barangan. Apa saja barang yang anda perlukan, Ninso ada jawapannya. Semua jenis barang termasuklah set kutlari, barang mandian, makanan, alat tulis, buku kanak-kanak dan banyak lagi lah untuk anda.

Jadi, kalau anda tak percaya dengan kami anda boleh datang sendiri ke Ninso Melaka ni untuk tengok barangan apa lagi yang ada. Pastinya, anda tidak akan dikecewakan lah bila dah masuk sini nanti.

Dah panjang kan bercerita pasal kelebihan Ninso Melaka ni. Jom, kita bercerita bab lain pula. Eh tapi masih berkaitan Ninso lah. Nak tahu maklumat lanjut kan? Ha kena baca entri ni sampai habis ya. Kami dedahkan info menarik dan berguna untuk anda.

Bagi pengunjung tetap Ninso ni. Berbaloi kalau anda terus mendaftar untuk menjadi ahli kelab. Pelbagai tawaran menarik untuk anda, jika anda menjadi ahli kelab Ninso ni. Antaranya ialah:

  • Mendapat keahlian seumur hidup
  • Dengan hanya masukkan nilai RM10 buat pertama kali di aplikasi Ninso Club anda akan mendapat RM 10 dan juga 100 mata Ninso PERCUMA dalam akaun Ninso Club anda
  • Tidak dikenakan bayaran bulanan mahupun tahunan
  • Mendapat harga istimewa pada barangan yang tertentu
  • Bebas menggunakannya di kaunter express di kedai Ninso
  • Mendapat potongan sebanyak 10% untuk Nin Toy, Nin Cafe, Nin Bakery, Nursery dan barang Ninso Special Buy
  • Tawaran lebih menarik lagi bila anda menambah nilai RM 50 dan ke atas, anda layak mendapat extra 2% tunai.  

Bagi peminat kedai-kedai berhantu seperti Ninso ni, rugi lah kan kalau anda tak daftar kad ahli Ninso ni. Dah selalu pergi, mesti kena ada kad nya. Nah di bawah kami kongsikan langkah-langkah untuk mendaftar.

Cara untuk mendaftar dan aktifkan Ninso Club

Langkah 1 : Buka aplikasi Ninso Club (Muat turun melalui Google play atau App Store)

Langkah 2: Klik pada butang “Get Started/Bermula”

Langkah 3 : Isikan semua maklumat peribadi anda

Langkah 4 : Klik “Register/Daftar” setelah anda siap isi maklumat diri

Langkah 5 : Masukkan pula ID/Nombor Passport dan kata laluan anda untuk log masuk Ninso Club

Langkah 6 : Tekan pada butang “Account” di halaman utama

Langkah 7 : Isikan semua maklumat anda dan klik “Save”

Langkah 8 : Klik “Top up” di halaman utama

Langkah 9 : Tunjukkan kod bar ini kepada juruwang, dan bayar yuran pendaftaran kepada juruwang.

Langkah 10 : Jumlah dan mata tambah nilai akan dipaparkan di halaman utama. Boleh check semula untuk pengesahan.

Langkah 11: Sekiranya anda tidak membuat sebarang transaksi tambah nilai, anda tidak boleh menggunakan Ninso club untuk pembayaran transaksi. Jadi kena top up dulu ya RM 10.

Oh ya, anda ingin tahu waktu operasi Ninso Melaka ni? Nah di bawah kami tunjukkan untuk anda:

Waktu operasi : 10 pagi – 10 malam

Alamat Ninso Melaka : No 19, 21, 23, 25 Jalan PNBBU 4 Pusat Niaga, Bukit Baru Utama, 75150 Bandar Melaka, Melaka.

Nombor Telefon : 012-4706036

Alamat email : clarissatan.me@gmail.com

Walau bagaimanpun, waktu operasi di sini akan sedikit berubah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, sebelum ke sana pastikan dulu ya anda check dulu.

Baru-baru ini sekitar bulan Ogos 2021 kami telah mengenal pasti yang Ninso Melaka dibenarkan buka. Jadi, pihak Ninso juga tidak terlepas dalam menitikberatkan penjarakan sosial bagi mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan semua terpelihara.

Jadi, pentingnya untuk anda sebagai pengunjung mengikuti arahan yang dikeluarkan dalam mengawal dan menangani penularan wabak covid-19 yang semakin mengganas sekarang ni. Ingat, ini adalah tanggungjawab kita bersama. Ayuh rakyat Malaysia!

Oh berita baik untuk anda. Ninso Melaka ini turut menyediakan pembelian secara online. Ayuh download LOLOL APP sekarang di Google Play: http://bit.ly/2ku4cMM dan Apple store : https://apple.co/2kjzjuA.

Penutup

Sampai disini sahaja perkongsian kami kali ini yang bertemakan maklumat berkaitan “Ninso Melaka” untuk anda.

Semoga maklumat yang diberikan dapat membantu anda mencari di mana Ninso Melaka ini. Selamat membeli-belah !

Sumber

https://ohbulan.com/rm2-10-untuk-setiap-barang-ninso-tawar-pelbagai-produk-dengan-harga-terbaik-buat-korang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1196070840855260&id=210268166102204

error: Content is protected !!