ASB atau nama panjangnya Amanah Saham Bumiputera, sememangnya popular atau sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita juga sering disoal dengan pertanyaan berkaitan akaun ASB dan majoriti masyarakat berpendapat sekiranya kita tidak mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera kita adalah orang yang rugi.
Tapi betul ke kita rugi? Jadi dalam penulisan artikel kali ini kita akan membencangkan segala persoalan berkaitan dengan perkara ini.
Pertama sekali adakah anda tahu apa itu ASB? Mari kita berkenalan serba sedikit berkaitannya. Amanah Saham Bumiputera merupakan produk yang telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990. Tujuan ianya ditubuhkan adalah bagi membantu warga bumiputera untuk mempunyai simpanan alternatif.
Untuk pengetahuan anda simpanan ini mampu menjana atau memberikan pulangan keuntungan ataupun faedah dalam satu jangka masa yang panjang dan juga konsisten. Jadi maknanya disini, sebagai pelabur kita akan menerima pulangan setiap tahun yang konsisten. Ia juga telah diwujudkan sebagai harga dana pendapatan ekuiti yang tetap. Harga bagi seunit dana telah ditetapkan dengan harga RM1.00. Paling menarik bagi sebarang proses jualan dan yuran penebusan unit dana ini tiada caj yang akan dikenakan kepada anda.
Seterusnya antara perkara lain yang perlu anda tahu adalah ASB ada meletakkan had dalam pelaburan, dan had yang ditetapkan adalah sebanyak RM200,000 sahaja. Walaupun begitu jika anda menerima perolehan modal RM200,000, jumlah tersebut tidak tertakluk sebagai had pelaburan. Had yang dikenakan adalah tertakluk kepada had pelaburan yang ada had. Sebagai seorang pelabur anda diberikan kebebasan untuk melabur mengikut kemampuan dan keinginan anda sendiri. Selain daripada itu, anda juga mempunyai pilihan sekiranya anda berminat untuk mengambil unit tambahan.
Sekiranya anda menjadi pelabur dalam pelaburan ini, anda boleh menikmati dividen setiap tahun secara konsisten. Menarikkan? Kalau anda nak tahu, jumlah dividen yang anda akan perolehi adalah mengikut jumlah minimum setiap bulan dan modal simpanan anda sendiri. Kadar dividen ASB tidak akan rendah dari 5.5%. Namun ia adalah pelaburan yang terbaik bagi anda yang tidak berkemampuan untuk membuat pelaburan lain sebagai simpanan yang tetap.
Kalau anda telah menaruhkan rasa minat, anda pasti tertanya-tanya dimana tempat untuk anda membeli dana tersebut.
Seiring dengan perubahan zaman setiap perbankan juga telah menyediakan kepada para pelanggan mereka perbankan internet untuk memudahkan para pelanggannya membuat urusan pelaburan ASB.
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet bagi tujuan menambah atau melanggan lagi banyak unit pelaburan. Mudahkan? Anda bukan sahaja boleh melakukan pelaburan untuk diri anda bahkan kepada ibubapa dan anak-anak anda. Melalui hujung jari anda semua urusan boleh diselesaikan dalam satu masa.
10 perkara berkaitan pembiayaan ASB yang anda perlu tahu!
1. Apakah perbezaan diantara simpanan di ASB dengan ASB Financing?
ASB : hanya merupakan simpanan biasa melalui pembelian unit dana yang berharga tetap sebanyak RM1.00 seunit melalui buku pelaburan. Pemberian dividennya adalah tidak tetap ini kerana ianya berkemungkinan naik atau turun). Penambahan unit boleh dilakukan di ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad yang sah seperti yang telah dinyatakan di atas
ASB Financing: Pembiayaan yang dibuat dengan bank. Kaedahnya adalah pihak bank akan bertindak untuk belikan sijil ASB daripada ASNB dan bank berkenaan akan pegang sijil tersebut. Jadi kita kena bayar ansuran bulanan kepada bank.
2. Apa Beza ASB Loan dengan ASB Financing?
ASB Financing merupakan pembiayaan dana yang menggunakan kaedah pembiayaan Islamik. Anda boleh dapatkannya di CIMB Islamic dan Maybank Islamic Bank tawaran berikut.
ASB Loan pula adalah menggunakan pinjaman konvensional. Bank yang menawarkan adalah RHB, Affinbank dan BSN.
3. Jika Buat Pembiayaan ASB dan Tak Mampu Bayar Ansuran, Apa Akan Jadi?
Pembiayaan dana yang berkonsepkan Islamik tidak ada penalti fees dan lock in period. Oleh itu, sijil ASB anda akan dijual jika pembiayaan dana tidak dibayar dalam dua bulan berturut-turut.
4. Apakah Yang Akan Terjadi Jika Saya Gagal Membayar Ansuran Bulanan Pembiayaan ASB?
Sudah pastinya pembiayaan dana akan dimasukkan ke dalam sistem laporan CCRIS. Jika bayaran balik anda konsisten dan cantik maka muncul angka 0000. Jika bayaran tidak konsisten atau bermasalah, laporan CCRIS anda akan buruk. Laporan ini menunjukkan anda tidak mampu mengurus kewangan dengan baik dan akan mempengaruhi urusan loan atau pembelian secara pinjaman.
5. Pembiayaan ASB Perlu Takaful?
Pembiayaan dana dengan CIMB takaful hanyalah pilihan. Jika anda meletakkan matlamat pelaburan jangka pendek anda tidak memerlukan takaful.
6. Takaful Dalam Pembiayaan ASB Untuk Apa?
Jika seseorang meninggal dunia ataupun mengalami kecacatan yang kekal. Menerusi pengambilan takaful, baki pembiayaan akan di tanggung oleh pihak takaful. Waris akan dapat nilai pembiayaan yang telah diambil.
Namun sekiranya anda tidak ambil takaful, pulangan prinsipal akan dipulangkan kembali selepas pihak bank terminate sijil tersebut. Secara langsungnya waris tidak akan menerima beban pembiayaan dana jika apa- apa berlaku.
7. Ambil Pembiayaan Selama 30 tahun. Dah Tua Baru Merasa Duit?
Ini adalah mengikut matlamat atau hala tuju masing-masing. Tidak semua orang memilih untuk membuat pembiayaan dana sehingga 30 tahun. Kalau anda ingin membuat pembiayaan 30 tahun, komitmen hanya setahun sahaja kemudian anda boleh rolling dividen saja.
Pembiayaan ASB tak ada lock in period jadi anda tak terikat dengan tempoh 30 tahun. Tujuan ikat tempoh 30 tahun mungkin adalah untuk mendapat ansuran yang rendah. Maka pelabur tidak terbeban dengan ansuran bulanan.
8. Boleh Tak Buat Pembiayaan ASB Banyak Sijil?
Kuota ASB seorang adalah RM200,000 dan gandaan sijil adalah gandaan 1,000 unit. Jadi anda mempunyai pilihan untuk membuat banyak sijil. Sekiranya anda mampu dengan komitmen RM300 setiap bulan, anda boleh membuat dulu pembiayaan ASB RM50,000 dengan ansuran bulanan RM275.
9. Jika Saya Buat Pembiayaan ASB, Tiba-Tiba Saya Diberhentikan Kerja. Macam Mana Ya?
Anda boleh terus terminate pembiayaan ASB tersebut. Ini adalah kelebihan bagi pelabur yang membuat pembiayaan ASB yang tiada lock in period. Mereka tidak akan dikenakan penalti fees.
10. ASB Ni Patuh Syariah Tak?
Melalui kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan dalam laman web rasmi Mufti WPKL berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 pihak berwajib telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya. Hasil daripada Muzakarah berkenaan pihak berwajib telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Oleh itu sekiranya anda cenderung dan berminat untuk membuka akaun ASB anda boleh melakukannya sekarang. Semuanya boleh dilakukan secara dalam talian. Semoga maklumat ini membuka mata anda anda memberi pendedahan yang baru buat anda.
SUMBER:
https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/amanah-saham-bumiputera-dijelaskan
https://www.majalahlabur.com/saham-amanah/10-soalan-netizen-selalu-tanya-tentang-asb-financing/