Dove Face Wash merangkumi Dove Deep Pure Cleanser untuk mengawal minyak. Pencuci muka ini ada formulasi gelembung kecantikan mikro lembut kapas yang inovatif.
Ia boleh mengawal sebum dari liang pori sambil membersihkan kotoran, pencemaran dan menjadikan wajah anda lebih cerah. Pencuci muka Dove ini bukan sahaja membuang kotoran, malah ia juga memulihkan.
Formulasi Dove Face Wash ini menyihatkan kulit semasa anda mengurutnya, memberi lembapan dan mengimbangi pengeluaran sebum dalam jangka masa panjang. Ia juga diperkaya dengan NutriumMoisture™ Beauty Serum yang sangat tinggi. Wajah akan nampak matte tetapi lembap.
Dove Deep Pure Cleanser
Kulit berminyak
Anda semua tahu pencuci muka kulit berminyak yang bagus mampu untuk membuang kotoran dan sebum berlebihan dari liang pori, tapi Dove Deep Pure Cleanser ini dia satu langkah ke depan lagi.
Ia bantu mengawal minyak, membenarkan pori-pori kekal bersih dan kulit muka sentiasa matte.
Pembersihan mendalam
Dove Face Wash ini telah dicipta khusus untuk membersihkan kulit setiap hari dengan buih yang banyak dan halus, ia akan meresap masuk ke dalam kulit untuk hilangkan kotoran. Hasilnya, kulit anda terasa bersih setiap kali selepas mencucinya.
Kulit yang seimbang dan lembap
Kulit yang seimbang dan lembap dalam masa yang sama, tampak matte bukan kurang hidrasi, lembut secara semulajadi dan berseri, semua itu adalah kerana serum pelembap Dove.
Untuk membersihkan seluruh wajah, anda hanya perlukan jumlah yang kecil. Dove Deep Pure Cleanser juga berkesan menghilangkan segala kotoran dan minyak dari wajah. Nak bagi berbuih dengan air pun mudah.
Bahagian paling baik ialah ia takkan bagi kulit tegang atau kering lepas anda pakai. Malah melembapkan kulit dan tampak lebih muda.
Kelebihan Dove Deep Pure Cleanser
- Pembungkusan yang mudah di bawa
- Penampilan produk yang menarik
- Membuang segala kotoran dan minyak berleihan tanpa membuatkan kulit muka rasa kering
- Kulit menjadi lembut dan anjal
- Membuat pori kelihatan mengecil
- Bauan yang manis dan menenangkan
- Hanya perlu jumlah kecil untuk dipakai pada kulit muka
- Ada NutriumMoisture™ dan Fluffy Micro Puffs
- Kenyataannya benar tentang pembersihan secara mendalam
- Sangat sesuai untuk kegunaan harian
Bahan-bahan Dove Face Wash ini
Citric acid
Citric acid ialah asid organik yang dijumpai di dalam buahan sitrus termasuklah lemon, limau dan limau gedang. Juga ada yang mengatakan asid ini terkandung di dalam sesetengah jenis beri.
Citric acid sangat tinggi dengan antioksida, akan melindungi penghalang kulit daripada penceroboh setiap hari yang mungkin anda sendiri tidak sedar apabila berada di luar.
Pencemaran, persekitaran dan bahan tercemar adalah antara penyebab kulit tidak seterusnya tumbuh jerawat dan penuaan pra matang.
Dengan adanya citric asid di dalam Dove Deep Pure Cleanser, anda kini boleh yakin untuk kekal sihat dan tanda awal penuaan boleh dikurangkan.
Asid organik ini berkebolehan untuk buang sel kulit mati, membuatkannya berseri. Kepekatan yang rendah boleh bagi anda hasil yang lebih baik dari yang pekat, kesan sampingan juga sangat rendah.
Ada lagi, citric acid juga boleh kecilkan pori juga membuatkan ia tidak lagi tersumbat, buang sel kulit mati dan kotoran, memberi anda kulit wajah idaman.
Apabila dipakai secara topikal, asid ini bekerja di lapisan luar kulit, memperbaiki fungsi penghalang kulit dan menggelakkan cahaya UV dari terkena kawasan photo damaged lalu yang akan menyebabkan pigmentasi bertukar kepada warna yang lebih gelap.
Lauric acid
Laurate asid lemak tepu berantai sederhana adalah garam dan ester asid lauric. Ia boleh didapati dalam pelbagai pelbagai lipid tumbuhan dan haiwan. Ia juga terkandung di dalam kebanyakan minyak kelapa dan inti sawit.
Lauric aicd ialah komponen utama di dalam produk penjagaan kulit, terutamanya yang diperbuat dari bahan semulajadi.
Kulit anda kurang hidrasi dan tidak diberi lembapan dari dalam, punca utama kenapa ia kelihatan kusam, berusia dan terdapat kedutan pra matang. Asid inilah yang akan mengurangkan garisan dan kelihatan untuk kulit yang awet muda dan anjal.
Jika anda ada kulit sensitif atau berminyak, pastinya anda sudah tahu kesukaran untuk memulihkan jerawat dan menghalangnya dari kembali.
Tapi, ada je teknik yang mudah dan pasti jadi untuk atasi masalah ini. Lauric acid ialah rawatan anti jerawat yang berkesan kerana ia mempunyai bahan anti radang dan anti bakteria.
Dove Face Wash Deep Pure Cleanser Bagus untuk Kulit Berminyak
Kulit jenis normal dan berminyak dikatakan sangat ideal untuk pencuci muka berbuih (ehem, mestilah kena guna Dove Deep Pure Cleanser), oleh kerana ia ternyata berkesan dalam membuang minyak dan kotoran dari kulit.
Asid ini akan masuk ke dalam kulit semasa proses mencuci. Lagi pula, mencuci muka dengan Dove Face Wash ini juga membuatkan sentuhan lembut pada kulit semasa mencuci. Ini akan mengurangkan geseran berlebihan dan kulit rosak.
Selain itu, buih dari produk ini mudah dibilas. Ini sangat penting kerana sisa sabun yang tertinggal selepas mencuci boleh menyebabkan iritasi. Produk Dove ini juga disyorkan kepada anda yang sukakan kesegaran selepas mencuci berbanding kulit terasa lembap.
Pencuci muka yang sesuai untuk digunakan setiap hari. Digandingkan dengan pelembap yang bagus dan juga pelindung matahari spectrum luas, anda sudah selangkah ke hadapan untuk mempunyai penjagaan kulit asas yang kukuh.
Gunakan Dove Deep Pure Cleanser sebesar saiz duit syiling. Masukkan ke dalam bakul dan bayar sekarang juga!
Sumber:
https://www.dove.com/au/skin-care/face-wash/deep-pure-face-cleanser.html
https://procoal.co.uk/blogs/beauty/skincare-benefits-of-citric-acid-why-is-citric-acid-good-for-skin