Jerawat merupakan masalah kulit yang berlaku apabila folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel-sel kulit mati. Ia juga dapat menyebabkan masalah jeragat, bintik hitam atau jerawat dan biasanya muncul di bahagian muka, dahi, dada, bahagian belakang dan bahu. Selain itu, jerawat sering terjadi pada golongan remaja meskipun ia berlaku kepada semua golongan tanpa mengira usia.
Banyak rawatan efektif diperkenalkan bagi menghilangkan jerawat ini namun ia masih berlaku. Jerawat juga lambat hilang dan sekiranya satu jerawat sudah mulai susut, pasti ada masalah jerawat lain yang akan timbul selepas itu.
Terdapat 4 faktor yang menyumbang kepada penghasilan jerawat:
1. Peningkatan penghasilan sebum
Sebum merupakan cecair berlemak yang dihasilkan oleh ‘sebocytes’. Sebum ini menyumbang kepada hidrasi kulit dan mampu menjadi penghalang bagi masalah tertentu. Penghasilan sebum yang berlebihan boleh menyumbang kepada keadaan kulit yang berminyak dan seterusnya menyebabkan berlakunya masalah jerawat.
2. ‘Follicular hyperkeratinization’
Peningkatan percambahan keratinosit menyebabkan adanya halangan folikel yang membuatkan ‘sebocyte’ tersumbat bersama sel-sel kulit mati dan menyebabkan masalah jerawat.
3. Bakteria ‘Propioni Acnes’ dalam folikel
Bakteria jenis ini merupakan bakteria utama yang terlibat dalam patogenesis jerawat. Ia adalah sejenis bakteria anaerobik yang hidup dalam persekitaran ‘kaya dengan lipid’ dalam sebum. Koloni jerawat ini boleh mengganggu sistem imunisasi yang seterusnya menyebabkan berlakunya keradangan.
4. Keradangan
Perkembangan jerawat selalunya berlaku kerana keradangan daripada jeragat kecil yang menjadi bengkak atau nodul.
Jadi, apakah contoh gaya hidup dan kesihatan yang baik boleh dilakukan untuk hilangkan jerawat?
1. Elakkan makanan yang tinggi Index Glycemic untuk hilangkan jerawat
Selama ini, ramai yang menyangka bahawa coklat boleh menyebabkan penghasilan jerawat. Walau bagaimanapun, selepas banyak kajian dilakukan, sebenarnya gula adalah penyebab kepada penghasilan jerawat. Beban Glycemid (GL) dan Index Glycemic (GI) adalah kuantiti objektif yang dapat mengukur kenaikan paras gula dalam darah serta kenaikan insulin selepas kita makan. Misalnya, dengan pengambilan sekeping roti putih boleh meningkatkan GL/ GI berbanding memakan buah avokado. Insulin merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk memasukkan molekul gula ke dalam sel-sel badan agar ia dapat dijadikan sebagai bahan pembakar tenaga. Kenaikan paras insulin juga merupakan sebahagian daripada GL/ GI.
Paras insulin yang tinggi menyumbang pada penghasilan jerawat kerana dapat merangsang lebihan androgen. Androgen merupakan sejenis hormon lelaki yang merangkumi testeron dan dihydotesteron (DHT). Androgen memang sudah dikenal pasti dapat meningkatkan penghasilan sebum dan juga menjadi punca mengapa kaum lelaki lebih banyak mengalami masalah jerawat berbanding kaum wanita.
Peningkatan peredaran insulin juga menjadi punca penghasilan jerawat kerana peningkatan selular percambahan keratinosit melalui kelembapan dalam laluan retinoid. Keratinosit adalah sel utama di lapisan luar kulit. Bagi jerawat yang tumbuh satu per satu, keratinosit dihasilkan secara berlebihan dan sekiranya ia tidak dihilangkan, ia boleh menyebabkan unit ‘pilosebaceous’ menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan penghasilan jeragat. Retinoid adalah satu kelas kompaun kimia yang dihasilkan daripada vitamin A. Retin A dan Accutane merupakan contoh retinoid yang sering digunakan dalam merawat masalah jerawat ini. Matlamat utama bagi terapi retinoid adalah untuk mengurangkan percambahan selular dan meningkatkan pembuangan jerawat, membuang liang-liang tersumbat dengan lebih berkesan. Dalam diet seharian, vitamin A serta derivatif vitamin A seperti ‘karotenoid’ memerangi masalah jerawat. Makanan yang tinggi GL/ GI juga boleh meningkatkan insulin serta meningkatkan risiko liang tersumbat dengan menghalang kelebihan yang ada pada retinoid itu.
2. Elak produk tenusu untuk hilangkan jerawat
Anda perlu berfikir semula sama ada ‘skinny latte’ itu merupakan produk tenusu terutama susu skim kerana mereka secara nyata merupakan penyebab berlakunya masalah jerawat yang teruk. Mekanisma yang menyebabkan kesan sampingan kepada masalah jerawat juga boleh berlaku kerana pelbagai faktor.
Susu boleh menyebabkan berlakunya peningkatan insulin ‘growth factor 1’ (IGF-1), iaitu hormon utama yang dipercayai menjadi penyebab kepada masalah jerawat yang timbul selepas akil baligh. IGF-1 bertindak secara langsung sebagai unit pilosebaceous dan secara tidak langsung menjadi perangsang kepada penghasilan androgen.
IGF-1 meransang percambahan sebocytes, kelenjar yang bertanggungjawab dalam pengeluaran sebum. Sebum merupakan lipid berminyak iaitu satu komponen penting dalam patogenesis jerawat. Ia juga merangsang percambahan keratinosit. Seperti yang dikatakan sebelum ini, penghasilan keratinosit secara berlakukan tanpa pengurangan yang sempurna menyebabkan kelenjar pilosebaceous tersumbat dan menyebabkan berlakunya pengumpulan comedone.
Produk tenusu juga mengingkatkan androgen: DHT adalah sejenis androgen yang kuat dan bertanggungjawab dalam majoriti masalah jerawat. IGF-1 meransang 5-aplha reductase yang merupakan enzim yang bertanggungjawab menukat testosteron kepada DHT. IGF-1 juga telah mengurangkan protein yang mengikat androgen, secara tidak langsung meningkatkan pembebasan androgen dalam darah begitu juga dengan aktiviti androgen dalam badan.
Mesikpun produk tenusu bukanlah sumber karbohidrat yang padat, index glycemic dan insulin bertindak balas dalam susu antara tiga hingga enam kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan makanan lain yang mengandungi jumlah karbohidrat yang sama. Tindak balas glycemic yang tinggi bukan sahaja menyumbang kepada mekanisma yang disebut malah meningkatkan IGF-1. Apa yang menarik adalah susu skim juga didapati bertanggungjawab dalam penghasilan jerawat berbanding dengan susu biasa. Satu teori yang wujud mengatakan lebihan dadih dan kasein dalam susu skim menjadi faktor yang boleh membezakan susu skim dengan susu biasa. Dadih boleh menjadi penyebab kepada postprandial hyperinsulinemia manakala kasein pula boleh meningkatkan kepekatan IGF-1.
3. Elak makanan tinggi oksida untuk hilangkan jerawat
Dalam diet jenis ‘hunter-gatherer’, nisbah omega 3 hingga omega 6 adalah 1:1, manakala nisbah bagi semua diet barat adalah sekitar 1:20. Omega 3 adalah asid lemak yang penting dengan kandungan anti keradangan yang tinggi. Ia banyak dijumpai dalam ikan tetapi boleh juga dijumpai pada sesetengah kacang, biji serta daging merah yang berkualiti tinggi. Omega 6 juga merupakan asid lemak yang penting tetapi ia dikatakan mempunyai sifat keradangan.
Sumber utama Omega 6 termasuklah minyak safflower, minyak soya, minyak kanola, minyak jagung, daging berkualiti rendah serta makanan berproses. Taraf bahaya Omega 6 meningkat apabila ia dipanaskan kerana ia merupakan makanan yang tidak stabil dan mudah teroksida. Ramai yang sedar akan peranan lemak oksida dalam perkembangan penyakit kardiovaskular, namun lemak oksida ini juga mampu menjadi risiko utama bagi mereka yang ingin hilangkan jerawat.
Kebanyakan lemak dalam diet boleh menyebabkan keradangan. Jadi, berilah fokus pada lemak Omega 3 seperti flax, kacang dan bijian.
Berikut merupakan panduan untuk mengelakkan diet pengoksidaan lemak:
• Elak pengambilan makanan bergoreng terutamanya di restoran yang menggunakan minyak sayur-sayuran dengan ‘low-smoke points’.
• Apabila masak menggunakan ‘stove-top’, gunakan lemak masakan dengan ‘high smoke point’ seperti minyak sapi, minyak kelapa yang ditapis, minyak avokado dan sebagainya.
• Pilih makanan mentah berbanding yang sudah dipanggang kerana minyak semula jadi akan didioksida secara separuh apabila dipanggang. Pilih makanan mentah dalam bentuk asal, memandangkan kesegaran mereka tahan lebih lama berbanding makanan yang sudah dicincang. Simpan kacang dalam peti sejuk atau sejuk beku untuk tahan lama.
• Pilih daging organik dan ‘grass-fed’ berbanding daging biasa.
• Simpan minyak tepu dalam peti ais termasuklah minyak ikan, minyak kacang dan minyak flaxseed.
• Pilih minyak monounstaturated yang diletakkan dalam bekas yang gelap. Jika ia datang dalam bekas yang jernih, bungkuskannya dengan lapisan logam.
• Pastikan minyak ditutup dengan rapat selepas digunakan dan simpannya dalam tempat gelap yang jauh dari sumber panas.
Sumber
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/understanding-acne-treatment#1
https://www.healthline.com/nutrition/13-acne-remedies