Now Reading
12 Petua Angin Pasang Yang Melegakan Di Rumah

12 Petua Angin Pasang Yang Melegakan Di Rumah

Petua angin pasang

Hernia adalah satu keadaan di mana terdapat kecederaan pada tisu di dinding abdomen yang menyebabkannya menonjol keluar daripada dinding abdomen. Ia memerlukan rawatan perubatan pakar dan tidak boleh disembuhkan sepenuhnya melalui petua tradisional dan rawatan di rumah. Walau bagaimanapun, penggunaan herba tradisional dan rawatan di rumah boleh melegakan simptom yang dialami akibat angin pasang.

Bacalah artikel ini bagi mengetahui apakah petua angin pasang dan rawatan di rumah yang boleh anda lakukan bagi melegakan simptom Hernia anda.

1. Minyak Kastor (Castor seed oil)

Minyak kastor telah lama digunakan bagi melegakan pelbagai simptom yang melibatkan kesihatan perut. Ini kerana, ia boleh menyaluti perut dengan lapisan tipis, sekaligus mengelakkan keradangan serta menggalakkan proses pencernaan yang betul. Anda boleh menyediakan pek minyak kastor dan meletakkannya pada perut untuk menenangkan simptom angin pasang yang menyakitkan.

2. Jus Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya merupakan bahan anti-radang semulajadi dan ejen yang menenangkan (soothing agent). Ia sering disyorkan kepada pesakit yang mengalami kesakitan Hernia. Lidah buaya boleh diambil sebagai minuman jus pada setiap pagi. Bagi mendapatkan hasil yang paling baik, ia boleh diambil selepas anda makan untuk mengurangkan risiko mengembangkan angin pasang.


Aspen Liquid Aloe Vera 500ml

RM 37.00

Lidah buaya adalah untuk kesan penyembuhan dan sifat menenangkan. Selain itu, lidah buaya dan madu dibungkus dengan nutrien sihat dan sebatian anti-mikroba. Akhir sekali, ambil secara dalaman, jus lidah buaya adalah untuk membantu penyembuhan gangguan perut, bisul, sembelit, buasir, kolitis dan masalah usus besar yang lain.

Pengambilan yang Disyorkan:
Cairkan secukup rasa, boleh dicampurkan dengan ais atau minuman / jus lain

Bahan-bahan:
Madu, Aloe Vera (Aloe Barbadensis)

3. Halia

Halia merupakan salah satu ejen anti-radang semulajadi yang paling kuat. Rempah yang lazat ini telah digunakan sebagai penyembuh kesakitan selama berabad-abad lamanya. Baru-baru ini, ia telah mendapat lonjakan populariti semula kerana faedahnya yang boleh membantu mencegah kanser. Sekiranya anda mengalami Hernia sukan (Sports angin pasang), anda digalakkan untuk makan halia sebanyak yang mungkin.


SIDOMUNCUL Tolak Angin Herbal Liquid 5x15ml

RM 7.20

Tolak Angin merupakan ubat herba yang mengandungi kombinasi berbagai herba yang dapat digunakan untuk meringankan gejala masuk angin. Selain itu, tolak angin cair juga dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Herba ini juga membantu untuk mengatasi masalah masuk angin, seperti: pening, kembung, sakit perut, menggigil, mual dan muntah, serta meningkatkan daya tahan tubuh. Tolak angin cair juga boleh diminum ketika dalam perjalanan jauh.

Malah, anda juga boleh meletakkan halia dalam makanan atau kopi untuk mendapatkan zatnya sebanyak mungkin ke dalam sistem badan anda. Jika dibandingkan antara ubat dan pembedahan, pengambilan sedikit halia boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan anda. Walaupun selepas anda pulih dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa, memakan banyak halia dapat mencegah Hernia daripada berulang kembali.

4. Akar halia

Sekiranya anda ingin mengurangkan kesakitan pada perut dan keradangan yang tidak selesa kerana angin pasang, akar halia boleh membantu melegakan simptom-simptom ini. Anda boleh mengambil herba ini dalam bentuk cecair melalui jus halia yang pekat atau makan secara mentah untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh melindungi perut dan esofagus daripada pengumpulan jus gastrik yang boleh terjadi akibat Hernia. Anda juga malah boleh minum akar halia untuk melegakan kesakitan dan keradangan.

5. Likuoris (Licorice)

Angin pasang boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan perut dan esofagus anda. Akar likoris telah lama dikenali dan digunakan sebagai perangsang penyembuhan untuk bahagian-bahagian tubuh seperti ini. Disebabkan sifat likoris yang analgesik, meminum teh likoris sahaja boleh merangsang pertumbuhan semula tisu yang rosak dengan cepat serta melegakan kesakitan dan keradangan.

6. Serbuk lada hitam

Serbuk lada hitam mempunyai lebih banyak manfaat daripada sekadar menjadi bahan perasa makanan atau hidangan sahaja. Lada hitam telah dikaitkan dapat mengurangkan simptom masalah perut dan keradangan usus. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu menahan refluks asid dan merangsang penyembuhan pada bahagian-bahagian badan yang mungkin terjejas seperti yang berlaku dalam kes Hernia.

7. Jus sayuran

Salah satu petua yang paling mudah dan paling berkesan untuk angin pasang adalah meminum segelas jus sayura tanpa gula, terutamanya yang dihasilkan dengan lobak merah, bayam, bawang, brokoli dan kubis. Nutrien yang padat dan bersifat anti-radang semulajadi dalam sayur-sayuran boleh melegakan simptom terbakar dan kesakitan kerana Hernia Tambah sedikit garam ke dalam jus sayuran anda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya melegakan simptom penyakit.

8. Teh herba (Herbal tea)

Jika anda mengalami loya, muntah dan refluks asid yang terjadi kerana angin pasang, minumlah teh halia (ginger tea). Teh ini bersifat anti-keradangan dan boleh melegakan masalah perut serta mengurangkan asid di dalam perut anda. Rendamkan halia segar dalam air mendidih selama 5 minit. Ianya adalah sangat membantu jika anda mengambilnya lebih kurang 30 minit sebelum waktu makan. Di samping itu, ia juga selamat untuk diamalkan oleh wanita mengandung atau wanita yang menyusukan bayi. Minum 2 hingga 3 cawan teh ini dalam sehari.

9. Teh bunga kekwa (Chamomile Tea)

Selain menjadi ejen anti-radang, teh bunga kekwa juga adalah antioksidan yang sangat baik dan mempunyai kesan yang menenangkan pada perut. Selain itu, teh ini juga bagus untuk merawat simptom pedih ulu hati yang berpunca daripada Hernia dan dapat membantu melegakan otot-otot di saluran gastrousus.

Bagi menyediakan teh bunga kekwa, anda perlu merebus satu sudu makan serbuk bunga kekwa kering dalam segelas air dan tunggu selama kira-kira 10 minit. Ambilnya ketika ia masih panas dan anda disyorkan untuk meminumnya sebanyak dua kali sehari selama sebulan atau lebih jika perlu. Walau bagaimanapun, jika sakit dan bengkak anda menjadi semakin teruk, berjumpa doktor anda dengan segera.

10. Cuka ‘cider’ epal (Apple cider vinegar)

Sekiranya anda mengalami refluks asid yang sangat serius, anda mungkin boleh cuba meminum cuka ini. Sesetengah individu percaya bahawa asid tambahan akan memberi isyarat kepada badan untuk mengurangkan pengeluaran asidnya sendiri dalam proses yang disebut sebagai “’eedback inhibition. Namun, lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkan kesahihan maklumat ini. Cara mengambil cuka ‘cider’ epal adalah dengan mencampurkan 1 sudu cuka ‘cider’ epal organik ke dalam segelas air dan minum.  Jika anda suka, anda juga boleh menambah sedikit madu untuk menyedapkan minuman anda.


Surya Apple Cider Vinegar 450ml

RM 15.90

Minuman yang enak dan sihat untuk keluarga. Cuka Surya Apple Cider diformulasikan khas dengan madu asli dan dibungkus dengan semua faedah dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda. Sebarkan cinta dan bagikan kebaikan baru ini kepada mereka yang anda hargai.

  • Tiada bahan pengawet
  • Madu Asli
  • Disahkan HACCP

Cadangan untuk diambil:
Campurkan 30 ml Cuka Surya Apple Cider dengan 180ml air dan kacau rata, minum bersama makanan.

Salah satu variasi kepada pendekatan ini adalah menghasilkan jus ‘lemonade’ anda sendiri. Anda hanya perlu mencampurkan beberapa sudu teh lemon segar atau jus lemon ke dalam air. Bagi menyedapkan lagi rasanya, anda juga boleh menambah madu ke dalam ‘lemonade’ itu. Minum jus ini sebelum, semasa atau selepas makan.  

11. Menggunakan pek ais

Apabila anda mengalami angin pasang, anda pasti tidak boleh lari dari masalah keradangan, kemerahan dan kesakitan di bahagian abdomen atau pangkal paha anda. Walaupun pek ais bukanlah rawatan yang paling berkesan, namun meletakkan pek ais pada kawasan yang terjejas boleh mengakibatkan pengecutan dan mengurangkan keradangan tersebut. Tambahan lagi, penggunaan pek ais boleh juga melegakan kesakitan dan kembung perut yang dikaitkan dengan Hernia.

12. Memakai kekuda (Truss) dan tali pinggang sokongan angin pasang

Jika anda mempunyai Hernia inguinal yang terletak di pangkal paha, anda mungkin perlu memakai sokongan khas bagi mengurangkan kesakitan anda. Berunding dengan doktor anda terlebih dahulu mengenai pemakaian kekuda sokongan angin pasang (Truss) yang dipakai seperti pakaian dalam. Selain itu, pilihan lain termasuklah memakai tali pinggang sokongan yang boleh membantu mengekalkan Hernia di tempatnya. Kekuda atau tali pinggang sokongan hanya boleh dipakai dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Malangnya, kedua-duanya tidak dapat membantu untuk menyembuhkan angin pasang anda.

Ambil perhatian!

Jika kes Hernia yang serius tidak dirawat dengan prosedur pembedahan yang betul, pesakit biasanya akan berhadapan dengan risiko komplikasi atau kematian. Sekiranya anda berfikir bahawa anda mengalami angin pasang dan merasakan kesakitan secara tiba-tiba, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar perubatan secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.

Petua angin pasang di rumah ini haruslah dijadikan sebagai rawatan pelengkap dan bantuan pemulihan dalam kebanyakan kes angin pasang di samping rawatan perubatan klinikal yang ada. 

SUMBER

https://www.webmd.com/parenting/news/20180118/tide-pod-challenge-web-fad-brings-big-dangers#1

https://www.healthline.com/health-news/what-prompts-people-to-burn-themselves-and-eat-detergent

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/stress-relievers/art-20047257

https://www.medicalnewstoday.com/articles/how-to-disinfect-clothes

error: Content is protected !!