Pelbagai pilihan makanan sihat bazaar ramadan yang dapat anda temui di bazaar ramadan online untuk memenuhi selera berbuka anda.
Daripada daging dan ikan panggang di atas arang dan Roti John hinggalah pencuci mulut jeli dan minuman unik yang didapati hanya di bulan Ramadhan.
Namun begitu, Ramadan kali ini disambut dalam situasi PKP di mana Bazaar Ramadan biasa dibatalkan. Akan tetapi jangan bimbang kerana masih ada alternatif lain seperti Bazaar Ramadan secara atas talian!
Mudah sahaja, anda hanya perlu mencari makanan yang diingini dan peniaga akan menghantar makanan tersebut ke rumah anda.
Tidak dinafikan, adalah mudah untuk menyerah diri kepada semua makanan-makanan yang lazat tersebut, walaupun anda mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu memaksa diri, kerana anda masih boleh mencari makanan sihat di Bazaar Ramadan atas talian!
Berikut adalah 5 hidangan sihat yang boleh anda makan tanpa rasa kesal yang boleh dibeli di Bazaar Ramadan atas talian.
1. Asam Laksa (lebih kurang 300-400 kalori setiap mangkuk)
Pilihan makanan ini terdapat beberapa jenis laksa yang diperbuat daripada sup berbeza, kebanyakannya berasaskan santan. Variasi yang lebih sihat adalah asam laksa yang lebih dikenali sebagai laksa Penang, yang mempunyai sup asas daripada ikan kembung dan asam jawa. Kedua-dua bahan ini mengandungi asid lemak Omega-3. Mi beras yang dihiasi dengan timun, nenas, bunga kantan, cili dan pudina melengkapi hidangan tersebut.
2. Popia (segulung mengandungi 180 kalori)
Cubalah popiah basah yang digulung dengan pembalut tepung yang diisi dengan sengkuang, taugeh, telur dadar, tauhu, dan daging atau ayam. Rendah kalori, pilihan makanan sihat untuk anda!
3. Ayam Percik (satu hidangan ayam mengandungi 500 kalori)
Salah satu pilihan makanan yang anda hanya jumpa di Bazaar Ramadan adalah Ayam Percik. Hidangan ayam ini diperap bersama santan, halia, kunyit, bawang besar, bawang putih dan cili. Jumlah kalorinya tinggi sedikit tetapi jika anda memakannya bersama salad dan menggantikan nasi putih biasa dengan nasi beras perang atau quinoa, ia menjadi satu hidangan sihat yang lazat!
4. Putu Piring (115 kalori setiap keping)
Variasi pencuci mulut di bazaar diperkaya dengan santan dan pulut. Pilihan sihat terbaik ialah Putu Piring, iaitu kek kukus kecil diperbuat daripada tepung beras, diisi dengan gula Melaka dan dihidang bersama kelapa parut. Pilihan makanan yang mudah tapi lazat, sihat untuk anda yang inginkan manisan yang ringkas.
5. Nasi Kerabu (satu hidangan nasi bersama ikan dan sayur mentah mengandungi 500 kalori)
Berasal dari daerah utara Kelantan, Kerabu bermaksud salad dengan gaya Thai yang terkenal di daerah tersebut. Kombinasi biasa terdiri daripada ulam (bunga kantan, daun kunyit, daun ketumbar), keropok ikan, sambal, solok lada, dan ayam atau ikan dengan nasi berwarna biru. Pilihan makanan ini amat digemari di kalangan peminat makanan pantai timur.