Produk Cosmoderm menjadi pilihan ramai kerana produknya yang bebas paraben, berstatus halal serta selamat digunakan. Ini merupakan senarai pilihan produk Cosmoderm terbaik 2020 dan alternatifnya:
Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser
RM12.90
Bertekstur krim tapi mampu mencuci kulit dengan lembut dan mendalam tanpa mengeringkan wajah anda.
Mengandungi tea tree oil serta vitamin E membantu membersihkan wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat akibat debu.
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
RM11.85
Produk ini mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit daripada jerawat secara semulajadi. Membersih kulit dari liang tersumbat tanpa meninggalkan kesan kulit kering. Terbaik untuk remaja yang selalu lakukan aktiviti outdoor. Pencuci muka ini berfungsi untuk kekalkan lembapan yang cukup untuk kegunaan harian. Penggunaan kerap membantu menjaga kulit yang sihat dan bebas jerawat.
Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion
RM19.90
Pelembap wajah yang mengandungi ekstrak teh kamomile, lemon dan minyak rosehip membantu melindungi kulit dan memberi keanjalan selepas mencuci muka. Sesuai untuk anda yang jenis kulit kombinasi dan berminyak.
The Body Shop’s Vitamin E Aqua Boost Essence Lotion
RM70.00
Lotion ini akan membantu menghidrat kulit kusam anda yang tidak bermaya itu. Dengan kuasa Vitamin E sebagai pelembap dan bahan hidrasi, berfungsi untuk menghakis lapisan kulit lama dan mendedahkan kulit baru yang lebih lembut. Kini, anda tidak perlu risau dengan kulit kering kerana produk semula jadi ini yang diperkaya dengan minyak kacang soya dari Brazil, terbukti dapat membantu kulit menjadi bersih dan berseri.
Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam
RM23.90
Sangat sesuai untuk anda yang jenis kulit sensitif, pencuci muka ini mempunyai sabun susu yang lembut dan mengurangkan kesan merta akibat iritasi kulit. Produk Cosmoderm ini juga tidak akan mengeringkan wajah anda
Peripera Milk Wash Cleansing Foam
RM35.00
Pencuci muka susu yang kaya dengan protein susu memberikan penghidratan dan nutrisi untuk muka. Ia juga telah diuji dan disahkan sesuai bagi yang hypoalergik dan mempunyai tiga jenis susu untuk setiap jenis kulit. Jenis yang pertama iaitu dewy and plain smooth menjadikan kulit licin di luar dan terhidrat. Manakala, strawberry vital dan radiant menjadikan kulit cerah dan berseri. Dan yang terakhir pore clearing mint chocolate membersihkan liang-liang pori anda menjadikan kulit yang bersih dan bebas masalah.
Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub
RM20.90
Masalah jeragat tiada lagi dengan adanya skrub ini.
Ia sangat lembut dan tidak akan membuatkan wajah anda merekah kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu menghidrat kulit kering serta mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit anda
EVERSOFT Apricot Facial Scrub
RM12.30
Formula skrub ini menggunakan 100% ekstrak Apricot dan Mulberry Organik yang kaya untuk meremajakan kulit secara semulajadi. Manik mikronya membersih jauh ke dalam kulit untuk memberi tindakan pembersihan secara menyeluruh yang menghilangkan bintik hitam, kotoran degil dan menghapus sel kulit mati. Ia juga membantu menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit wajah sambil mencegah pembentukan bintik hitam atau whiteheads.
Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum
RM54.00
Ia menggantikan sel mati serta menambah nutrien ke dalam kulit anda akibat stres, cuaca dan persekitaran yang kotor. Ia sangat sesuai pada anda yang akan menganjak ke usia 40-an.
Clinelle Brightening WhitenUp Serum
RM88.50
Serum pencerahan daripada Clinelle ini menjanjikan pengurangan pigmentasi, menghalang pembentukan melanin dan meningkatkan keanjalan kulit. Namun, yang membuatkan serum ini bertambah bagus adalah kerana ia mempunyai bahan mutiara hitam dan beras ungu untuk membaiki penghadang lembapan pada kulit dan tidak akan menyebabkan kepedihan ketika menggunakan serum ini. Kandungan Vitamin C dan ekstrak bunga daisi yang terdapat dalam serum ini dapat membantu menghalang kegelapan kulit wajah.
Mempunyai 3 fungsi yang berbeza dalam satu botol serum ini iaitu repair (membaiki), refine (memulihkan) dan reshield (melindungi) kulit wajah anda daripada radikal bebas. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang mengalami masalah seperti kering, sensitif dan bintik hitam yang teruk. Ianya tidak akan menyebabkan kulit wajah anda terasa iritasi atau merengsa selepas memakainya. Serum ini juga tidak mengandungi sebarang paraben dan alkohol.
Cosmoderm Gentle Night Revival Cream
RM58.80
Produk Cosmoderm ini adalah kunci utama penjagaan wajah anda, menjadi penghalang kulit dari pencemaran berbahaya. Sangat penting untuk anda yang berkulit kering agar kekal hidrat pada malam. Ia membantu kulit anda tampak segar dan berseri hari demi hari.
Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream
RM27.80
Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream adalah krim yang menembusi dengan mendalam, terbaik dalam berfungsi semalaman dengan kitaran pembaharuan semula jadi kulit. Krim ini menyediakan tiga manfaat penting yang menjadikan kulit lembut, lembap dan remaja. Bebas daripada paraben, minyak mineral dan bersifat hypoallergenic sesuai digunkan untuk semua jenis kulit, lelaki dan juga wanita.
Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask
RM19.90
Masker ini membantu mencuci kulit anda dengan lembut serta mendalam tanpa mengeringkan wajah.
Mengandungi tea tree oil dan vitamin E membantu membersihkan wajah dengan pantas serta daripada pori tersumbat akibat debu.
Malah ia membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta menghilangkan dan mencegah jerawat degil.
The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask
RM73.00
Mask ini membantu membersih, mendingin dan menyegarkan kulit tanpa cela. Diperkaya dengan minyak Tea Tree dari Kenya, topeng ini membantu membersih kotoran sambil menyerap sebum berlebihan, menjadikan kulit terasa tenang dan kelihatan lebih bersih.
Selain itu, mask dengan minyak Tamanu dan Tea Tree lemon ini boleh mencegah jerawat dan memudarkan bintik hitam dengan penggunaan yang kerap. Bahan-bahan yang terkandung dalam masker ini adalah 100% vegan dan selamat untuk semua jenis kulit.
Cosmoderm Makeup Remover
RM16.90
Ia sesuai untuk semua jenis kulit, diperkaya dengan anti-oil seed produk 2 dalam 1 ini selamat digunakan pada bahagian sekitar mata serta bibir.
Tak perlu digosok dengan kasar, ia cukup mudah digunakan untuk menanggalkan solekan dan kotoran.
Biore Makeup Remover Cleansing Oil
RM24.30
Pembersih minyak ini amat sesuai untuk membuang dan membersih kesan solekan degil di wajah anda. Formulanya yang ringan dan senang dibilas membuatkan rutin pembersihan wajah amat mudah sekali. Pembersih wajah ini amat sesuai dengan kesemua jenis kulit kecuali sensitif kerana ia mengandungi pewangi yang kuat. Ianya amat bagus sekali sebagai pembersih solekan, dan pembersih wajah kerana ia dapat membuatkan kulit menjadi lembut selepas dibilas.