Bagi yang merancang untuk bercuti ke destinasi pelancongan popular, Pulau Tioman adalah lokasi yang paling menarik untuk dipertimbangkan, dan anda tidak perlu risau tentang soal penginapan, kerana terdapat banyak Pulau Tioman resort ada di sana.
Selain resort yang disebutkan, terdapat pelbagai pilihan jenis penginapan seperti hotel, chalet dan homestay. Walau di mana sekalipun kita menginap, ianya tetap menjanjikan kepuasan percutian.
Berikut adalah senarai Pulau Tioman resort yang terbaik antara yang terbaik mendapat rating dan review positif dari pelancong yang pernah menginap di resort yang di senaraikan di bawah.
X Rector Minsu
Resort ini betul-betul menghadap lautan dan merupakan resort bertaraf 4 bintang serta terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman.
Kesemua bilik mereka adalah berhawa dingin dilengkapi dengan bilik mandi peribadi serta mempunyai taman untuk anda bersantai dan bergambar kenangan, selain menyediakan lounge dan bar bagi pelancong asing.
Sarapan disediakan setiap pagi untuk tetamu dengan menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan seperti masakan Asia, Inggeris dan Ireland.
X Rector Minsu juga telah mendapat skor lokasi terbaik di Pulau Tioman.
Japamala Resorts By Samadhi
Japamala Resorts By Samadhi terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika dan untuk ke sini anda perlu datang dengan menaiki bot dari Lapangan Terbang Tioman.
Jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Tioman ke Japamala Resorts By Samadhi akan mengambil masa kira-kira 20 minit dengan menaiki bot.
Resort yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika ini menawarkan penginapan mewah kepada tetamu mereka. Suite dan Villa di sini dihiasi dengan perhiasan dalaman kayu klasik yang menyerlahkan kemewahan bilik mereka.
Resort ini juga menyediakan dua buah restoran iaitu Restoran Tamarind Tioman dan Restoran Mandi-Mandi masing-masing menyediakan hidangan Indochina, Thailand, dan makanan Barat yang istimewa.
Bagus Place Retreat
Bagus Place Retreat adalah resort peribadi yang terletak di Pasir Sarang, Kg Mukut, Pulau Tioman, dan terkenal sebagai tempat snorkeling dan memancing.
Di resort ini juga para tetamu boleh menikmati masakan tempatan yang authentic di restoran mereka serta menawarkan pemandangan matahari terbenam yang sangat mempesonakan.
Minang Cove Resort
Minang Cove Resort menawarkan kawasan pantai peribadi dan aktiviti sukan air serta bilik penginapan yang lengkap dengan hiasan perabot kayu semulajadi.
Perjalanan meletihkan selama 2 jam dari Jeti Mersing dengan manaiki feri pasti berbaloi apabila tiba ke Pulau Tioman resort ini.
Resort yang turut menyediakan balkoni peribadi yang menghadap ke laut pasti memberi anda ruang yang sempurna untuk merehatkan fikiran.
Mempunyai restoran di lokasi terbuka untuk santapan sepanjang hari dengan menu masakan tempatan serta antarabangsa.
Tetamu juga boleh berjalan-jalan dan bersantai di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti turut ditawarkan di resort ini seperti trekking hutan, snorkeling dan mengelilingi pulau.
Bamboo Hill Chalets
Bamboo Hill Chalets merupakan penginapan yang mempunyai persekitaran tenang di tengah-tengah Bukit Bamboo di Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Ada perkara yang unik anda perlu tahu mengenai chalet ini di mana mereka tidak akan menerima tempahan secara berkumpulan dan menginap kurang dari 3 malam. Polisi mereka adalah mementingkan alam semulajadi dan persekitaran yang nyaman dan damai untuk tetamu mereka.
Kesemua chalet di sini mempunyai pemandangan indah teluk Tioman dan menerima aliran udara semulajadi oleh angin laut tanpa sebarang penggunaan penghawa dingin.
Melina Beach Resort
Terletak di sepanjang pantai Pulau Tioman, resort ini menawarkan penginapan yang damai dan selesa serta dekat dengan alam semula jadi, jika itu yang anda mahukan.
Dengan hiasan ringkas, resort berhawa dingin ini dilengkapi dengan kelambu serta menawarkan pemandangan ke arah laut serta kehijauan hutan yang subur.
Di Melina Beach Resort, mereka juga boleh membantu anda untuk mengatur aktiviti seperti hiking, snorkeling dan menyelam.
Tetamu juga boleh menikmati rawatan di Spa Lemongrass dan paling menarik resort ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik dua hala percuma dari Jeti Paya.
Jadi selepas tamat PKP dan dibenarkan rentas negeri, anda bolehlah merancang untuk melancong ke Pulau Tioman ini. Resort yang telah disenaraikan ini boleh lah dijadikan rujukan untuk anda. Kawasan Pulau alam semulajadi sememangnya sesuai untuk kita menenangkan fikiran.
Ingat, kesihatan mental juga amat penting dalam memastikan kita sihat secara rohani dan jasmani. Jadi jika berpeluang luangkan masa anda merehatkan fikiran dan minda anda di pulau-pulau seperti Pulau Tioman. Semoga bermanfaat!
https://rileklah.com/jalan-jalan/senarai-10-resort-terbaik-di-pulau-tioman