Now Reading
Pizza Jepun

Pizza Jepun

Pizza Jepun adalah seperti nasi goreng yang bertemu piza. Apa yang membuat hidangan ini menyeronokkan untuk hidangan makan malam dengan anak-anak anda adalah, anda boleh memilih topping anda sendiri. Namun, yang paling penting adalah keenakan keju yang panas dan cair. Jom sediakan pizza jepun versi anda pula!

  • Masa penyediaan- 10 minit
  • Masa memasak – 35 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan untuk membuat Pizza jepun:

  • Cendawan shiitake
  • 2 sudu besar kicap soya
  • 2 sudu besar minyak canola
  • 1/2 sudu teh minyak bijan bakar
  • Beras sushi, ditanak
  • 150g tauhu kental
  • 2 sudu teh sos terriyaki
  • 1 cawan edamame
  • 150g keju
  • 1/2 cawan taugeh
  • Garam laut
  • Rempah Togarashi serta bijan putih dan hitam dipanggang
  • 1 cawan kepingan bonito besar
  • 6 helai daun pudina
  • 1/4 cawan daun ketumbar

Cara penyediaan pizza jepun:

  1. Panaskan ketuhar hingga 190°C.
  2. Masukkan cendawan dan kicap dalam sebuah mangkuk. Biarkan selama 5 minit; tapis cendawan.
  3. Dalam kuali mesra-ketuhar 9 inci, panaskan minyak. Masukkan nasi ke dalam kuali, sehingga 1/4 inci tebal. Masak di atas api sederhana tinggi sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan selama 10 minit.
  4. Hiaskan dengan lapisan tauhu diatas dan tuangkan dengan sos teriyaki. 
  5. Taburkan cendawan shiitake, edamame, keju, dan taugeh serta perasakan dengan garam.
  6. Taburkan rempah Togarashi dan bijan diatas.
  7. Pindahkan kuali ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit, sehingga bahagian atas berwarna keemasan.
  8. Letakkan piza ke atas pinggan; hiaskan dengan kepingan ikan bonito, daun pudina dan ketumbar. Hidangkan.

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!