Pokok ketapang adalah tumbuhan yang senang untuk dijumpai dan tidak asing di Malaysia. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini dapat menyesuaikan diri dalam cuaca beriklim khatulistiwa. Contohnya di kawasan tepi sungai, tepi laut, dan kawasan tropika lainnya.
Pokok Ketapang menjadi kegemaran banyak pihak kerana ianya cantik dan mudah dijaga. Selain itu, pokok ketapang turut mempunyai banyak manfaat yang tidak diketahui khalayak.
Umumnya, daun ketapang boleh digunakan untuk membuat air yang dapat menstabilkan emosi ikan laga serta menggalak pembiakan dalam industri penternakan ikan hiasan tersebut. Malah, akarnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti demam, ciri-birit dan masalah berkaitan hati dan hempedu.
Ia boleh ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan teduhan yang luas. Ia dapat dikomorsialkan di peringkat antarabangsa kerana ia terdapat banyak kebaikan dan kegunaan yang diperoleh daripada pokok ketapang. Hari ini, kita akan mengenali pokok ketapang lebih mendalam.
Spesies
Pokok Ketapang merupakan pokok dari keluarga Combretaceae atau nama saintifik bagi pokok ketapang adalah Terminalia Catappa tergolong. Nama lain yang diberikan kepada pokok ketapang adalah Indian Almond Leaves. Setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai kegunaannya sendiri.
Ciri-Ciri Pokok
Pokok Ketapang ialah sejenis pokok rendang yang mempunyai ketinggian yang mam mencecah sehingga 35 meter. Pokok ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berteduh kerana daunnya yang bersaiz besar, lebar, dan dahan bertingkat.
Buah ketapang kebiasaannya bersaiz 3.5-7.0 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Namun bagi buahnya yang berbentuk bujur bersaiz 3.5-7.0 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar warna menjadi merah atau kuning apabila matang mengikut spesies. Pokok buah ketapang yang mempunyai lapisan kulit tebal selalunya mempunyai rasa jus yang agak pahit.
Bunga ketapang lazimnya berada dalam saiz yang kecil dan berwarna putih kehijauan. Hanya 3-5 bunga mampu berjaya menjadi buah walaupun bilangan bunga agak banyak dalam satu tangkai.
Cara Penanaman
Pokok ketapang adalah tumbuhan yang tahan lasak dan tumbuhan yang tidak memiliki masalah penyakit. Ia tumbuh dengan subur di pelbagai kawasan seperti tanah gambut, tanah pantai, tanah berpasir. Tumbuhan ini hidup melalui biji benih yang telah cukup, dimana ia mudah tumbuh di kawasan yang memiliki tahap kelembapan yang tinggi.
Biji benih tumbuhan ini dapat bertahan dalam tempoh yang lama malah mampu hidup biarpun terkesan dengan tahap kemasinan air laut untuk suatu jangka masa yang lama.
Biji benih boleh ditanam di taman-taman atau di tepi jalan. Lazimnya, tumbuhannya akan disemai di dalam polibeg. Tumbuhan ini dapat dibiak dengan hanya menggunakan keratan batang atau melalui ranting yang sihat.
Kegunaan Dan Manfaat Pokok Ketapang
- Landskap dan Tempat Berteduh
Pokok Ketapang mudah dijumpai di tepi-tepi jalan dan pantai. Ia digunakan untuk mencantikkan landskap karena ia mempunyai bentuk potongan yang menarik. Selain itu, tembuhan ini mempunyai saiz yang besar dan lebar. Pohon pokok ketapang selalunya digunakan sebagai tempat berteduh terutamanya untuk peniaga-peniaga tepi jalan untuk dijadikan teduhan daripada kepanasan ketika berniaga.
- Merawat Penyakit
Akar tumbuhan ini boleh direbus dan diminum airnya. Khasiat daripada rebusan akar itu mampu untuk merawat masalah hati, hempedu, cirit birit dan demam. Selain itu, penyakit bisul, kudis dan payu dara juga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan akar. Biji ketapang pula boleh membantu dalam merangsang penghasilan susu ibu. Manakala biji ketapang membantu menghalang penyakit buasir dan sembelit. Bijinya perlulah dimakan bersama-sama sarang lebah. Tidak hanya itu daun tumbuhan ini boleh menawar sakit tulang belakang dan masalah ruam. Sesiapa yang menghadapi penyakit kulit, boleh cuba mencampurkan daun ketapang berserta minyak biji ketapang dan sapu di kawasan kulit yang mengalami kesakitan.
- Pembiakan Ikan laga
Daun pokok ketapang dapat memberikan ikan laga banyak manfaat. Ikan laga yang hidup di bawah daun ketapang dipercayai dapat membiak dengan sihat. Daun ketapang berfungsi menyerap elemen bahan kimia yang berbahaya bagi memberikan persekitaran yang kondusif buat si ikan laga.
- Perabot Dan Bahan Binaan
Kayu pokok ketapang juga menyumbang dalam pembinaan perabot, lantai, bahan binaan dan bahan bakar kerana kayu tumbuhan ini keras dan kukuh.
SUMBER
www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/3/1/3181
www.rootofscience.com/blog/2021/biologi/pokok-ketapang-spesies-ciri-ciri-dan-kegunaan/