Now Reading
Polip perut (Stomach polyps) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Polip perut (Stomach polyps) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

polip perut

Polip perut atau gastrik adalah jisim sel yang terbentuk pada lapisan dalam perut anda yang jenis ini jarang berlaku dan kebanyakan tanpa gejala. Ia paling kerap ditemui apabila doktor memeriksa anda bagi tujuan lain.

Kebanyakannya tidak berkembang menjadi kanser. Tetapi, terdapat beberapa jenis polip yang boleh meningkatkan risiko kanser perut pada masa akan datang. Bergantung kepada jenis polip yang anda alami, rawatan mungkin melibatkan prosedur untuk mengeluarkan polip atau memantau perkembangannya bagi melihat sebarang perubahan.

Simptom Polip perut

Polip perut biasanya tidak menyebabkan tanda atau gejala. Namun, apabila ia berkembang, luka terbuka (ulser) boleh terjadi di permukaannya. Bagi kes yang jarang berlaku, polip ini boleh menghalang pembukaan antara perut dan usus kecil anda.

Tanda-tanda dan gejala termasuklah:

  • Sakit atau rasa lembut apabila menekan perut anda.
  • Rasa loya.
  • Kehadiran darah dalam najis anda.
  • Anemia.

Punca Polip perut

Polip ini biasanya terjadi sebagai tindak balas kepada kerosakan pada lapisan perut anda. Penyebab utama adalah:

  • Keradangan perut yang kronik. Ini juga dikenali sebagai gastritis, iaitu keadaan yang boleh menyebabkan pembentukan polip dan adenomas hiperplastik. Polip hiperplastik tidak mungkin berkembang menjadi kanser, walaupun saiz poli[ yang lebih besar daripada kira-kira 2/5 inci (1 sentimeter) mempunyai risiko yang lebih tinggi. Adenomas adalah sejenis polip perut yang jarang berlaku tetapi merupakan jenis yang paling mungkin menjadi kanser. Disebabkan itulah polip jenis ini biasanya perlu dikeluarkan.
  • Poliposis adenomatos keturunan. Sindrom yang jarang terjadi ini menyebabkan sel-sel tertentu pada lapisan dalam perut berkembang menjadi jenis polip tertentu dikenali sebagai polip kelenjar fundik. Apabila dikaitkan dengan sindrom ini, polip kelenjar fundik dikeluarkan kerana boleh menjadi kanser. Ia juga malah boleh menyebabkan adenomas.
  • Penggunaan ubat perut tertentu yang kerap. Polip kelenjar asas adalah biasa dalam kalangan individu yang sering mengambil perencat pam proton untuk mengurangkan asid perut. Polip ini umumnya bersaiz kecil dan tidak membimbangkan. Namun, polip dengan diameter lebih besar daripada kira-kira 2/5 inci (1 sentimeter) boleh membawa sedikit risiko kanser, jadi doktor mungkin mengesyorkan anda menghentikan penggunaan pam proton, mengeluarkan polip atau kedua-duanya sekali.

Diagnosis Polip perut

Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis masalah polip jenis ini termasuklah:

  • Endoskopi, ia dilakukan untuk melihat bahagian dalam perut anda.
  • Biopsi, sampel tisu dikeluarkan semasa prosedur endoskopi dan akan dianalisis di makmal

Faktor Risiko Polip perut

Faktor-faktor yang meningkatkan peluang anda mendapat termasuklah:

  • Umur. Polip perut adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan individu dalam pertengahan umur hinggalah mereka yang lebih berusia.
  • Jangkitan bakteria. Bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca gastrik yang menyumbang kepada masalah polip dan adenoma hiperplastik.
  • Poliposis adenomatous keturunan. Sindrom yang jarang diwarisi ini boleh meningkatkan risiko kanser kolon dan keadaan lain, termasuklah polip perut.
  • Ubat tertentu. Penggunaan jangka panjang pam perencat proton, iaitu ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit refluks gastroesofagus telah dikaitkan dengan punca yang menyebabkan polip kelenjar fundik.

Rawatan Polip perut

Rawatan bergantung kepada jenis yang anda alami seperti:

  • Polip kecil bukan adenoma. Polip jenis ini mungkin tidak memerlukan rawatan. Ia biasanya tidak menyebabkan tanda-tanda dan gejala serta jarang menjadi kanser. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan pemeriksaan secara berkala supaya polip yang semakin membesar dan menyebabkan tanda-tanda dan gejala itu boleh dikeluarkan.
  • Polip besar. Polip ini mungkin perlu dikeluarkan dan kebanyakannya boleh dikeluarkan dalam prosedur endoskopi.
  • Adenomas. Polip ini boleh berkembang menjadi kanser dan biasanya dikeluarkan semasa prosedur endoskopi.
  • Polip yang dikaitkan dengan poliposis adenomatous keturunan. Polip ini akan dikeluarkan kerana ia boleh berkembang menjadi kanser.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stomach-polyps/symptoms-causes/syc-20377992

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17797-stomach-polyps

https://www.healthline.com/health/polyps

error: Content is protected !!