Apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan laman web atau media sosial kami, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan digital lain (masing-masing “Perkhidmatan Digital”) dikendalikan atau dimiliki oleh pemilk CeriaSihat.com, anda dilindungi dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial.
Di bahagian ini, kami memberikan gambaran umum mengenai amalan privasi kami .Sila baca Notis Privasi penuh kami di bawah untuk penjelasan terperinci mengenai amalan kami.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memberi maklum berkenaan hak-hak anda terutamanya berkaitan data peribadi anda yang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi proses tersebut.
Selain itu, akta ini turut mewajibkan kami untuk mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi tersebut.
Maklumat yang kami terima:
- Maklumat yang kami terima sewaktu anda menggunakan perkhidmatan kami termasuk maklumat ketika anda mendaftar untuk buletin kami, membuat akaun dan mendaftar keahlian. Ia juga akan termasuk maklumat hubungan serta demografi.
- Maklumat yang anda hantar kepada kami untuk menyertai pertandingan, tinjauan atau promosi.
- Maklumat yang dikumpulkan dengan kaedah automatik seperti ‘cookie’ atau ‘pixel’. Dan ini mungkin merangkumi maklumat mengenai peranti dan juga penyemak imbas termasuk alamat IP serta atau pengecam iklan peranti mudah alih, serta maklumat tentang bagaimana anda dan orang lain menggunakan, berinteraksi dengan atau bertindak balas terhadap Perkhidmatan Digital.
- Maklumat tepat mengenai lokasi anda sewaktu peranti digunakan semasa perkhidmatan lokasi masih aktif.
- Maklumat yang kami dapat dari sumber lain, seperti rakan niaga, pembekal data serta platform media sosial
Bagaimana kami menggunakan maklumat yang kami terima
- Untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk menghantar perihal pemasaran dan juga promosi kepada anda.
- Untuk tujuan pengiklanan dan juga pemasaran termasuk untuk menyampaikan iklan berdasarkan minat,
- Untuk menghubungkan silang-peranti dan untuk menganalisis prestasi aktiviti iklan dan pemasaran.
Bagaimana kami berkongsi maklumat
- Dengan pengiklan, penyedia perkhidmatan dan pemasaran yang berkaitan iklan dan pemasaran serta syarikat yang membantu kami mempelajari bagaimana anda dan orang lain berinteraksi dengan kandungan kami.
- Berkongsi dengan rakan niaga yang sudah bekerjasama dengan kami untuk menawarkan produk atau perkhidmatan berdasarkan jenama bersama.
- Pihak lain yang berkaitan dengan perihal undang-undang untuk melindungi hak kami dari segi konteks transaksi korporat
- Dengan persetujuan dari pihak anda atau sebaliknya atas arahan anda.
Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada staf kami menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah: