Kulit popia merupakan elemen terpenting untuk popia basah. Lapisan nipis yang lembab dan diadun daripada tepung dan digoreng menggunakan kuali leper.
Penggunaan kuali leper adalah untuk menghasilkan lapisan kulit yang sangat nipis. Teknik ni agak sukar untuk dimahiri dan memerlukan perincian serta percubaan yang berterusan. Kalau anda tidak boleh buat kulit popia ini di rumah, anda boleh dapatkannya di pasar.
POPIA BASAH ORIGINAL
Bahan-bahan: sos
- 12 ke 14 tangkai cili kering (dibuang kulit, direbus dan tos). Kisar halus cili kering bersama secawan air.
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 ke 3 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar kicap manis
- Minyak (untuk menumis)
Cara penyediaan:
- Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar anda sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Bahan-bahan: inti popia
- Sengkuang (potong nipis memanjang)
- Taugeh (basuh bersih)
- 1/2 kubis (potong nips)
- Satu genggam (dibuang kulit dan ekor, potong kecil)
- 1/2 bawang besar (cincang halus)
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- Udang kering (tumbuk)
- Garam dan minyak (untuk menumis)
Cara penyediaan:
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau pada api perlahan.
- Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau sehingga layu. Dah boleh tambah taugeh, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau rata dan rasa.
Hiasan
- Kacang tanah – sangai dan tumbuk
- Udang geragau kering – sangai dan tumbuk halus
- Bawang goreng
Penyediaan
- Sediakan kulit popia dan sapukan sos pada kulit dengan rata. Letakkan ini dan susun dengan kemas. Lipat dan tuang lagi sos di atas popia dan taburkan hiasan. Sedia untuk dihidang.
POPIA PELANGI dengan SOS KACANG HALIA
Bahan-bahan A: popia basah
- 7-8 keping kulit popia segera
- 1 ubi bit sederhana (dibuang kulit dan disagat halus)
- 1/2 lada benggala kuning dan merah (dibuang biji dan potong memanjang)
- 1 cawan lobak merah (potong halus memanjang
- 1 mangga masak (potong kiub)
- 1 ikat daun pudina
- 8 auns bihun direndam
Bahan-bahan B: sos kacang halia
- 1/2 cawan mentega kekacang masin
- 1 & 1/2 sudu besar kicap
- 2-3 tablespoon gula perang
- 1/2 limau nipis saiz sederhana (juskan)
- 1/2 sudu teh cili sos bawang putih
- 1/2 sudu teh halia disagat (pilihan)
- Air panas
Cara penyediaan:
- Susun sayur-sayuran dan ketepikan untuk kemudahan menyusun.
- Tuang 3 cawan air untuk dididihkan di dalam kuali dan ketepikan untuk disejukkan seketika untuk kertas beras.
- Sediakan sos kacang dengan masukkan kesemua bahan (B) kecuali air ke dalam mangkuk dan kacau. Tambah 1 sudu besar air dalam satu masa dan kacau sehingga dapat kepekatan yang diingini. Ketepikan.
- Tambah air panas ke dalam pinggan rendam kertas beras untuk lembutkan selama 10-20 saat. Kalau rendam terlalu lama atau air terlalu panas, kertas beras tadi akan terlalu lembik dan susah untuk kendalikan ia nanti.
- Apabila lembut, pindahkan ke permukaan yang sedikit lembab dan bersih.
- Masukkan lobak merah, lada benggala, ubi bit, daun ketumbar dan daun pudina. Lipat bahagian bawah inti, golekkan dengan perlahan sekali, lipat bahagian tepi sudah inti tidak keluar dan golekkan sekali lagi. Hidangkan di dalam pinggan menghidang pada suhu bilik untuk kekal segar.
- Ulang proses sehingga kesemua inti digunakan, anda akan mendapat lebih kurang 7-8 biji. Hidang bersama sos kacang halia atau sriracha, jika mahu.
POPIA BASAH GAYA FUJIAN
Bahan-bahan A: bahan utama
- 4 ulas bawang putih
- 1 sengkuang (lebih kurang 600-800g)
- 300g lobak merah
- 300g kacang buncis
- 6 keping Shiitake kering
- 400ml air
- 3 sudu besar minyak
- Garam, lada dan gula
Bahan-bahan B: sambal haebee
- 200g cili kering
- 200g bawang besar
- 200ml air
- 4 sudu besar minyak
- Garam dan gula
Bahan-bahan C: lain-lain
- 1kg kulit popia
- Sos pes kacang manis
- Daun selada
- Taugeh
- Telur dadar yang dicarik-carikkan
- 6 keping tauhu padat
- 100g crabstick
- Bawang goreng dan bawang putih
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam kuali berlekuk selama 3 minit. Tumis bawang putih yang dihiris.
- Tambah sengkuang, lobak merah, kacang buncis dan Shiitake. Tumis lagi selama 3 minit sebelum masukkan air dan perasa.
- Tutup kuali dan masak selama 20 minit sehingga sayuran lembut dan ketepikan.
- Sambal haebee: panaskan minyak di dalam kuali sebelum tambah cili giling, bawang besar dan udang kering. Tumis selama 5 minit.
- Tambahkan air dan garam serta gula yang mencukupi, sambung tumis sehingga sambal kering.
- Susun popia: sapukan sos pes kacang manis dengan rata ke kulit. Letakkan daun selada dan taugeh di atas kulit popia.
- Sudukan 2 ke 3 campuran sengkuang. Kemudian, tambah telur dadar, tauhu, sosej, crabstick, bawang merah goreng dan bawang putih goreg.
- Lipat dan golekkan popia anda. Potong kepada 4 bahagian kecil untuk hidang.
Popia basah biasanya disediakan mengikut citarasa sendiri, tetapi biasanya, akan ada rasa pedas atau sos manis yang disapu rata pada kulitnya, diikuti dengan daun selada yang bantu pegang segala inti lain di dalamnya.
Popia dipotong kepada saiz gigitan selepas dibalut dan sebelum dihidang. Pada majlis keramaian, biasanya segala bahan popia akan dihidang berasingan supaya tetamu lebih terbuka untuk menikmati juadah ini mengikut citara masing-masing.
SUMBER:
https://redcook.net/2015/04/05/whats-tomb-sweeping-got-to-do-with-spring-rolls/
https://www.rasa.my/cara-buat-kulit-sambal-inti-popia-basah-yang-sedap-1/
https://minimalistbaker.com/rainbow-spring-rolls-with-ginger-peanut-sauce/
https://www.hungrygowhere.my/recipe/make-your-own-popiah/c5843101