Port Dickson, sebuah nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya merupakan tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga.
Sebuah pekan kecil yang dahulunya dikenali sebagai tempat pengeluaran arang, kini telah berevolusi sebagai tempat tarikan pelancong yang popular.
Disebabkan ia hanya seprauh jalan di antara Kuala Lumpur dan Johor, Port Dickson menjadi destinasi terkenal ramai untuk percutian panjang di hujung minggu. Lokasinya juga menarik kerana terdapat banyak pantai awam di persisiran.
Jom kita lihat beberapa pilihan tempat menginap di Port Dickson yang berharga bawah RM1K dan berbaloi untuk anda sekeluarga.
1. CORUS PARADISE RESORT
Pusat kesihatan dan rekreasi di Corus Paradise Resort ada kolam renang di luar dengan peluncur air tau. Anda akan diberikan dua pilihan makanan.
Corus Paradise Resort hanya 25 minit perjalanan dari litar Sepang Formula 1 dan 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bilik-bilik moden di hotel ini direka dengan warna yang menenangkan.
Hubungi: +6012 611 4813
2. D’WHARF HOTEL SERVICED & RESIDENCE
D’Wharf Hotel Serviced & Residence pun ada kolam renang di luar juga, restoran pun ada. Wi-Fi boleh digunakan secara percuma di sekitar hotel. PD Waterfront City hanya 160 meter saja sementara Terminal Feri PD hanya 1.6 kilometer.
Hotel ini berjarak 45 kilometer dari Putrajaya dan 43 kilometer dari Bangi. Lapangan terbang terdekat pula ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bilik berpengahawa dingin dilengkapi dengan balkoni dan pemandangan bandar atau laut.
Hubungi: +606 646 1888
3. GLORY BEACH RESORT
Terletak di Tanjung Gemuk, Glory Beach resort adalah sebuah resort yang berhadapan dengan pantai dan 10 minit perjalanan dari bandar. Ia ada kolam renang di luar, restoran di mana tetamu boleh menjamu selera. Wi-Fi pun percuma di sini.
Galeri Seni Hidup 3D dan Wild West Cowboy Indoor Theme Park pun tak jauh sangat, 3.4 kilometer saja, Muzium Lukut pun 4.2 kilometer dari resort. Dilengkapi dengan televisyen skrin rata, pengering rambut dan kemudahan menggosok baju. Peti ais dan pembuat kopi/teh pun ada.
Hubungi: +606 651 6888
4. GRAND LEXIS PORT DICKSON
Vila mewah dengan kolam renang persendirian ada di Grand Lexis PD, terletak 500 meter dari Pantai Tanjung Gemuk. Dengan empat pilihan makanan dan aktiviti rekreasi pelbagai yang terdapat di sekitar taman berdekatan.
Di vila pula ada Wi-Fi percuma. Warna yang terang dan perabot moden digunakan sebagai dekorasi di sini. Televisyen skrin rata dan penghawa dingin juga disediakan. Sesetengah vila di sini ada pemandangan laut dan panel kaca yang membolehkan anda lihat dunia bawah air.
Hubungi: +606 653 2200
5. LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
Dalam bilik anda ada bar mini yang dilengkapi dengan penghawa dingin okay. Pengering rambut, bidet dan rob mandi juga disediakan di dalam bilik mandi persendirian.
Kolam renang persendirian, meja dan kemudahan menggosok juga tersedia sebagai kemudahan tambahan. Restoran pun ada di Lexis Hibiscus PD. Kemudahan lain termasuklah sofa kongsi dan bilik simpanan bagasi. Tempat letak kereta percuma buat para tetamu.
Hubungi: +606 660 2626
6. TASIK VILLA INTERNATIONAL RESORT
Bukan kolam renang saja, restoran dan bar pun ada di mana tetamu boleh menikmati makanan atau minuman. Wi-Fi pun boleh didapati di sekitar resort. Resort hanya 24 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Televisyen skrin rata, sebuah meja dan cerek elektrik juga disediakan di dalam bilik tidur berpenghawa dingin.
Hubungi: +606 644 8888
7. THISTLE PORT DICKSON
Thislte PD ada kolam renang yang besar dan dikellilingi dengan taman landskap. Bilik tetamu dan suite yang moden di sini memberi suasana yang menenangkan. Anda boleh pilih bilik yang ada pemandangan taman atau kolam renang.
Fresh menawarkan buffet dari seluruh dunis manakala Chinoise menyediakan juadah Cina moden. Glass pula menawarkan tempat makan di luar dan di dalam, juga masakan dari Itali. Anda juga boleh teroka kawasan sekitar dengan menyewa basikal.
Hubungi: +606 648 2828
8. THE GUEST HOTEL & SPA PORT DICKSON
The Guest Hotel & Spa terletak 6.7 kilometer dari PD dan dilengkapi dengan kolam renang semi-outdoor dan juga spa. Hotel ini mempunyai bilik yang moden dan juga Wi-Fi percuma.
Di dalam suite, terdapat mandian spa. WAU Restaurant & Café menyediakan masakan dari Cina, Malaysia dan luar negara, juga sarapan bufet harian dan secawan kopi untuk para tetamu. Selain itu, banyak je lagi restoran berdekatan.
Hubungi: +606 651 7799
9. AVILLION ADMIRAL COVE RESORT
Resort ini terletak di Jalan Pantai dan mempunyai pantai persendirian tetapi ia kana jadi sangat sesak semasa musim ramai orang.
Sarapan hanya disediakan buat orang dewasa, bagi mereka yang membawa kanak-kanak ada bayaran yang akan dicas. Pilih bilik yang bukan di lantai bawah sekali tau kalau taknak bising, ni apa pihak hotel bagitahu
lah. Walaupun tiada Wi-Fi di dalam bilik, anda masih boleh dapatkan akses Wi-Fi di lobi hotel dan bar.
Hubungi: +606 647 0888
10. KLANA BEACH RESORT
Kafe di Klana Beach Resort terletak betul-betul di kawasan pantai, seperti namanya, dan ia bagus untuk tatapan mata dan perut pun kenyang. Kolam renang dibahagikan mengikut jantina, privasi penting ya!
Pakej bulan madu tersedia buat pasangan yang baru sahaja berkahwin. Tetamu sangat digalakkan untuk melawat pusat pemerhatian pada jam 3:00petang sehingga 5:00petang dan 10:00malam sehingga 12:00pagi.
Untuk masuk ke menara pemerhatian, tetamu perlu memakai baju berlengan panjang.
Sambil-sambil anda berseronok di Port Dickson tu, jangan lupa teroka makanan sedap-sedap dekat sana. Port Dickson lebih kepada destinasi berehat daripada berjalan-jalan di bawah matahari yang panas. Selamat berseronok!
Sumber:
https://luxuryhotel.guru/port-dickson/?checkin=2021-07-30&checkout=2021-07-31&guests=1