Now Reading
Port Dickson Resort Semua Orang Kena Pergi

Port Dickson Resort Semua Orang Kena Pergi

port dickson resort

Port Dickson resort, atau penduduk panggil PD, adalah penginapan popular dengan pemandangan laut, terutamanya buat mereka yang tinggal di KL.

Jadi, ia sangatlah sesuai untuk dijadikan destinasi percutian dari kesibukan kota. Pelancong yang datang ke mari kebanyakannya untuk menyaksikan pantai yang cantik. Memancing, bermain ski air dan meluncur adalah antara sukan air yang tersedia di sini.

Marilah lari dari hiruk-pikuk kota dan luangkan masa di hujung minggu di bandar yang indah ini!

Akar Beach Resort resort

port dickson resort

Si Rusa dan Pasir Panjang dekat saja dengan Akar Beach Resort. Di sini ada juga kedai kopi, Wi-Fi percuma dan kolam renang luar. Tambahan lagi, ada lif, stor hadiah dan tempat penyimpanan bagasi sebagai servis yang tersedia di resort ini.

Televisyen skrin rata dan bar mini adalah antara kemudahan mewah yang tersedia di setiap bilik. Buat pengunjung yang menginap di Akar, anda boleh menikmati juadah di restoran yang terdapat di resort, lokasinya strategik kalau nak cari tempat makan yang dekat.

Klana Beach Resort Port Dickson resort

port dickson resort

Klana adalah sebuah tempat yang baik untuk menginap. Ada Wi-Fi, juga gelanggang golf. Kolam renang yang selamat buat kanak-kanak dan kemudahan mendobi juga tersedia di resort 3 bintang ini. Balkoni dan ruangan BBQ pun ada untuk pengunjung.

Pengunjung boleh berehat di dalam bilik berpengahawa dingin selepas seharian berjalan-jalan. Ada mini bar, air botol, teh dan kopi sebagai kemudahan di dalam bilik. Tempat makan pun senang nak cari. Taman Burung Unta PD pun boleh dikunjungi oleh penginap.

Lexis Port Dickson resort

Di PD, Lexis menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang. Jakuzi, sauna dan kolam renang ada di sini. Lexis juga menawarkan bilik berpenghawa dingin dengan filem-filem terkini, mini bar dan air botol.

Terdapat restoran dan bar di mana tetamu boleh berehat sambil menikmati makanan dan minuman. Kota Lukut pun tak berapa nak jauh dari hotel. Lawatan dan aktiviti boleh diatur oleh pihak hotel yang peramah.

Port Dickson Golf & Country Club

port dickson resort

Untuk pilihan hotel yang baik di PD, Port Dickson Golf & Country Club lah jawapannya. Terdapat kolam renang dan gelanggang tenis tersedia. Ada beberapa kemudahan di resort ini macam servis bilik 24-jam, kolam renang kanak-kanak dan gelanggang golf 9-lubang.

Pekerja resort boleh menempah lawatan dan tiket 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan bilik yang ada penghawa dingin serta meja dan kemudahan menggosok baju.

Selain itu, bilik yang khusus buat keluarga pun ada. Resort ini bersebelahan dengan Taman Burung Unta PD, senang lah anda nak pergi ke situ nanti. Satu-satunya resortnya yang berdekatan dengan Cape Rachado dan Blue Lagoon.

The Guest Hotel & Spa

port dickson resort

Terletak di PD dan bagi Wi-Fi percuma pada tetamu. Kolam renang, kedai kopi, sauna pun ada. Semua bilik di sini berpenghawa dingin. televisyen bersatelit, bilik mandi, kopi dan teh sebagai kemudahan di bilik penginapan masing-masing.

Air botol, kemudahan internet tanpa wayar dan pemain DVD termasuk sekali dengan kemudahan di atas. The Guest Hotel & Spa ada sebuah restoran dan bar yang mana tetamu boleh berehat selepas hari yang panjang.

Kota Lukut pun dekat dari sini. Selain Kota Lukut, Si Rusa dan Seremban pun sekangkang kera saja.

Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson pula antara resort pantai paling popular di PD, nombor satu dalam senarai. Terkenal sebagai lapangan penghantaran utama. Tempat yang ideal buat anda berehat dan menukar fantasi anda untuk bercuti di pantai PD kepada reality.

Hotel ini memiliki 258 buah bilik, chalet dan vila-vila yang menarik, direka dengan gabungan budaya tradisional dan kemewahan kontemporari. Tak kira bilik mana pun anda menginap nanti, anda dapat nikmati Warisan Malaysia yang kaya sambil mengekalkan keselesaan.

Grand Lexis Port Dickson

Menginap di Grand Lexis Port Dickson yang terletak di kampung Lukut dan hanya beberapa minit dari Port Dickson. Tempat beristirehat yang dikelilingi pantai tropika dan vila yang berada di laut sementara bangunan hotel terletak di darat.

Bermalam di Deluxe Pool Home, sebuah bilik 62m yang selesa dengan panel kaca buat anda menyaksikan kehidupan di lautan di bawah vila, menjadikan percutian pantai anda sesuatu yang harus diingati. Dapur dan bilik dengan pancutan air juga tersedia.

Villea Port Dickson

Buat keluarga yang mencari tempat penginapan pantai di PD, Villea Port Dickson (dulu dikenali sebagai PNB Ilham Resort) adalah resort yang tepat.

Resort indah di Port Dickson ini mempunyai kolam renang seluas mata memandang yang dikelilingi pokok-pokok, dengan sebilangan besar suite luas dari dua hingga empat bilik tidur.

Tak lupa juga hotel ini mempunyai laluan terus ke pantai, noleh lah anda rendamkan kaki di persisiran bila-bila masa sahaja.

Tidak ada masa sesuai yang lain dah untuk anda aturkan percutian pantai yang seterusnya, melainkan sekarang, dengan menggunakan senarai Port Dickson resort ini.

Jadi, sambil-sambil merancang percutian pantai ke Port Dickson tu, bawa sekali sandal, kaca mata hitam dan topi pantai. PD tak banyak tempat untuk dilawati, tapi sangat sesuai untuk rehatkan badan lepas berhempas pulas mencari rezeki di bandar bersama keluarga.

Jadikan percutian kali ini yang paling bermakna buat anda okay, selamat bercuti!

Sumber:

https://www.lifeisoutside.com/my/port-dickson-resorts

https://www.havehalalwilltravel.com/beachfront-resorts-in-port-dickson

error: Content is protected !!