Now Reading
Proctalgia Fugax (Sakit Anus) – Punca, Simptom, Diagnosis & Rawatan

Proctalgia Fugax (Sakit Anus) – Punca, Simptom, Diagnosis & Rawatan

Proctalgia Fugax

Malah Proctalgia Fugax dikatakan turut menyerupai penyebab sakit dubur yang lain iaitu dikenali sebagai sindrom levator ani.

Walau bagaimanapun, sensasi kesakitan agak berbeza dan dapat dirasakan dalam satu jangka masa yang lama sehingga berhari-hari.

Punca Proctalgia Fugax

Kesakitan pada bahagian anus boleh muncul begitu sahaja. Namun ada juga beberapa kajian mendapati berkait rapat dengan gangguan pada saraf pudendal.

Antara penyebab lain adalah :

  • Aktiviti seksual ( hubungan intim)
pasangan melakukan hubungan seks
  • Menstruasi
  • Sembelit ( susah buang air besar)
lelaki sedang membuang air besar di tandas
  • Stres
lelaki megalami tekanan

Simptom Proctalgia Fugax

Gejala proctalgia fugax adalah kekejangan otot di kawasan dubur, biasanya di bahagian bawah. Sakit atau kekejangan otot boleh berlaku secara tiba-tiba, tanpa gejala, dan sangat menyakitkan.

Rasa tersebut juga kadang-kadang boleh berlaku beberapa saat, beberapa minit atau jam. Keadaan sakit yang teruk ini boleh mengganggu waktu bekerja ataupun belajar.

Walau bagaimanapun, rasa kejang pada otot di kawasan dubur ini akan hilang dengan sendirinya. Apabila otot-otot berkenaan sudah tidak tegang, penghidap procatalgia fugax tidak lagi merasa sakit.

Diagnosis Protalgia Fugax

Keadaan pesakit prostalgia fugax akan didiagnosis oleh doctor untuk memastikan keadaan sakit tersebut disebabkan oleh keadaan perubatan lain yang boleh menyebabkan sakit dubur atau sawan.

Untuk memastikan diagnosis itu betul, doktor biasanya akan :

  • Melakukan pemeriksaan fizikal
  • Bertanyakan berapa lama rasa sakit itu dan seberapa parah
  • Periksa jika ada masalah buasir atau lain-lain yang boleh menyebabkan berlakunya sakit di bahagaian dubur

Rawatan Prostalgia Fugax

Memandangkan penyebab atau punca utama penyakit ini belum dapat dikenal pasti. Rawatan yang boleh dilakukan sekarang hanyalah sekadar mengurangkan rasa sakit tersebut.

Jika masalah tersebut berpunca dari stress, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi untuk rawatan.

Anda juga boleh melegakan rasa sakit tersebut dengan merendamkan bahagian tersebut dengan air panas.

Doktor juga akan bekalkan anda dengan krim glyceryl trinitrate. Jika terlampau teruk, boleh dapatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat.

suntikan botox
error: Content is protected !!