Now Reading
Produk Penjagaan Kulit Tempatan Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Produk Penjagaan Kulit Tempatan Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Produk Penjagaan Kulit Tempatan Untuk Kulit Sihat dan Cantik
https://www.instagram.com/p/B5eUSZTj9Y0/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/BjfHcjSAITW/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B1XsjsUHdmY/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B4MvTQGFh-4/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B3s7QfyIu9-/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B2MD_a0lJBI/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B2Ldb_unGuI/?utm_source=ig_web_copy_link

Sedang mencari produk kecantikan yang semulajadi dan berkesan bagi kulit anda? Hentikan pencarian anda dan mari baca senarai produk penjagaan kulit tempatan ini!

Mineraw

https://www.instagram.com/p/B8QI7XNpRX_/

Mineraw diilhamkan oleh hubungan dengan bumi dan perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan tubuh manusia. Mereka menghasilkan produk penjagaan kulit alami yang berasaskan bahan semulajadi. Matlamat mereka adalah mewujudkan rangkaian penjagaan kulit yang mudah digunakan dan difahami sambil menggalakkan konsep kitar semula menggunakan bekas kitar semula.

Setiap produk yang dihasilkan terdiri daripada 5 jenis bahan atau kurang daripada itu. Mereka memberi tumpuan pada bahan-bahan yang kurang dan hasil yang lebih baik. Semua produk adalah semulajadi dan telah diuji selamat digunakan pada rakan dan keluarga.

Berikut merupakan produk yang anda boleh cuba:

  • Refresh Face Cleanser

Bahan utama dalam pembersih wajah ini adalah Oat. Oat merupakan agen antioksida dan antiradang. Jadi, ia sesuai untuk kulit kering dan boleh membuang sel-sel kulit mati di wajah anda. Selain itu, ia juga mengandungi ‘saporin’ yang memiliki sifat pembersihan semula jadi. Ia membantu menghilangkan kotoran dan minyak yang menyumbat liang-liang pori serta mengelupaskan kulit anda

  • Glow Serum

Minyak ini berfungsi sangat baik untuk kulit! Ia mengunci kelembapan pada kulit anda dan melindungi kulit apabila terjadinya perhubahan suhu dari panas ke sejuk.

  • Purity Clay Mask

Siapa sahaja yang tidak suka akan Clay Mask? Sejak belakangan ini, Clay Mask merupakan bahan penjagaan kulit yang terkenal sehingga kini. Apa yang istimewa mengenai Purity Clay Mask mereka adalah anda boleh menyesuaikan penggunaannya dengan cara yang anda mahukan! Mereka mencadangkan untuk mencampurkan Purity Clay Mask dengan apa sahaja yang anda mahu seperti cuka cider epal, madu, yogurt dan sebagainya mengikut imaginasi anda.

  • Honey Glow Scrub

Honey Glow Scrub merupakan skrub 3 dalam 1. Anda boleh menggunakan Honey Glow Scrub ini pada muka, bibir dan badan anda. Kecantikan tidak hanya terhad pada muka, tubuh badan anda juga memerlukan skrub! Selain itu, ia menjimatkan wang anda kerana anda boleh menggunakannya di semua bahagian badan dan tidak perlu membeli skrub yang berbeza untuk setiap bahagian badan berlainan.

Sebenarnya terdapat juga rangkaian produk lain yang dihasilkan oleh Mineraw, seperti Hydrate Mask, Toner, Make Up Remover, Serum Mata dan juga produk khusus untuk lelaki, anda boleh mencuba Beard Oil mereka. Maklumat lanjut? Lawati laman web mereka di sini: https://themineraw.com/

Root Remedies

Misi mereka adalah untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, semulajadi, minimum sesuai untuk semua individu. Semua minyak yang digunakan dalam produk mereka dicipta khas untuk diletakkan terus pada wajah dan menjalani proses yang minimum. Minyak yang diproses secara minimum mengekalkan semua nutrient semulajadi dan bahan-bahan aktif di dalamnya. Semua pewangi dari produk mereka berasal dari sumber semula jadi seperti minyak pati atau ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Produk mereka juga tidak mengandungi agen pembuih bahkan bahan pengawet yang berbahaya. Sebaliknya, mereka hanya menggunakan pengawet yang sangat lembut bagi menjaga kualiti dan keselamatan produk. Semua produk Root Remedies terdiri daripada 90% bahan semulajadi.

Berikut merupakan senarai produk ‘Holy-Grail’ mereka yang boleh anda cuba:

  • Pure Castile Face Wash

Ia adalah mencuci muka lembut dan tidak menjengkelkan. Seperti yang mereka katakan, ia tidak mengandungi bahan pencuci sintetik atau agen berbuih sintetik. Bahan-bahan seperti detergen dan agen berbuih dikenali untuk merengsakan kulit sensitif dan kering, orang-orang dengan kulit yang sensitif atau kering di luar sana, berikut produk yang boleh anda tambahkan dalam senarai keinginan anda!

  • Damask Rose Face Mist

Ros adalah simbol kecantikan. Sebagai bahan asli, ia tinggi dalam antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan tanda-tanda penuaan dan memliki sentuhan halus dalam pencerahan kulit. Hanya hydrosol berkualiti tinggi yang diekstrak dari ros Damask organik yang ditanam di Bulgaria digunakan dalam produk ini. Damask Rose Face Mist ini mudah digunakan. Hanya sembur di wajah anda, kulit akan kelihatan bersinar dan lebih sihat.

  • Rosehip Pure Oil

Diformulasikan daripada biji benih ‘wild dog rose’, minyak rosehip mengandungi asid lemak penting yang mengekalkan ‘skin barrier’ dan memperlahankan proses penuaan di wajah anda. Ia juga mengandungi asid retinoik yang boleh membantu mengurangkan garis halus dan parut, serta mengurangkan masalah pigmentasi.

Ketahui tentang produk lain yang dihasilkan oleh Root Remedies mengikut keperluan kecantikan anda di laman web mereka: https://rootremedies.com/

J Savonette

J Savonette memberi tumpuan kepada sabun buatan tangan dengan menggunakan bahan semulajadi yang terbaik, tanpa bahan pengawet, perwarna tiruan atau wangian kimia. Sabun J Savonette juga 100% bebas dari minyak haiwan. Ramuan asas yang digunakan dalam sabun mereka adalah mentega semulajadi, herba, tanah liat dan minyak berkualiti tinggi yang menyuburkan kulit anda dan memberikan aroma yang tahan lama.

Selain itu, sabun mereka juga tidak mengandungi:

• Paraben

• SLS / SLES

• Petrokimia

• Pewarna atau pewangi tiruan

• Produk haiwan

Semuanya diformulasi 100% berunsurkan sayur-sayuran dan bahan semulajadi!

Berikut adalah variasi produk sabun J Savonette yang boleh anda cuba, setiap sabun memenuhi keperluan jenis kulit tertentu:

  • Gentle: Marseille Soap

Sabun ini sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Sabun Marseille adalah sabun keras tradisional yang diperbuat daripada minyak sayuran yang dihasilkan di sekitar Marseille, Perancis sejak 600 tahun lamanya. Sabun asli Marseilles adalah produk 100% semulajadi, secara eksklusif dihasilkan dengan minyak sayur-sayuran seperti minyak zaitun dan tanpa sebarang bahan tambahan. Sabun bebas pewangi ini sangat lembut dan sesuai untuk anda yang mengalami alahan pada kulit, wanita hamil dan bayi.

  • Nourish: Honey Oat Soap

Sabun ini sesuai bagi anda yang berkulit normal atau kering. Oatmeal bukanlah sekadar pilihan sarapan pagi yang sihat, ia juga mempunyai senarai manfaat yang bagus untuk kulit anda. Sifatnya yang antiradang, sangat melembapkan dan membantu menghapuskan sel kulit mati secara lembut. Dengan tambahan madu, sabun ini menghapus bakteria dan kaya dengan antioksidan. Madu juga merupakan bahan humectant semula jadi, maksudnya ia menarik kelembapan dari udara untuk membantu melembapkan dan menenangkan kulit anda.

  • Detox: Charcoal Soap

Sabun ini diformulasikan khas bagi anda yang mempunyai kulit jenis normal atau berminyak. Sabun arang asli ini dihasilkan menggunakan resipi yang menggabungkan serbuk arang semula jadi dan minyak pati ‘tea tree’. Arang berkesan untuk menarik segala kotoran dan toksin daripada kulit, membantu melegakan jerawat dan masalah kulit yang lain. Minyak pati ‘tea tree’ pula membantu menghilangkan cela tanpa mengeringkan kulit anda dan juga berfungsi sebagai antiseptik semula jadi. Kombinasi ini sangat sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

Tidak dapat mencari sabun yang anda suka? Anda juga boleh meminta J Savonette membuat sabun anda sendiri! Ya, anda sendiri memilih ramuan yang anda inginkan~ Ketahui lebih lanjut di laman web mereka: https://www.jsavonette.my/

Miracolo

Bagi Miracolo, produk bukan toksik adalah produk yang dihasilkan tanpa senarai bahan yang boleh membahayakan kesihatan anda. Mereka menghasilkan produk penjagaan kulit yang bersih, selamat, tanpa toksik dan semula jadi yang dirumuskan melalui bahan berasaskan tumbuhan serta mengurangkan penggunaan bahan kimia sintetik yang berbahaya dalam produk kecantikan mereka.

Ini merupakan produk terlaris oleh Miracolo yang boleh anda cuba:

  • Miracolo Castor Oil

Castor oil atau minyak kastor kaya dengan asid ricinoleic yang memiliki ciri-ciri antiradang yang hebat. Ia juga membantu menenangkan keradangan kulit akibat ruam, ekzema atau psoriasis dan mengurangkan rasa sakit yang berpunca dari arthritis rheumatoid.

Minyak ini bertindak sebagai pelembap kulit yang hebat, terutamanya untuk kulit kering dan matang kerana kekuatannya dalam penyembuhan luka pada kulit dan merangsang pertumbuhan tisu. Selain kulit anda, anda juga boleh menggunakannya sebagai rawatan kulit kepala atau rawatan rambut.

Miracolo juga menjual produk penjagaan kulit dari jenama lokal yang lain. Sila lawati laman web mereka untuk mengetahui tentang produk Miracolo dengan lebih lanjut: https://mymiracolo.com/skin-care/

Kopara Essentials

Kopara Essentials menyediakan penyelesaian semulajadi yang berkesan untuk kulit, bermula dengan Kopara Golden Jojoba Oil mereka. Produk mereka hanya mengandungi bahan-bahan aktif yang berkualiti tinggi. Minyak yang digunakan adalah 100% tulen dan tidak dicairkan dengan air atau alkohol serta tanpa kandungan pengawet sintetik atau bahan penstabil.

  • Kopara Golden Jojoba Oil

Ia merupakan sejenis pelembap yang baik dan perapi kulit semula jadi. Struktur kimia minyak Jojoba menyerupai sebum yang dihasilkan oleh kulit, sekali gus menambah sebum yang telah terhakis oleh pencuci wajah dan agen pembersih lain. Ia mengunci kelembapan pada kulit dan menjadikannya sangat lembut pada sentuhan.

Selain itu, minyak Jojoba juga mengurangkan jerawat dengan cara melarutkan sisa sebum dan komedon yang tersumbat di dalam liang roma. Oleh kerana kandungan vitamin E yang tinggi, ia boleh mengurangkan garis halus pada wajah anda jika digunakan secara berterusan.

Anda boleh membeli Kopara Golden Jojoba Oil mereka di sini: https://koparaessentials.com/

Aro Sarawak

Aro Sarawak memperkenalkan keindahan, budaya dan kepelbagaian biologi negeri Sarawak ke seluruh dunia melalui bahan-bahan semulajadi berasal dari hutan hujan hingga flora dan fauna yang tumbuh di sekeliling rumah. Bahan-bahan semulajadi ini dicampur dalam setiap produk penjagaan kulit ARO untuk memupuk keindahan sebenar dari dalaman.

Produk semulajadi dari ARO yang boleh anda cuba:

  • ARO Cleansing Cream

Diformulasikan dengan kombinasi lidah buaya, minyak kelapa dan madu, ARO Cleansing Cream mengeluarkan kotoran pada wajah dengan lembut dan merawat kulit yang nerjerawat.

  • ARO Day & Night Cream 

Krim pelembap siang dan malam ini adalah yang terlaris dan sesuai untuk setiap jenis kulit. Ia dihasilkan daripada minyak kelapa dara yang menghidratkan kulit anda seharian!

  • ARO Face Serum

Serum ini memberi tumpuan kepada rawatan anti-penuaan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi dari Sarawak. Ia meningkatkan fungsi penting kulit anda dan menyamaratakan tona kulit.

Berminat? Ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk mereka: https://arosarawak.wixsite.com/arosarawak

Kayman Beauty

Kayman Beauty ditubuhkan pada tahun 2017. Misi mereka adalah mengatasi segala stigma negatif terhadap produk tempatan di Malaysia. Mereka menghasilkan produk berkualiti tinggi melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti. Formula produk mereka direka khas berasaskan bahan semulajadi bagi memberi kesan yang optimum kepada kulit anda.

  • Coal Face Cleanser

Pembersih gel rendah pH yang dirumus dengan ramuan utama Kayman Beauty, iaitu arang & madu dengan ramuan tambahan aloe vera & teh hijau. Ia menawarkan pembersihan yang berkesan tanpa menjejaskan ‘skin barrier’ kulit.

  • Coal Face Soap

Sabun ini mempunyai pH yang rendah dan mengandungi formula pembersihan yang mendalam, dihasilkan daripada madu tulen dan arang aktif untuk menggalakkan kulit yang sihat, bersih dan licin. Arang aktif adalah baik untuk merawat jerawat serta menyerap lebihan minyak dan toksin pada permukaan kulit. Khasiat madu pula adalah menyuburkan kulit & membantu mencerahkan kulit secara menyeluruh.

  • Rosa Glow Treatment Essence

Rosa Glow Treatment Essence dirumus dengan 8 ramuan terbaik untuk kulit anda. Esen ini mempunyai konsistensi yang nipis dan berair tetapi dilengkapi dengan bahan aktif yang membantu mencerahkan kulit anda, menyamaratakan tona kulit, menegangkan kulit, dan mengurangkan bintik-bintik gelap. Dengan bantuan Alpha Arbutin sebanyak 2%, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada bintik-bintik hitam dan parut!

Ketahui mengenai produk mereka dengan lebih lanjut di: https://kaymanbeauty.com/

Sluvi Natural Skincare

Matlamat utama Sluvi Natural Skincare adalah untuk membantu rakyat Malaysia menyedari tentang kepentingan menggunakan produk semulajadi melalui sumber asli dan memberi kesan positif kepada petani tempatan.

Antara produk menarik dari Sluvi Natural Skincare:

  • Stingless Bee Honey Soap

Dirumus dari madu kelulut asli, ia kaya dengan ramuan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, madu juga mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang boleh menyembuhkan luka dan membantu memperbaharui tisu. Ia juga boleh merawat jerawat sambil memberi kelembapan pada kulit.

  • Sluvi Aloe Green Tea Face Mask

Mengandungi bahan antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan UV, ia mencegah penuaan kulit, melawan jerawat dan membersihkan liang pori yang tersumbat. Sifat anti radang lidah buaya dan the hijau melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit wajah anda justeru memastikan kulit sentiasa lembab dan licin.

  • Sluvi Rice Face Mask

Mengandungi beras, ia merawat kerosakan yang berlaku akibat sinar UV dan merawat jerawat dengan berkesan. Beras menggalakkan peningkatan kolagen dalam kulit untuk menghalang kedutan dan memastikan kulit sentiasa lembap dan anjal.

Anda boleh dapatkan produk Sluvi Natural Skincare melalui akaun Instagram mereka: https://www.instagram.com/sluvinatural/?hl=ms

error: Content is protected !!