RedONE merupakan salah satu syarikat telco di Malaysia seperti Celcom, DiGi dan Maxis. telko ini menyediakan perkhidmatan pascabayar atau perkhidmatan bil bulanan serendah RM 8.00.
Pada awal penubuhannya, ia dikenali sebagai Redtone Mobile yang ditubuhkan pada tahun 2009. Namun, pada tahun 2012, Redtone Mobile telah dijenamakan semula menjadi redONE dengan mendaftarkan syarikat bernama redONE Network Sdn Bhd.
Telko ini menggunakan rangkaian Celcom Axiata yang pantas dan infrastruktur 5 bintang boleh diharapkan. Kini, ia tidak hanya memfokuskan kepada pelan pascabayar semata-mata. Namun, pelan prebayar juga akan difokuskan agar semua orang boleh mendapat akses.
Falsafah dan servis yang ditawarkan oleh redONE adalah diinspirasikan oleh aspirasi pelanggan. Ia ingin memberikan khidmat yang yang berguna, mudah dan praktikal.
RedONE telah dinobatkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) Tahunan Terbaik selama tiga tahun berturut-turut iaitu antara tahun 2014 sehingga 2016.
Ketika kejayaannya, Penganalisi Kanan Industri Frost dan Sullivan Asia PAsifik, Aviash Sacdeva menyatakan bahawa redONE berjaya mencapai pertumbuhan pelanggan dan pendapatan kukuh, meskipun bersaing di sektor perkhidmatan mudah alih yang mempunyai kadar penembusan pasaran yang tinggi.
Malah, strateginya dengan memaksimumkan penggunan saluran pemasaran dan pengedaran yang lebar serta berkesan, telko ini menguasai hampir dua peratus bahagian pasaran pelanggan.
Model langganan pasca bayarnya yang menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina serta golongan dewasa yang bekerja secara strategik bukan sahaja mencatatkan kadar penamatan perkhidmatan paling rendah, malah ia juga merekodkan purata hasil setiap pengguna (ARPU) paling tinggi dalam kalangan pesaing
Pada 18 Mei 2021, ia berjaya membuka cawangannya dia Thailand dengan menggunakan nama Red One Network (Thailand) Co. Ltd dengan menawarkan pelan bulanan serendh 99 baht sahaja.
Sebelum ini, pada tahun 2019, mereka telah membuka cawangannya dia Singapura dan sekarang merancang untuk membuka cawangannya dia seluruh ASEAN. Setakat ini, semenjak ia ditubuhkan, terdapat 1.2 juta pengguna yang masih setia melanggan dengan redONE.
Terdapat beberapa produknya sedang ditawarkan di Malaysia.
- Amazing 58
Pelan ini menawarkan 60 GB data internet yang dipecahkan kepada beberapa jenis data internet iaitu 20 GB + 4G Lte data, 10 GB redSOCIAL, 30 GB redVIDEO (1GB sehari) dan panggilan percuma ke semua rangkaian tanpa had.
- Amazing 38
PElan ini menawarkan 33 GB data internet yang dipecahkan kepada beberapa jenis data internet iaitu 8GB + 4G Lte data, 10GB redSOCIAL, 15 GB redVIDEO (500MB sehari) dan panggilan percuma ke semua rangkaian tanpa had.
- Amazing 8
Pelan ini menawarkan 1 GB + 4G Lte data serta panggilan percuma antara pengguna redONE tanpa had.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar dan mengguna redONE, anda boleh layari www.redone.com.my untuk melihat pelbagai tawaran yang disediakan.
Get redONE NOW!
Berikut adalah perkongsian kami pada kali ini, semoga bermanfaat!
SUMBER: