Now Reading
Program Dan Kempen SSIPR Yang Anda Boleh Mohon

Program Dan Kempen SSIPR Yang Anda Boleh Mohon

ssipr

SSIPR adalah singkatan dari Smart People’s Initiative Smart System, yang dibangunkan untuk menguruskan data pengguna People’s Initiative Program (IPR).

IPR telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk menolong masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah, memenuhi tuntutan dan cabaran kehidupan hari ini yang semakin mencabar.

SSIPR dibuat untuk membolehkan orang ramai menghantar permohonan secara dalam talian tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat yang berkenaan. Orang juga dapat mengetahui program atau agenda IPR yang boleh dicuba.

Dengan adanya SSIPR juga, ia akan membuat semakan status permohonan anda lebih mudah dan menjimatkan masa.

Antara program yang berada di bawah SSIPR ialah:

1. Kasih Ibu Smart Selangor

KISS atau nama penuhnya Kasih Ibu Smart Selangor adalah bantuan yang dibiayai oleh kerajaan untuk ibu-ibu di Selangor dalam isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2000 untuk membantu membeli barang-barang isi rumah melalui sistem tanpa tunai.

Pemohon yang berjaya akan diberikan kad debit dan setiap bulan secara automatik RM 200 akan dikreditkan ke kad tersebut. Syarat permohonan:

  • Wanita berkahwin yang dilahirkan di Selangor, atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun, atau telah menjadi pengundi Selangor
  • Wanita yang telah berkahwin (berkahwin atau ibu tunggal) masih perlu menyara anak-anak di bawah umur 21 tahun

2. Bas Smart Selangor

Bas Smart Selangor ialah usaha kerajaan negeri Selangor yang mana pihak ini telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Penduduk negeri Selangor boleh menaiki perkhidmatan bas Smart Selangor secara percuma. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu penduduk yang kurang bermampuan selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

3. Skim Air Darul Ehsan

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program reapportion dari SSIPR untuk menyediakan air percuma kepada warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dengan pendapatan bulanan isi rumah RM 4,000 ke bawah.

Syarat untuk memohon bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pasangan individu asing jika bujang / tanpa pasangan).
  • Premis kediaman dengan meter individu.
  • Pemohon hanya boleh memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

4. Skim Insurans Peduli Sihat

Skim Insurans  Peduli Sihat merupakan antara kempen SSIPR yang merupakan bantuan kepada rakyat Selangor khususnya golongan B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan. Skim ini membantu golongan tersebut untuk mendapatkan rawatan klinik dan hospital secara percuma. Antara kriteria untuk mendaftar ialah:

  • Pemilih mestilah berdaftar di negeri Selangor
  • Lahir ataupun tinggal menetap di Selangor lebih 10 tahun
  • Pendapatan seisi rumah RM2000 dan kebawah
  • Berdaftar sebagai pemohon BSH yang tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih atau mempunyai pendapatan bawah dari RM2000.

5. Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)

Skim Kesihatan Wanita ini merupakan antara kempen SSIPR yang bertujuan untuk memastikan kesihatan wanita sentiasa terjaga. Terdapat pelbagai kempen di bawah skim ini.

Salah satunya adalah Program MammoSel ataupun Mammogram percuma Selangor. Program ini adalah pemberian perkhidmatan pemeriksaan mammogram yang percuma untuk setiap wanita di Selangor.

Antara syarat kelayakan untuk skim ini ialah:

  • Berumur 50 tahun ke atas yang lahir dan sedang menetap di Selangor.
  • Menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.

Di atas merupakan beberapa kempen dan program di bawah SSIPR. Terdapat banyak lagi kempen dan program yang anda boleh mohon di laman web SSIPR.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mohon, sila ke laman web SSIPR dengan segera.

Sumber

https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2534

https://smarttechtank.com/products/b40-system.html

https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/

error: Content is protected !!