Program Jaringan Prihatin telah diumumkan oleh kerajaan pada Belanjawan 2021 melalui peruntukan asal berjumlah RM1.5 bilion. Kerajaan telah menyediakan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih kepada 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Hasil Kerjasama kerajaan bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan data tambahan percuma bernilai RM 1.5 bilion melalui faedah tambahan syarikat-syarikat yang terbabit. Hal ini adalah selepas mengambil kira keperluan keluarga B40 terutamanya yang memiliki anak yang bersekolah. Kerajaan telah memperuntukan tambahan sebanyak RM500 juta di bawah pakej bantuan PEMERKASA.
Oleh itu, Program Jaringan Prihatin ini adalah hasil kerjasama di antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama dua belas syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN?
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin. Sekiranya anda warganegara Malaysia dan penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam program ini. Hal ini demikian kerana, pelan komunikasi dan pakej peranti yang akan ditawarkan telah pun disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.
Program ini menawarkan dua jenis subsidi iaitu:
- Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan;
- Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Manakala bagi kumpulan Penerima BPR yang telah berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Jika anda penerima BPR bujang atau berkahwin dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun anda disediakan subsidi seperti berikut:
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti,
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMOHON UNTUK MENYERTAI PROGRAM JARINGAN PRIHATIN?
Bermula dari 5 Mei 2021 sehingga 31 Julai 2021 anda sudah boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi yang terlibat. Program ini akan berlangsung secara menyeluruh dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.
Bagi setiap individu atau isi rumah yang layak hanya satu tuntutan dibenarkan ianya akan disahkan melalui nombor kad pengenalan. Maka, sekiranya anda mempunyai dua nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu nombor mudah alih sahaja untuk menerima tuntutan subsidi tersebut.
Jika anda merupakan penerima susidi tersebut setiap pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi terlibat akan di berikan subsidi Jaringan Prihatin. Setiap syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian akan menentukan kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing.
Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga (3) kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan namun ianya bergantung kepada pelan yang dipilih. Hanya satu syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut yang boleh didaftar oleh penerima.
Penerima tidak boleh:
- Subsidi Jaringan Prihatin tidak boleh ditebus lebih daripada sekali sebulan.
- Anda tiada pilihan untuk memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza bagi setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat dan antara pelan prabayar dan pasca bayar. Secara umumnya, setiap penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama.
- Penerima tidak boleh memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
- Penerima tidak akan menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin
Anda boleh menyemak kelayakan melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di https://bpr.hasil.gov.my/
Anda perlu mendaftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang terlibat dalam program tersebut.
Tentukan pilihan pakej yang ingin dipilih antaranya:
- Pembelian peranti baharu
- Pembelian pelan data internet bulanan
- Setelah membuat pilihan, selesai! Anda seterusnya boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!
- Program Jaringan Prihatin b40
Anda perlu mendaftar dengan syarikat telekomunikasi seperti berikut bagi menikmati manfaat yang telah dinyatakan:
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
- Digi: https://digi.my/prihatin⠀
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀⠀
Berikut merupakan antara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40
Anda mempunyai pilihan untuk mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:
- 1. Digi
- https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
- 2. U Mobile
- https://www.u.com.my/jprihatin/en.html
- 3. Celcom
- https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
- 4. Unifi
- https://unifi.com.my/jaringanprihatin
Soalan Lazim
Program Jaringan Prihatin B40 merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia yang telah memperuntukkan RM2 bilion untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.
Melalui program ini penerima akan menerima bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.
Semua warganegara Malaysia yang juga menerima Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.
Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
Semoga perkongsian maklumat kali ini memberi manfaat kepada anda!
Sumber:
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin