Proktitis adalah penyakit keradangan lapisan rektum. Rektum adalah tiub otot yang berhubung ke titik akhir kolon anda, najis melalui rektum dalam perjalanan keluar dari badan.
Proktitis boleh menyebabkan kesakitan rektum, cirit-birit, pendarahan dan lelehan, serta perasaan berterusan ingin membuang air besar. Simptom penyakit ini boleh berlaku dalam jangka masa singkat atau ia boleh menjadi kronik.
Masalah kesihatan ini adalah perkara biasa terjadi pada orang yang mengalami penyakit radang usus (penyakit Crohn atau kolitis ulseratif). Jangkitan seksual adalah satu lagi sebab yang lain. Ia juga berpunca dari kesan sampingan terapi radiasi untuk kanser tertentu.
Simptom Proktitis
Simptom proktitis mungkin berbeza-beza bergantung kepada punca sebenar.
Simptom penyakit ini yang biasa adalah tenesmus, yang merupakan keinginan kerap perlu membuang air besar. Keinginan ini biasanya mengakibatkan ketidakselesaan dan akan berterusan walaupun selepas pesakit tersebut pergi ke bilik air.
Simptom lain termasuklah:
- Terdapat darah pada najis atau pendarahan dari dubur
- Berasa sakit di rektum, perut, atau dubur
- Berasa sakit semasa pergerakan usus (membuang air besar)
- Keluar lelehan atau lendir dari dubur.
- Najis keluar dalam bentuk berair atau cirit-birit
- Sembelit
- Kelenjar limfa bengkak di pangkal paha
Individu yang mengalami gejala yang teruk seperti lelehan dubur, darah atau sakit, harus segera berjumpa doktor.
Punca Proktitis
Proktitis datang dari pelbagai punca, penyakit kelamin merupakan salah satu punca utamanya. Gonorrhea, sifilis, herpes, ketuat dubur, dan klamidia adalah antara penyakit kelamin yang menjadi punca utama penyakit ini. Malahan, penyakit ini cenderung terjadi dalam kalangan lelaki homoseksual dan pada individu yang terlibat dalam hubungan oral-dubur atau seks melalui dubur dengan ramai pasangan.
Punca lain proktitis lain termasuklah yang berikut:
- Jangkitan yang tidak dijangkiti melalui seks
- Penyakit autoimun usus besar seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif
- Ejen fizikal yang
berbahaya
- Bahan kimia
- Objek asing diletakkan di dalam rektum
- Trauma di kawasan itu
- Radiasi (kesan sampingan dari rawatan untuk penyakit lain)
- Antibiotik (kesan sampingan dari rawatan untuk penyakit lain)
Diagnosis Proktitis
Untuk mendiagnosis masalah kesihatan ini, seorang doktor akan bertanya mengenai simptom seseorang, termasuk berapa lama mereka telah mengalami masalah ini. Mereka akan bertanya tentang sejarah perubatan dan aktiviti seksual seseorang. Mereka juga boleh melakukan pemeriksaan fizikal rektum untuk memeriksa tanda-tanda keradangan.
Di samping itu, untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, doktor boleh mengarahkan ujian makmal seperti ujian darah, ujian najis, dan kultur rektum.
Jika mereka mengesyaki terdapat gangguan pencernaan yang lebih kronik atau sebarang komplikasi, doktor boleh memerintahkan kolonoskopi atau proktoskopi. Prosedur ini melibatkan doktor memasukkan tiub fleksibel yang tipis ke dalam dubur untuk memeriksa usus, rektum, dan kolon.
Diagnosis menyeluruh boleh mengambil masa tetapi amat penting bagi semua individu untuk mencari rawatan yang betul.
Faktor Risiko Proktitis
Faktor risiko proktitis termasuklah:
- Seks yang tidak selamat. Ia merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko jangkitan seksual (sexually transmitted infection) dan proktitis. Risiko anda menghidap jangkitan seksual akan meningkat jika anda mempunyai ramai pasangan seks, tidak menggunakan kondom sewaktu hubungan seks dan melakukan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan seksual.
- Penyakit usus radang. Mengalami penyakit radang usus (penyakit Crohn atau kolitis ulseratif) meningkatkan risiko proktitis.
- Terapi radiasi untuk kanser. Terapi sinaran pada atau berhampiran dengan rektum anda (seperti untuk kanser rektum, ovari atau prostat) meningkatkan risiko proktitis.
Rawatan Proktitis
Rawatan untuk proktitis bergantung kepada punca asal keradangan.
– Rawatan untuk proktitis disebabkan oleh jangkitan
Doktor boleh mengesyorkan ubat-ubatan untuk merawat jangkitan anda. Pilihan mungkin termasuk:
- Antibiotik. Untuk proktitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, doktor anda boleh mengesyorkan antibiotik, seperti doxycycline (Doxteric, Vibramycin).
- Antivirals. Untuk proktitis yang disebabkan oleh jangkitan virus seperti virus yang disebar secara seksual, doktor anda boleh mengesyorkan ubat antiviral seperti acyclovir (Sitavig, Zovirax, yang lain).
– Rawatan untuk proktitis yang disebabkan oleh terapi radiasi
Kes-kes proktitis radiasi mungkin tidak memerlukan rawatan. Dalam kes lain, proktitis radiasi boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan teruk yang memerlukan rawatan. Doktor anda boleh mencadangkan rawatan seperti:
- Ubat-ubatan. Ubat-ubatan diberikan dalam bentuk pil, suppositori atau enema. Ia termasuklah sucralfate (Carafate), mesalamine (Asacol HD, Canasa, yang lain), sulfasalazine (Azulfidine) dan metronidazole (Flagyl). Ubat-ubatan ini boleh membantu mengawal keradangan dan mengurangkan pendarahan.
- Pelembut najis. Ini boleh membantu membuka sebarang halangan dalam usus.
- Rawatan untuk memusnahkan tisu yang rosak. Teknik ini memperbaiki gejala proktitis dengan memusnahkan tisu yang tidak normal (ablation) yang berdarah. Prosedur penyingkiran yang digunakan untuk merawat proktitis termasuklah pembekuan plasma argon (argon plasma coagulation), electrocoagulation dan terapi lain.
– Proktitis yang disebabkan oleh penyakit keradangan usus
Rawatan proktitis yang berkaitan dengan penyakit Crohn atau kolitis ulseratif bertujuan untuk mengurangkan keradangan di rektum anda. Rawatan boleh merangkumi:
- Ubat untuk mengawal keradangan rektum. Doktor boleh mengesyorkan ubat-ubatan anti-radang, sama ada melalui mulut atau sebagai suppositori atau enema, seperti mesalamin (Asacol HD, Canasa, yang lain) atau kortikosteroid – seperti prednisone (Rayos) atau budesonide (Entocort EC, Uceris). Keradangan dialami oleh pesakit penyakit Crohn sering memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan yang menindas sistem imun, seperti azathioprine (Azasan, Imuran) atau infliximab (Remicade).
- Pembedahan. Sekiranya terapi ubat tidak melegakan tanda dan gejala anda, doktor boleh mengesyorkan pembedahan untuk membuang bahagian saluran pencernaan yang rosak.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/proctitis/symptoms-causes/syc-20376933