Now Reading
Promosi minuman bubble tea 5 liter, Adakah Anda Akan Terjebak Juga?

Promosi minuman bubble tea 5 liter, Adakah Anda Akan Terjebak Juga?

Bubble tea

Minuman air ‘bubble tea’ amat digemari oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Baru-baru ini, salah satu syarikat terkenal yang menjual bubble tea membuat promosi dengan menjual 5 liter minuman tersebut pada harga RM69.90. Promosi tersebut terus mendapatkan pelbagai reaksi daripada masyarakat khususnya penggemar air itu.

promosi bubble tea 5 liter

Ada yang merasa teruja dan ada juga yang mengecam. Promosi itu dilakukan untuk menarik penggemar  minuman ini mencuba air tersebut dalam kuantiti yang banyak pada harga yang lebih murah. Anda juga boleh mendapat 5 liter tambahan air bubble tea tersebut secara percuma sekiranya anda berjaya melakukan cabaran yang diberi.

Berikut adalah beberapa contoh reaksi daripada masyarakat di sosial media berkenaan hal ini.

Promosi minuman bubble tea mendapat maklum balas yang berbeza-beza daripada masyarakat.

Rata-rata masyarakat mengecam promosi tersebut kerana mampu membahayakan individu. Ada juga yang mengatakan bahawa promosi sebegini seperti menempah maut dan sengaja ingin mendapatkan diabetes.

Ada juga pandangan lain yang mengatakan bahawa promosi ini amat sesuai sekiranya diminum beramai-ramai kerana harganya yang murah dan kuantiti yang banyak. Jadi, anda boleh berjimat dan menikmati air ini bersama keluarga atau rakan-rakan.

Promosi minuman bubble tea mendapat maklum balas yang berbeza-beza daripada masyarakat.

Namun begitu, ia hanyalah satu bentuk promosi untuk menarik perhatian pelanggan sahaja. Sekiranya anda merasakan bahawa anda tidak tergolong dalam pelanggan sasaran mereka, anda tidak perlu membelinya. Pilihan masih ada di tangan anda.

Ianya tidak salah sekiranya ada individu yang ingin mencubanya, namun pastikan anda meminumnya dalam kadar yang berpatutan kerana minuman ini mengandungi kadar gula yang tinggi. Minumlah air kosong dengan banyak agar badan anda akan dapat dineutralkan semula. Berhati-hati juga semasa menyedut ‘boba pearl’ tersebut kerana ianya mempunyai tekstur bergetah yang boleh membuatkan anda tercekik jika disedut dengan laju.

Jikalau anda ingin menjimat duit serta meminum versi yang lebih sihat,  anda boleh juga membuatnya sendiri di rumah dengan mudah. Disini kami telah pun menyenaraikan beberapa resepi air bubble tea yang sihat dan sedap!

 

 

SUMBER

https://healthessentials.com.sg/blog-headlines/blogart65

https://www.medicaldaily.com/drinking-too-much-bubble-tea-danger-436900

https://www.health.com/food/bubble-tea-pearls-constipation

https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/bubble-tea-healthy-or-not

error: Content is protected !!