Adakah anda adalah salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak berusia 12 tahun pada tahun depan? Di sini, kami kongsikan proses pendaftaran kad pengenalan dari MyKid kepada MyKad untuk anda rujuk dan senaraikan satu persatu.
Menurut Peraturan 3, setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan memegang status warganegara wajib mendaftar untuk Kad Pengenalan. Ini tertakluk kepada peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas tarikh penting untuk mendaftarkan kad pengenalan anak anda supaya tidak dikenakan denda seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Syarat Permohonan
- Pemohon mestilah berumur genap 12 tahun sehingga 15 tahun.
- Pemohon mestilah hadir bersama Ibu atau bapa atau Penjaga.
- Mengisi Borang Permohonan JPN.KP01 dengan lengkap.
- Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari sebelum berumur 12 tahun. Jika tidak, denda bagi proses pendaftaran akan dikenakan.
- Sekiranya tiada ibu bapa atau penjaga , surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dikemukakan untuk pengesahan.
Prosedur Permohonan
Pemohon wajib hadir mendaftar di Kaunter JPN bersama ibu atau bapa atau penjaga dan membawa dokumen asal seperti yang berikut.
Senarai dokumen yang perlu dibawa semasa permohonan MyKad 12 tahun:
- Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA).
/ Passport bagi pemohon yang menetap di luar negara. - Kad Pengenalan Ibu Atau Bapa Atau Penjaga.
- Sekiranya alamat tidak sama dengan alamat ibu bapa, anda perlu menyertakan salinan bil utiliti atau lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pembayaran
Berikut adalah Bayaran Permohonan Kad Pengenalan (MyKad) untuk Kanak-kanak Berumur 12 Tahun (Warganegara).
Umur | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari | – | – | – |
12 tahun 30 hari hingga 13 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
13 tahun 1 hari hingga 14 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
14 tahun 1 hari hingga 15 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
15 tahun 1 hari hingga 16 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
Proses Aliran Permohonan Kad Pengenalan
- Ambil Nombor Giliran
- Isi Borang
- Pergi Ke Kaunter Proses Apabila dipanggil
- Pendaftaran & Penerimaan Bayaran
- Terima KPPK09/KPPK11 di Kaunter Gambar
Borang Permohonan Kad Pengenalan / MyKad
Borang dalam talian hanya boleh digunakan sebagai rujukan. Sila cetak dan gunakan borang asal untuk urusan rasmi.
Permohonan MyKad
Permohonan MyKad boleh dilakukan di Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara
Permohonan MyKad 12 Tahun Atas Talian
Namun begitu, selari dengan norma baharu, berita baiknya anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi beratur panjang dan menjimatkan masa kerana kini pendaftaran MyKad boleh dilakukan secara atas talian.
Anda nak tahu caranya? Rujuk sini.
- Permohonan boleh dilakukan dengan cara mengimbas kod QR atau layari https://web12tahun.jpn.gov.my/.
- Pastikan anda telah berdaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu.
- Kemudian, log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Selepas itu, sila tick ‘Saya Setuju’ setelah baca dengan teliti Terma Dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan
Kanak-Kanak 12 Tahun - Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun kemudian tekan butang hantar.
- Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun untuk dibawa ke kaunter JPN terpilih untuk proses selanjutnya.
Pastikan anda melampirkan dokumen tersebut iaitu:
- Sijil Kelahiran Yang Asal
- Bukti alamat tempat tinggal semasa
- Dokumen-dokumen bagi ibu bapa atau penjaga
Anda boleh membuat tempahan urusan di kaunter JPN secara online di MyJanjiTemu. https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/
Sebarang aduan dan pertanyaan berhubung login dan pendaftaran pengguna, anda boleh menggunakan saluran seperti berikut: http://www.malaysia.gov.my/aduan
Sekian perkongsian berkenaan dengan pendaftaran kad pengenalan bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Semoga bermanfaat!
Sumber:
http://www.malaysiacentral.com/information-directory/how-to-apply-for-mykad-children-aged-12/
https://www.jpn.gov.my/en/core-business/identity-card/mykad-12-eng