Now Reading
PRP (Platlet-Rich-Plasma) – Bagaimana ia berfungsi , Kelebihan dan Prosedur

PRP (Platlet-Rich-Plasma) – Bagaimana ia berfungsi , Kelebihan dan Prosedur

PRP

Prosedur Platlet-Rich Plasma (PRP) telah menjadi buah mulut ramai dan diinginkan oleh atlet elit untuk membantu mereka pulih daripada kecederaan sukan. Beberapa doktor kini menggunakan prosedur ini suntikan PRP untuk beberapa sebab, iaitu seperti menggalakkan pertumbuhan rambut sehinggalah meningkatkan penyembuhan tisu lembut.

Walau bagaimanapun, kajian penyelidikan tidak membuktikan secara pasti bahawa PRP adalah bermanfaat untuk keadaan tersebut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Platlet adalah sel darah yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Salah satunya adalah untuk membentuk pembekuan darah agar seseorang tidak kehilangan terlalu banyak darah ketika tercedera. Selain itu, platlet juga mengandungi protein dalam darah yang membantu menyembuhkan luka.

Berdasarkan teori penyelidik, apabila kawasan yang mengalami keradangan atau kerosakan tisu disuntik dengan jumlah platlet yang tinggi, ia dapat membantu luka untuk sembuh. Sedikit sampel darah yang rosak diambil dan dimasukkan ke dalam alat khusus kemudian diputar pada kelajuan tinggi. Proses ini memisahkan platlet daripada komponen darah yang lain.

Jumlah platlet yang tinggi kemudian disuntik ke bahagian badan yang ingin dirawat. Disebabkan suntikan mengandungi tahap platlet yang tinggi, iaitu 5 hingga 10 kali lebih banyak daripada darah yang tidak dirawat, doktor beranggapan bahawa platlet akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Kelebihan PRP

Beberapa contoh keadaan di mana PRP telah digunakan sebagai satu rawatan termasuklah:

  • Pertumbuhan rambut

Doktor akan menyuntik PRP pada kulit kepala, untuk mengurangkan keradangan yang menyebabkan keguguran rambut.

  • Penyembuhan tisu

PRP pertama kalinya digunakan untuk membantu individu sembuh daripada pembedahan plastik dan rahang. Contoh tisu yang digunakan untuk PRP adalah:

  • tendon
  • ligamen
  • otot

Ligamen boleh memakan masa dan agak sukar untuk sembuh, yang mana ini menjadikan PRP satu pilihan baik bagi individu yang pernah mengalami kecederaan pada bahagian tisu ini untuk mendapatkan rawatan.

  • Mengurangkan keradangan

Doktor menggunakan PRP untuk mengurangkan keradangan yang terjadi disebabkan oleh osteoartritis. Keradangan ini boleh menyebabkan sendi menjadi sakit dan kebas.

Prosedur PRP

Sebelum prosedur , anda mungkin perlu berhenti mengambil ubat tertentu yang boleh menipiskan darah anda, seperti aspirin dan ibuprofen sebelum anda mendapat suntikan PRP. Anda juga mungkin perlu menghentikan pengambilan vitamin atau makanan tambahan tertentu seperti asid lemak omega-3 untuk sementara waktu.

Doktor akan memberitahu anda info tepat tentang apa yang anda perlu lakukan sebagai persediaan bagi suntikan PRP ini. Prosedur ini biasanya tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius. Tetapi, disebabkan ia melibatkan pengambilan darah, pastikan anda makan sebelum prosedur dijalankan. Itu akan membantu mengelakkan anda daripada berasa pening atau pengsan ketika mendapatkan suntikan PRP.

Pada permulaan prosedur, doktor akan mengumpulkan plasma. Seterusnya, doktor mengeluarkan darah daripada badan anda dan menggunakan mesin untuk memisahkan platlet yang kaya dengan plasma daripada sel darah. Kemudian, doktor akan membius bahagian yang ingin dirawat dengan suntikan PRP. Jarum digunakan untuk menyuntik plasma ke bahagian yang ingin dirawat.

Contohnya, jika anda dirawat kerana kecederaan otot, doktor akan menyuntik plasma ke beberapa bahagian otot tersebut.

Dalam beberapa kes, doktor menggunakan teknologi ultrasound semasa suntikan berlangsung untuk memastikan mereka menyuntik pada bahagian yang betul. Suntikan PRP biasanya memakan masa sekitar 30 minit, bergantung pada bahagian yang disasarkan.

Setelah platlet berada di bahagian yang ingin dirawat, platlet akan pecah dan membebaskan sebatian yang membantu pembaikan dan pembaharuan sel. Dengan itu, proses penyembuhan badan anda akan meningkat.

Selepas suntikan, anda tidak boleh membasuh bahagian yang dirawat selama 48 jam. Anda mungkin akan berasa sakit dan lebam akan mula kelihatan di bahagian yang menerima suntikan.

Sekiranya anda berasa sakit yang teruk dan pedih, pastikan anda memaklumkannya pada doktor anda.

Sumber:

error: Content is protected !!