Now Reading
Pseudomyxoma Peritonei – Jenis, Simptom, Diagnosis dan Rawatan

Pseudomyxoma Peritonei – Jenis, Simptom, Diagnosis dan Rawatan

Pseudomyxoma Peritonei

Pseudomyxoma peritonei (PMP) adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya bermula dengan kehadiran tumor pada apendiks anda. Tumor tersebut boleh juga berada di dalam usus, pundi kencing, atau ovari. Hanya kira-kira 1 dalam sejuta orang menghidap penyakit ini.  

PMP tidak boleh menyebabkan sebarang masalah sehingga tumor tumbuh dan pecah kemudiannya merebak ke kawasan lain. Apabila ia memasuki abdomen anda (perut), lebih banyak tumor akan terbentuk dan mengeluarkan cairan ‘mucinous’, bahan yang kelihatan seperti jeli. Akhirnya ia akan mengisi perut anda, oleh itu PMP juga dikenali sebagai “jeli perut” 

Apabila cecair ini membesar di dalam perut anda, ia boleh menolak bahagian badan dari dalam. Sejurus itu, mengakibatkan kebengkakkan dan masalah pencernaan. Ia juga boleh menghalang usus anda dari berfungsi dengan baik. Keadaan boleh menjadi sangat serius sehingga mengancam nyawa. 

Malangnya, doktor masih tidak mengetahui punca utama PMP. Ia tidak diwarisi dalam keluarga dan tidak mempunyai kaitan dengan keadaan sekeliling dan alam sekitar.

Jenis Pseudomyxoma Peritonei

PMP terbahagi kepada dua kumpulan:

• Adenomucinosis peritoneal diseminata (DPAM) adalah jenis benigna, yang bermaksud ia bukan kanser. Tetapi jika ia tidak dirawat, ia masih boleh menjadi serius bahkan boleh membawa maut.  

• Karsinomatosis mukosa peritoneal (PMCA) adalah jenis di mana sel-sel dari tumor berubah menjadi kanser.           

Simptom Pseudomyxoma Peritonei

Anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala pada mulanya. Tetapi beberapa perkara berikut mungkin muncul dari masa ke semasa:

• Rasa sakit di bahagian perut           

• Perubahan dalam tabiat usus anda         

• Ovari membesar (bagi wanita)         

• Hernia (lekuk berhampiran pangkal paha anda)           

• Kurang selera makan         

• Perut menjadi bengkak         

• Berat badan naik atau saiz pinggang bertambah besar         

Diagnosis Pseudomyxoma Peritonei

Ia boleh menjadi sukar untuk mendiagnosis PMP kerana ia mungkin kelihatan dan bertindak seperti penyakit lain. Kadang-kadang PMP  ditemui secara tidak sengaja apabila anda dirawat untuk penyakit yang lain.

Untuk mengetahui sama ada anda memilikinya, doktor akan memeriksa anda dan bertanya soalan mengenai gejala yang anda lalui. Kemudian doktor akan mengambil gambar di dalam perut anda dan bahagian lain badan anda.

Satu cara untuk melakukan ini adalah melalui imbasan CT. Doktor akan mengambil beberapa sinaran X dari sudut yang berbeza dan meletakkannya bersama-sama untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenainya. Segelintir rawatan memerlukan anda minum minuman istimewa, bertindak seperti pewarna yang menjadikan imej lebih mudah untuk dilihat. 

Imbasan pengimejan resonans magnet, atau MRI, adalah satu lagi cara yang tidak menyakitkan untuk mendapatkan gambaran. Ia menggunakan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk menghasilkan imej terperinci. 

Kaedah lain untuk mendiagnosis PMP termasuk:

• Imbasan Ultrabunyi: Menggunakan gelombang bunyi untuk membuat gambaran. 

• Laparoskopi: Alat gentian optik diletakkan di dalam dinding kecil abdomen supaya doktor anda dapat melihat keadaan di dalam perut anda.   

• Biopsi: Sejumlah kecil tisu diambil untuk dilihat di bawah mikroskop.         

Rawatan Pseudomyxoma Peritonei

Dalam banyak kes, PMP boleh sembuh. Cara terbaik untuk merawatnya bergantung kepada saiz tumor dan tahap kesihatan anda. Doktor boleh mencadangkan beberapa alternatif:

• Tunggu dan lihat: Jika tumor kecil dan tidak tumbuh dengan kadar yang cepat, doktor hanya boleh meminta anda untuk datang secara berkala untuk menyemaknya. 

• Pembedahan debulking: Rawatan ini memerlukan doktor untuk mengambil seberapa banyak tumor yang mungkin berada di dalam badan anda. Ia tidak akan menyembuhkan PMP tetapi ia boleh membantu anda berasa lebih baik.        

• Pembedahan cytoreductive: Pakar bedah anda akan mengambil lapisan abdomen dan mana-mana tisu yang terjejas. Kemudian beliau akan meletakkan ubat kemoterapi ke dalam perut anda. Selepas itu, lebih banyak kemoterapi dijalankan dan sejenis ubat lagi yang melawan kanser yang dinamakan fluorouracil boleh diletakkan di kawasan tersebut untuk membunuh mana-mana sel dari tumor yang tertinggal. Ini adalah pembedahan besar, dan ia boleh mengambil masa yang lama untuk pulih. Tetapi ia boleh menyembuhkan PMP.  

• Kemoterapi: Jika anda tidak boleh menjalani pembedahan cytoreductive, doktor mungkin mencadangkan anda melakukan kemoterapi. Ubat-ubatan ini boleh dimasukkan melalui urat anda. Atau anda boleh mengambilnya dalam bentuk pil. Ubat-ubatan ini biasanya tidak mempunyai kesan sampingan atau membuat anda berasa sakit.

Sumber:

https://www.christie.nhs.uk/patients-and-visitors/your-treatment-and-care/types-of-cancer/pseudomyxoma-peritonei-pmp

https://www.news-medical.net/health/Symptoms-and-causes-of-pseudomyxoma-peritonei-(PMP).aspx

https://en.wikipedia.org/wiki/Pseudomyxoma_peritonei

https://rarediseases.org/rare-diseases/pseudomyxoma-peritonei/

error: Content is protected !!