Puding buih merupakan anatara menu pencuci mulut yang terkenal disebabkan keenakannya serta cara penyediaannya yang ringkas dan mudah. Ia mula mencapai popularitinya pada tahun 90-an.
Ia juga amat sesuai dimakan bersama kastard pekat hasil campuran kesemua bahan-bahan di bawah.
Bahan-Bahan (Kastard): –
- 200ml Krim
- 700ml Susu penuh krim
- 4 biji kuning telur
- 3 sudu besar tepung jagung
- 100g gula kastor
- 1 sudu kecil ekstrak vanila
LANGKAH 1
Sediakan periuk besar dan masukkan krim bersama susu dan kacau secara perlahan-lahan sehingga mencapai titik didih. Seterusnya, pukul kuning telur bersama gula, vanila dan tepung jagung di dalam mangkuk yang bersaiz besar. Proses berikutnya adalah menuang krim dan susu yang panas tadi dalam campuran mangkuk besar. Kemudian terus dipukul.
LANGKAH 2
Lap periuk dan tuangkan campuran ke dalamnya. Panaskan dengan api kecil serta kacau menggunakan sudip kayu sehingga kastard menebal. Boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.
Bahan-Bahan (Puding): –
- 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
- 6 gelas air
- 1/4 cawan gula
- 5 biji putih telur
- 2 biji merah telur
- 1 sudu vanilla
- Pewarna
Langkah-Langkah Penyediaan
- Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan). Kemudian masukkan putih telur ke dalam bekas lain, dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
- Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
- Akhir sekali, masukkan agar-agar yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
- Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)
- Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas
- Sejukkan puding di dalam peti ais
Nota Kaki: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.
Jangan malu-malu untuk cuba resepi ni. Sekiranya anda tidak suka makan bersama kuah kastard, anda juga boleh makan puding buih bersama buah-buahan koktail dalam tin bersama campuran susu cair berkrim. Lebih sedap!
Jangan lupa untuk menikmatinya ketika sejuk untuk lebih nikmat.
Selamat mencuba!
SUMBER