Puding raja adalah atau manisan yang lazim buat orang Melayu Pahang kerana ianya mudah untuk disediakan. Juga dikenali sebagai Puding DiRaja.
Ianya boleh didapati di mana-mana restoran dan gerai makan di bandaraya diraja Pekan di negeri Pahang. Juadah kurang kalori ini biasanya ditawarkan ketika musim perkahwinan atau perayaan tradisi orang Melayu dan pembuka selera atau manisan kegemaran penduduk setempat buat minum petang.
Puding Raja ialah makanan yang senang diperbuat daripada pisang berserta sos atau kuah yang dihasilkan daripada susu dan tepung jagung, berbanding puding.
Orang Melayu suka menyantap juadah ini sewaktu minum petang bersama pisang goreng dan cucur bawang (tepung gandum yang diisi bawang merah dan ikan bilis), juga juadah yang mudah dan cepat.
Beberapa suri rumah akan menyediakan Puding Raja sebagai menu istimewa untuk minum petang sebagai tanda taat kepada suami dan keluarga, terutamanya hujung minggu. Walaubagaimanpun, saya akan memberi satu resepi tambahan yang juga datang dari keluarga diraja.
CARA MEMBUAT JALA MAS
Bahan-bahan:
- 10 biji kuning telur
- 7 sudu besar gula
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara penyediaan:
- Panaskan air bersama gula dan daun pandan sehingga menggelegak.
- Pukul kuning telur anda sehingga hancur dan tapis.
- Kemudian, tuangkan kuning telur di dalam bekas khas untuk menjala.
- Bila air sudah menggelegak, boleh mula menjala.
- Habiskan kuning telur dan tambah air jika berkurangan.
PUDING RAJA ORIGINAL
Bahan-bahan A: hiasan
- 3 ke 5 biji pisang lemak manis
- Buah ceri merah dan hijau
- Kacang gajus
- Stroberi (pilihan)
- Sedikit mentega (untuk menggoreng pisang)
Bahan-bahan B: kuah
- 3 biji kuning telur
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 & 1/2 senduk gula
- 1 helai daun pandan
Cara penyediaan:
- Goreng pisang lemak manis dengan mentega (jangan potong pisang)
- Tuangkan air gula kepada pisang yang sedang digoreng.
- Kuah: masukkan susu cair, kuning telur, gula, esen vanila dan air di dalam mangkuk.
- Ikat daun pandan dan masukkan juga ke dalam mangkuk yang sama.
- Kukus kesemua bahan di atas di dalam periuk berisi air atau masak terus tanpa mangkuk tetapi hati-hati dengan ketulan.
- Kacau sehingga kuah puding memekat. Tutup api dan sejukkan ia (simpan di dalam peti sejuk atas).
Cara menghidang:
- Bila sudah tiba untuk makan, hidangkan pisang lemak manis tadi di dalam mangkuk puding.
- Taburkan buah ceri merah dan hijau, serta kacang gajus di atasnya.
- Akhir sekali, tuangkan kuah sejuk.
- Masa untuk menghidang.
PUDING RAJA PLUM
Bahan-bahan A:
- 2 cawan buah kering, dipotong, kurma, kranberi, kismis, prun, ara, dan sebagainya)
- 1/2 cawan sirap mapel
- 1/2 cawan maple cognac
- Sedikit mentega
- 1 & 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1 cubit garam halus
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 cubit serbuk buah pala
- 1 cubit serbuk cengkih
- 4 biji telur
- 3 sudu besar mentega (dilembutkan)
- 1 & 1/2 cawan gula mapel
- 1/2 cawan susu
- 1 cawan roti putih (dibuang kerak dan carik kepada kepingan kecil)
Bahan-bahan B: karamel
- 1 cawan sirap mapel
- 1/4 cawan maple cognac
- 1/2 cawan mentega
- 1/4 cawan tepung segera
- 1 cubit garam
Cara penyediaan:
- Campurkan kesemua buah kering bersama 125 mililiter maple cognac dan sirap mapel selama 24 jam.
- Oles mentega ke atas kuali untuk 2 liter puding. Ketepikan.
- Di dalam sebuah mangkuk, tapis bahan-bahan kering dan rempah. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur, mentega dan sirap mapel bersama. Tambah susu dan roti, gaul sebati. Gunakan teknik melipat untuk gaul bahan kering dan campuran buah kering.
- Tuangkan adunan di dalam kuali yang telah disediakan. Alaskan dengan kertas minyak dan aluminum foil; ikat dengan tali untuk bagi kedua kertas ini tidak bergerak.
- Letakkan tuala atau rak di bahagi bawah rak kepada periuk besar. Letakkan kuali puding di bahagian atas dan tuang air mendidih sekitarnya sehinga dua pertiga tenggelam.
- Tutup dan reneh selama 4 jam pada api perlahan. Perik paras air dari semasa ke semasa. Tambah air jika perlu dan pastikan pada paras dua pertiga daripada kuali.
- Alih kuali daripada periuk dan biarkan selama 15 minit tanpa mengeluarkan puding.
- Untuk hidang, panaskan sirap mapel dan 60 mililiter maple cognac. Sapukan puding dengan campuran hangat ini.
- Campur mentega dan tepung ke dalam baki campuran sirap mapel dan kurangkan. Tambah secubit dan hidang di samping puding.
Apa yang membezakan juadah orang Pahang dengan negeri-negeri lain adalah kebolehan penduduk setempat sendiri dalam menurunkan resepi ini dari generasi ke generasi. Mereka berbangga dengan rasa barunya dan cara memasak yang semakin di komersialkan.
Senang kata juadah dari Pahang ni memberi pengaruh kepada kumpulan etnik Melayu setempat, dengan rasa yang diperbaharui terutamanya dengan penggunaan bahan yang ditapai. Sekarang, orang biasa juga boleh menikmati manisan dan berlemak dan sedap ini untuk minum petang.
Setiap negeri pasti ada juadah yang mereka sering sebut di bibir dan bangga. Bagi orang Pahang, ianya adalah puding raja selain daripada ikan patin masak lemak. Rupa dan rasanya yang unik, anda tidak akan dapat manisan seperti ini di tempat lain.
SUMBER:
https://royalpudding.wordpress.com/.
https://bidadari.my/resepi-puding-raja/
https://www.rasa.my/oh-inilah-rupanya-puding-di-raja-menu-istana-pahang-makin-jadi-carian/
https://maplefromcanada.ca/recipes/plum-pudding-royal
https://www.lifestyleasia.com/kl/food-drink/dining/the-royal-cuisine-of-pahang/