Now Reading
Pulau Perhentian Besar: Pulau Strategik untuk Melancong

Pulau Perhentian Besar: Pulau Strategik untuk Melancong

Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar adalah salas satu dari dua pulau perhentian yang utama. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Nama diberi atas dasar saiz pulau itu sendiri yang saiz nya berbeza antara satu sama lain.

Asal usul Pulau Perhentian

Asal-usul nama perhentian adalah bermaksud tempat untuk berhenti atau singgah. Hal ini menunjukkan secara asalnya, pulau ini adalah salah satu tempat persinggahan kepada perdagang di antara Bangkok dan Malaysia. Pada asalnya, pulau ini di diami penduduk yang bekerja sebagai nelayan sahaja, tetapi sekarang pelancongan telah menjadi satu punca pendapatan dan rezeki di situ sebagai sumber ekonomi yang lumayan.

Pulau Perhentian dalam peta sekitar abad ke 19 – 20 dipanggil sebagai “The Station Island”. Ini bermula dari penjajahan British dan terjemahkan perhentian sebagai “stopping point”. Pulau perhentian adalah salah satu pulau dimana pelarian Vietnam atau pelarian dari bot turun pada tahun 1970an.

Lokasi Pulau Perhentian

Pulau ini hanya lebih kurang 19 km atau 10 batu dari Kuala Besut dan menjadi pulau destinasi peranginan yang sangat popular dan sering dikunjungi pelancong di negeri Terengganu.

Ekonomi

Pulau perhentian besar dan kecil merupakan asas ekonomi di pulau tersebut. Dua pulau ini mempunyai ‘palm-fringed white colar sand beaches’ di mana pasir-pasirnya agak kasar dan juga mempunyai laut yang biru turquoise.

Apa yang menarik di Pulau Perhentian

Bila di sebut mengenai pulau, sudah pasti aktiviti laut yang akan difikirkan semua orang. Antara aktiviti laut yang disediakan adalah

  • Berkayak
  • Snorkeling
  • Menyelam Skuba

Berbeza dari Pulau Perhentian Kecil yang mempunyai banyak pulau, Pulau Perhentian Besar hanya mempunyai 2 pantai yang menjadi tumpuan pengunjung iaitu:

  • Pantai teluk Dalam
  • Pantai Turtle Creek Bay

Menyelam Skuba

Pengunjung boleh menyelam skuba di pulau perhentian besar ini bersama ikan yu dan juga penyu. Tempat menyelam skuba yang biasa dan popular untuk dikunjungi adalah:

  • Tokong Burung
  • Batu Nisan
  • The Sugar Wreck

Snorkeling

Kepada yang takut atau tidak berapa pandai untuk menyelam skuba, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di mana anda boleh hanya memasukkan kepala sedikit pada tempat yang lebih cangkat. Lokasi untuk melakukan aktiviti ini ialah di Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Besi. Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang untuk berenang dengan penyu di Turtle Point. Kos untuk perjalanan ke sana termasuk snorkeling lebih kurang RM 50 seorang. Harga bergantung dengan operator yang berada di sana ketika itu.

Perjalanan ke Pulau Perhentian

Jika untuk ke Pulau Perhentian Besar, caranya hanya dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besut. Dari segi perjalanan dari luar ke Jeti, anda boleh menaiki kenderaan sendiri, teksi, atau boleh juga dengan kapal terbang.

Jika ingin menggunakan kapal terbang, pastikan anda turun di lapangan terbang Kota Bharu, Kelantan berbanding lapangan terbang Kuala Terengganu kerana Lapangan Terbang Kota Bharu jauh lebih dekat dengan Jeti Kuala Besut.

Tarikh penting Pulau Perhentian

Setiap tahun dari bulan Oktober sehingga Mac, pulau perhentian akan ditutup sementara. Hal ini kerana, ketika itu akan dilanda musim monsun dan akan jadi berbahaya. Maka dengan itu, semua chalet dan aktitivi laut akan berhenti sementara.

Bulan yang terbaik untuk datang ke pulau ini ialah dari bulan April sehingga September. Segala sumber air dan elektrik akan ada setiap hari 24 jam. Maka semua kedai dan restoran akan terus dibuka di samping aktiviti laut yang lebih selamat.

Peringatan untuk pelancong

Pelancong boleh datang ke pulau perhentian tanpa perlu bermalam disini tetapi perlu datang awal dan ambil tahu waktu terakhir bot pulang ke Jeti kalau tidak anda akan menghadapi sedikit masalah.

Pastikan wang perbelanjaan anda mencukupi bersama dengan beg kalis air, krim tahan matahari (sunscreen) dan juga pakaian serta selipar yang sesuai untuk pergi ke tempat basah.

Bot tidak akan tinggalkan pelancong di tepi atau pesisir pantai yang berpasir tetapi di gigi air yang tinggi air boleh mencecah betis. Dari situ, pelancong harus meredah air yang tinggi sehingga ke pesisiran pantai.

Makanan dan minuman juga akan lebih mahal di kawasan pulau lebih tinggi. Maka jangan anda hairan atau terkejut dengan harga minuman yang mungkin agak mahal berbanding sebelum ini.

Kos lain-lain

Harga tiket untuk ke Taman Marin di Jeti Kuala Besut adalah RM 5.

Harga bot dari jeti pergi dan balik ke Pulau Perhentian untuk dewasa RM 70 dan untuk kanak-kanan RM 35.

Pulau perhentiaan tidak mempunyai jeti, bayaran sebanyak RM 5 kepada bot kecil yang akan meneruskan perjalanan pelancong dari pesisiran laut ke pulau. Bot tersebut merupakan bot yang akan membawa pelancong ke pantai.

Jadual waktu bot

Dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian: 9.00 am – 4.30 pm

Dari pulau perhentian ke Jeti Kuala Besut: 8.00 am. 12.00 pm dan 4.00 pm.

Semoga informasi mengenai Pulau Perhentian Besar ini mampu membantu anda yang ingin melancong ke sini.

Sekian

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Perhentian_Islands

https://www.jomjalan.com.my/listing/pulau-perhentian-besar

error: Content is protected !!