Now Reading
Punca Terjadi Plak Gigi, Bagaimana Mengelakkannya Dan Membuangnya

Punca Terjadi Plak Gigi, Bagaimana Mengelakkannya Dan Membuangnya

plak

Plak adalah lapisan melekit, dengan warna kuning pucat atau tak berwarna yang terbentuk pada gigi anda daripada satu masa ke satu masa yang lain. Apabila air liur, makanan, dan cecair bergabung membentuk plak yang mengandungi bakteria di antara celah gigi dan barisan gusi anda.

Plak mula terbentuk pada gigi 4 – 12 jam selepas diberus dan dibersihkan, justeru itu adalah sangat penting untuk memberus gigi anda sepenuhnya sekurang – kurangnya 2 kali sehari serta flos setiap hari.

Punca Terjadinya Plak

Mulut anda mengandungi pelbagai bakteria yang terkumpul pada permukaan gigi anda kemudian membentuk filem atau lapisan bakteria yang selalunya bermula di barisan gusi.

Pembentukan plak adalah normal dan bagi kebanyakan doktor gigi ia sudah dijangkakan. Apabila bakteria bercampur dengan gula dan menghasilkan asid kemudian membentuk masalah plak.

Jika anda makan makanan bergula atau manis yang banyak, bakteria di dalam mulut anda sebenarnya akan makan gula tersebut jika anda membiarkannya berada pada permukaan gigi anda.

Mulut anda menjadi ekosistem yang berkembang pesat. Bakteria dan organisma lain masuk ke dalam anda melalui makanan, minuman dan pernafasan anda.

Dalam kebanyakan masa, keseimbangan yang baik boleh mengekalkan ekosistem mulut anda tetapi masalah boleh berlaku apabila sesetengah jenis bakteria menjadi berlebihan.

Apabila anda makan karbohidrat dan makanan dan minuman bergula, bakteria yang makan gula tersebut menghasilkan asid. Asid tersebut kemudiannya boleh menyebabkan masalah seperti kaviti, gingivitis dan bentuk pereputan gigi yang lain.

Pereputan gigi disebabkan plak boleh terjadi di bawah gusi di tempat yang anda tidak dapat melihatnya, menghakis akar yang menyokong gigi anda.

Bagaimana Pembentukan Plak Boleh Dicegah atau Dielakkan?

Untuk menghalang pembentukan plak:

  • Berus gigi anda sekurang – kurangnya 2 kali sehari dengan berus gigi lembut dengan bulat hujungnya. Fokuskan pemberusan gigi di bahagian yang menyambungkan gusi dan gigi. Guna ubat gigi yang mengandungi fluorida.
  • Flos di antara gigi sekurang – kurangnya sekali sehari untuk menanggalkan partikle makanan dan bakteria.
  • Guna ubat kumur mulut yang anti bakteria untuk mengurangkan bekteria yang menyebabkan plak dan penyakit gusi.
  • Berjumpalah dengan doktor gigi anda pada setiap 6 bulan untuk pemeriksaan dan pembersihan gigi.
  • Bertanyakan pada doktor gigi jika dental sealant adalah sesuai untuk anda. Dental sealant adalah lapisan plastik yang nipis yang disapu pada permukaan gigi beralur dalam untuk melindungi gigi daripada kaviti dan pereputan.
  • Makan makanan yang seimbang dan hadkan pengambilan snek di antara waktu makan. Jika anda perlukan snek, pilih snek makanan yang bernutrisi seperti yogurt kosong, keju, buah – buahan dan sayur mentah. Sayur seperti sayur saderi membantu menyingkirkan makanan dan membantu air liur meneutralkan plak yang disebabkan oleh asid.

Mengapa Anda Perlu Menjaga Gigi Anda?

Pereputan gigi dan kaviti adalah 2 masalah utama yang boleh terjadi jika plak pada gigi dibiarkan terbentuk. Asid yang menghakis enamel gigi anda menyebabkan pereputan gigi dan jika asid ini tidak dibersihkan, ia akan berterusan ke dentin dan kemudian ke pulpa gigi.

Mengabaikan pembentukan plak boleh perlahan – lahan menyebabkan pembentukan bengkak bernanah atau jangkitan bakteria di dalam gigi. Bagi mencegah kaviti dan bengkak bernanah sebenarnya mudah sahaja tetapi mulakan dengan menyingkirkan plak pada setiap hari.

Jika anda tidak memberus atau flos gigi anda dengan kerap, plak boleh mengeras dan membentuk tartar yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk terbentuk.

Tartar boleh terbentuk dalam masa satu hari sahaja jika anda terlupa untu memberus gigi dan meskipun plak tidak selalunya kelihatan pada gigi, tartar boleh meninggalkan kesan dan berubah menjadi coklat atau kuning.

Selain rupanya yang tidak menyenangkan mata, tartar boleh menyebabkan iritasi pada gusi dan menyebabkan gingivitis. Ia juga sukar untuk ditanggalkan berbanding plak dan flos tidak membantu menanggalkanya.

Anda memerlukan bantuan doktor gigi untuk menanggalkan sebarang pembentukan tartar pada gigi anda.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Plak Tidak Dibersihkan?

Plak boleh menyebabkan:

  • Nafas berbau – Ia juga dikenali sebagai halitosis. Bahan toksin yang disebabkan oleh plak pada gigi, lidah dan permukaan di dalam mulut bercampur dengan makanan yang melekat pada celah gigi atau kaviti boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau busuk. Bau busuk ini kemudiannya menyebabkan nafas anda ketika bercakap menjadi busuk.
  • Kerosakkan gigi atau pereputan gigi – Asid yang terhasil akibat penguraian gula oleh bakteria menyebabkan kerosakkan dan pereputan pada struktur gigi. Kemudian, terbentuknya kaviti pada gigi. Pereputan gigi berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia bukan sahaja menyebabkan kemudaratan pada gigi anda tetapi pada badan anda juga
  • Penyakit gusi (periodontal) – Pengumpulan plak menyebabkan keradangan dan jangkitan pada gusi. Pada peringkat awal penyakit gusi (gingivitis), simptom seperti kemerahan, bengkak sedikit dan pendarahan boleh berlaku. Ia jarang menyebabkan rasa sakit. Namun begitu, jika dibiarkan tidak dirawat, gingivitis boleh menyebabkan penyakit gusi serius yang lebih banyak (periodontitis). Ia menyebabkan kerosakan pada gusi dan tulang yang menyokong gigi dan boleh menyebabkan kehilangan gigi. Memandangkan gusi sebahagian daripada tubuh badan, jangkitan dan keradangan pada gusi boleh meningkatkan risiko kepada masalah kesihatan lain seperti strok, jangkitan paru – paru, komplikasi diabetes dan lain – lain.

Rawatan Plak

Anda boleh menanggalkan plak dengan memberus dan flos gigi anda dengan kerap bersama dengan berus gigi yang mempunyai filamen berus yang lebut. Sesetengah doktor gigi akan menyarankan berus gigi elektrik kerana mereka percaya bahawa ia boleh menanggalkan plak dengan lebih efektif.

Kajian tinjauan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa menggunakan ubat gigi yang mengandungi baking soda adalah kaedah yang bagus untuk menyingkiran plak.

Plak yang mengeras menjadi tartar boleh ditanggalkan oleh doktor gigi profesional. Doktor gigi boleh menanggalkan plak gigi anda apabila anda menjalani pemeriksaan gigi dan pembersihan secara berkala.

Disebabkan tartar boleh terbentuk di tempat yang sukar dicapai, ia adalah penting untuk berjumpa dengan doktor gigi anda 2 kali setahun untuk memastikan ia di bawah kawalan.

Ini merupakan berita baik untuk semua! Dengan membersihkan gigi, flos, berkumur dengan ubat kumur dan pemeriksaan terperinci dengan doktor gigi anda boleh menghalang atau mencegah pembiakan plak kepada tahap minimum dan mengekalkan kesihatan mulut.

Jadi apa tunggu lagi, ayuh! Kita jaga kesihatan dan kebersihan gigi bersama – sama.

SUMBER

https://www.myhealth.gov.my/plak-gigi/

https://www.colgate.com/en-my/oral-health/conditions/plaque-and-tartar/plaque-on-teeth-causes-and-treatment-0515

https://www.webmd.com/oral-health/guide/plaque-and-your-teeth

https://www.dentalcare.com/en-us/patient-education/patient-materials/what-is-plaque

https://www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/plaque#takeaway

error: Content is protected !!