Baru-baru ini, Pusat Darah Negara (PDN) kekurangan bekalan darah di mana ia hanya boleh bertahan selama beberapa minggu akan datang. Pada 11 April yang lepas, PDN mengirim infografik yang menunjukkan semua bekalan darah berada dalam kuantiti yang sangat rendah, terutamanya darah jenis O.
Jika anda tinggal di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahniah! Itu merupakan cara terbaik buat anda untuk membantu negara sewaktu serangan pandemik Coronavirus. Walau bagaimanapun, jika anda mahu membantu dengan lebih banyak, anda disyorkan untuk menderma darah.
Syukurlah, atas derma darah anda, bekalan kumpulan darah jenis A dan B sekarang berada dalam kuantiti yang selamat, tetapi darah jenis O kini sederhana dan hanya boleh bertahan selama seminggu lagi.
Untuk mengekalkan keselamatan, kecukupan dan akses terhadap bekalan darah dalam situasi penularan pandemik ini, penderma darah dialu-alukan untuk tampil dan menderma darah secara berkala di pusat-pusat derma darah yang berhampiran untuk memastikan bekalan darah mencukupi permintaan pesakit yang memerlukan pemindahan darah.
Justeru itu, untuk memudahkan prosedur, PDN turut berkongsi waktu puncak derma darah di tiga kawasan penting supaya anda boleh merancang waktu pendermaan darah anda dengan lebih awal. Malah, mereka turut mengingatkan netizen untuk mengekalkan penjarakan sosial jika anda keluar untuk menderma darah.
Sekiranya anda berfikir bagaimana cara melepasi sekatan jalanraya yang dijalankan oleh pihak polis untuk pergi ke pusat darah berdekatan, jangan bimbang kerana PDN mempunyai penyelesainnya. Ini yang perlu anda lakukan:
- Bawa kad/buku laporan anda (jika anda penderma darah berkala)
- Dapatkan slip temujanji derma darah anda melalui pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScgrVXljlxDnoRv8e9FOqTx8TiHslcB1N2HZ716sjUbb9tJDQ/viewform (slip ini akan dihantar melalui e-mel sebagai bukti temujanji) atau
- Isi borang derma darah atas talian di pautan ini https://regdonor.bbis.moh.gov.my/?fbclid=IwAR1Ci6T_2tG835QwgTBBTLub7InZPJratzKoU2Tprf0DXPNVBMpSAgNJDEs, dan borang tersebut akan dihantar kepada anda melalui e-mel yang perlu dicetak.
Dokumen-dokumen ini perlu dikemukakan kepada pihak polis atau tentera jika terdapat sekatan jalan raya di sepanjang perjalanan anda menuju ke pusat darah berhampiran.
Tahniah dan terima kasih atas keprihatinan anda!
SUMBER
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/26/national-blood-bank-urges-public-to-donate-blood
https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia/