Berdasarkan tajuk artikel Puspakom: Login MyPuspakom dan Daftar MyPuspakom ini, sudah tentu kami akan kongsikan dengan anda mengenai cara daftar dan juga log masuk ke MyPuspakom.
Tetapi, mari kita ketahui dahulu apa itu Puspakom. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau Puspakom adalah syarikat pemeriksaan kenderaan berkomputer Malaysia yang dimiliki oleh DRB-HICOM.
Ia ditubuhkan pada tahun 1994. Puspakom adalah pusat pemeriksaan utama kenderaan komersial di seluruh Malaysia. Ia mempunyai 50 cawangan tetap dan 21 cawangan berjadual.
Puspakom menempatkan lebih dari 17000 kenderaan sehari termasuk kenderaan komersial, pemindahan hak milik dan pemeriksaan sukarela.
Puspakom mempunyai lebih dari 2000 Pemeriksa Kenderaan, yang diakreditasi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mampu melakukan pemeriksaan untuk memastikan kenderaan yang diperiksa selamat.
MyPuspakom merupakan satu mekanisma untuk membuat temujanji dan bayaran pemeriksaan kenderaan atas talian dengan melayari laman sesawang atau aplikasi mudah alih.
Sistem ini bertujuan menyediakan kemudahan membuat temujanji pemeriksaan kenderaan yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta amat mesra pelanggan.
CARA DAFTAR MYPUSPAKOM
Sebelum anda boleh menggunakan MyPuspakom ini, anda mestilah mendaftar akaun baru dahulu. Berikut adalah cara-cara untuk daftar MyPuspakom.
Langkah 1
Muat turun aplikasi MyPuspakom dari Google Play Store ataupun App Store di telefon pintar anda.
Langkah 2
Buka aplikasi anda dan tekan Register Now.
Langkah 3
Masukkan Account Type sama ada Company atau Individual. Pilih salah satu yang berkaitan.
Langkah 4
Masukkan akaun email anda yang sah dan sertakan Password dan sahkan kata laluan tersebut.
Langkah 5
Seterusnya adalah Information. Company atau Individual berdasarkan pilihan yang telah anda buat tadi. Pada bahagian ini kebiasaannya diminta untuk masukkan nama dan butiran alamat.
Langkah 6
Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan. Pada bahagian ini, format fail yang diterima adalah pdf, jpg, png atau bmp. Sila pastikan fail anda mengikut format yang betul.
Langkah 7
Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik fail yang diminta.
Langkah 8
Setelah selesai pendaftaran, anda boleh menelefon ke bahagian Khidmat Pelanggan Puspakom di talian 1-800-222-210 untuk memaklumkan pendaftaran anda bagi mempercepatkan proses.
CARA LOGIN MYPUSPAKOM
Ini adalah bahagian paling mudah. Lihat langkah-langkah di bawah.
Langkah 1
Buka aplikasi MyPuspakom anda.
Langkah 2
Masukkan emel dan juga kata laluan anda, dan tekan Login.
Langkah 3
Anda telahpun berjaya log masuk ke aplikasi MyPuspakom anda.
CARA DAFTAR PEMERIKSAAN PUSPAKOM MELALUI MYPUSPAKOM
Ikuti langkah-langkah di bawah ini sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan kenderaan dengan pihak Puspakom.
- Log masuk ke aplikasi MyPuspakom anda dengan memasukkan emel dan kata laluan yang anda sahkan, kemudian pilih New Reservation.
- Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan seperti kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya. Sila pastikan maklumat kenderaan anda lengkap untuk pengisian maklumat.
- Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan. Anda boleh masa yang sesuai berdasarkan jadual yang terpapar.
- Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir. Masukkan nama, nombor IC dan nombor telefon pada ruangan bahagian yang disediakan. Klik pada kotak pengesahan.
- SAHKAN maklumat janji temu anda pada paparan berikutnya. Buat pemeriksaan detail yang anda beri sekali lagi pada paparan pengesahan. Tekan Confirm jika sudah betul.
- Bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa pemeriksaan seperti kad pengenalan, geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan/vehicle ownership certificate(VOC) asal atau salinan yang telah diperakui.
- Sahkan jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet) dan tekan Proceed to Payment.
- Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut.
- Bawa bersama SLIP PENGESAHAN JANJI TEMU semasa pemeriksaan.
Sekiranya anda ingin mendaftar MyPuspakom dan daftar untuk temujanji pemeriksaan kenderaan anda, anda bolehlah ikut cara-cara yang telah kami tunjukkan kepada anda seperti dalam artikel Puspakom: Login MyPuspakom dan Daftar MyPuspakom ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Puspakom
https://www.grab.com/my/blog/driver/mypuspakom-registration-guide/