Now Reading
Putrajaya Park – Rupanya Banyak Aktiviti Kita Boleh Buat Di Sini!

Putrajaya Park – Rupanya Banyak Aktiviti Kita Boleh Buat Di Sini!

putrajaya park

Putrajaya Park ini sebenarnya boleh merujuk kepada banyak benda di Putrajaya. Untuk artikel pada kali ini, kita akan kongsikan kepada anda salah satu park atau taman yang sangat menarik di Putrajaya. Tempat tersebut ialah Putrajaya Wetland Park. Sebelum itu, ada baiknya kita baca dahulu sejarah ringkas penubuhan Putrajaya ini.

Sekilas pandang – Sejarah Putrajaya

Ramai yang tahu bahawa Putrajaya yang diistiharkan sebagai salah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia ini menempatkan pelbagai bangunan dan infrastruktur penting bahagian pentadbiran Putrajaya. Bandar Putrajaya ini juga dikenali sebagai bandar dirancang yang bermaksud pada suatu ketika dahulu, tanah Putrajaya ini tidak mempunyai siapa-siapa yang mendiaminya. Bandar ini hanya wujud kerana diteroka untuk terus membangunkan satu penempatan bertaraf bandar di atas tanah ini. Kini populasi Putrajaya adalah melebihi 30 000 orang dengan majoriti daripada populasi adalah anggota penjawat awam.

Putrajaya dibangunkan dan dimajukan sebagai alternatif dan penyelesaian masalah kepada masalah kesesakan dan populasi yang terlampau tinggi di metropolitan Kuala Lumpur. Sebelum tahun 1999, pusat pentadbiran negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur tetapi disebabkan masalah kesesakan tersebut, Putrajaya dibangunkan dan kemudiannya diistiharkan sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

Nama Putrajaya ini diambil bersempena dengan nama Bapa Kemerdekaan negara merangkap Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL Haj. Sebelum Putrajaya ini diwujudkan, daerah ini berada di bawah pentadbiran Daerah Hulu Langat (Kajang) yang digelar sebagai Perang Besar. Pada ketika itu, Perang Besar merupakan lokasi estet dan ladang getah di Selangor yang diuruskan sejak zaman British lagi.

Kaitan Sejarah dan Putrajaya Park

Apabila Putrajaya dibangunkan pada peringkat permulaannya, perancangan kerajaan Malaysia pada waktu tersebut ialah untuk mebangunkan bandar dalam taman sekaligus sebagai “smart city”. Disebabkan visi inilah, perancangan pembangunan pelan Putrajaya dibuat dengan meletakkan sekurang-kurangnya 38% daripada kawasan Putrajaya ini diistiharkan sebagai kawasan hijau dan landskap semulajadi mesti dibangunkan di kawasan hijau ini.

Semasa pembangunan pelan Putrajaya ini dibuat, terdapat banyak kolam dan tasik buatan manusia yang diperlukan untuk menjayakan konsep bandar dalam taman ini. Atas faktor ini juga, para jurutera, pakar landskap dan pakar pembangunan serta perancangan bandar telah bersepakat bahawa Putarajaya memerlukan satu sistem penapisan air yang sangat efisien untuk memastikan jaringan kolam dan tasik-tasik di seluruh Putrajaya ini sentiasa bersih dan tidak tersumbat.

Penyelesaian yang dipilih amatlah inovatif dan kreatif kerana mereka tidak memilih untuk memasang sistem penapisan air yang berbentuk seperti enjin atau mesin. Penyelesaian tersebut ialah untuk membuat satu lagi takungan air segar bersaiz gergasi yang menghubungkan kesemua jaringan kolam dan tasik di Putrajaya ini. Takungan air bersaiz gergasi ini berfungsi sebagai penambat banjir di mana takungan air ini sewajarnya boleh menakung limpahan air hujan dan kemudiannya menebarkan air tersebut ke kawasan yang lebih luas di dalam tanah sekaligus mengelakkan masalah banjir.

Selain itu, takungan air bersaiz gergasi ini juga bertindak sebagai penapis air semula jadi. Kesemua air boleh dialirkan terus ke takungan air ini. Disebabkan takungan air ini bersaiz gergasi dan mempunyai kadar hidupan tumbuhan akuatik yang tinggi, secara semula jadi tumbuhan-tumbuhan akuatik ini akan menapis segala jenis kotoran dan memerangkap segala pencemaran melaui proses kimia dan biologi yang kompleks. Bukan itu sahaja, bahan-bahan berbahaya seperti racun perosak dan bahan kimia loga berat juga turut boleh ditapis secara semula jadi di takungan air gergasi ini.

Boleh dikatakan takungan air gergasi ini bertindak sebagai buah pinggang yang membersihkan dan menapis semua bahan kotoran sistem saliran kolam dan tasik di Putrajaya secara semula jadi. Semestinya, takungan air gergasi ini kini lebih dikenali sebagai Putrajaya Wetland Park (Putrajaya Park).

Setakat ini, Putrajaya Park ini dianggap berjaya dalam menjalankan fungsinya sebagai penapis semula jadi air dan saliran kolam dan tasik buatan manusia yang berada di seluruh Putrajaya.

Tempat Menarik di Putrajaya Park

Disebabkan Putarajaya Park ini sangat berjaya dalam menjalankan fungsinya sebagai sistem penapis air semula jadi, kini Putrajaya Park juga merupakan rumah dan habitat kepada ratusan haiwan, hidupan air, tanaman dan tumbuhan dan sistem biodiversiti yang kompleks. Disebabkan itu tidak hairanlah ramai pengunjung dan pelawat tidak akan datang ke Putrajaya Park ini sebagai salah satu bentuk eko-pelancongan setempat di Putrajaya. Dan yang paling menarik sekali, tempat ini adalah percuma untuk dilawati.

Kini Putrajaya Park ini menempatkan sebuah Pusat Apresiasi Alam Semula Jadi iaitu sebuah mini muzium yang menerangkan fungsi dan kepentingan Putrajaya Park ini. Selain itu akan ada petugas-petugas yang turut memperkenalkan pelbagai jenis flora dan fauna serta memberikan tour guide kepada anda.

Di Pusat Informasi yang utama, anda juga boleh menyewa dengan bayaran yang cukup murah sebuah basikal atau teropong binokular. Terdapat juga tram yang boleh membawa penumpang dan mengelilingi Putrajaya Park ini.

Selain itu, anda juga boleh naik ke Menara Tinjau untuk melihat keadaan sekeliling di Putrajaya Park ini. Terdapat juga beberapa temoat yang dikhaskan untuk berpiknik seperti di Tasik Flamingo. Semestinya ada flamingo dan beberapa burung air di sini seperti swan dan macam-macam lagi! Menarik bukan?

Di sini juga menempatkan Hutan Buluh di mana anda boleh melihat kawanan monyet bergayut dari pokok ke pokok. Anda juga boleh ke Pusat Rekreasi Air yang bersebelahan dengan kawasan utama. Di sini, pengunjung-pengunjung boleh berkanu, berkayak dan menaiki bot. Selain itu, para kaki pancing juga boleh mencuba nasib memancing di sini!

Sekiranya anda ingin menganjurkan majlis perkahwinan dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan ruang besar, anda turut boleh menyewa Putrajaya Park ini. Bagi peminat aktiviti berkhemah, anda juga boleh berkhemah di sini.

Menarik bukan? Tak sangka semua ini kita boleh buat di Putrajaya Park.

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Putrajaya

https://www.malaysia-traveller.com/taman-wetlands.html

https://www.visitselangor.com/taman-wetland-putrajaya

https://www.google.com/imgres?imgurl=

https%3A%2F%2Fupload.wikimedia.org%2Fwikipedia%2Fcommons%2F8%2F83%2FPutrajaya_Wetlands_Park.JPG&imgrefurl=

https%3A%2F%2Fcommons.wikimedia.org%2Fwiki%2FFile%3APutrajaya_Wetlands_Park.JPG&tbnid=cZRzTwfPl0WTUM&vet=12ahUKEwi_1dHYhe7xAhV_DGMBHewvBCIQMygAegQIARAS..i&docid=Ev1lOfY8Pw-_9M&w=1984&h=1488&q=putrajaya%20wetland%20taman&hl=en&ved=2ahUKEwi_1dHYhe7xAhV_DGMBHewvBCIQMygAegQIARAS

https://www.freepik.com/free-photo/two-pink-flamingoes_6607059.htm#page=1&query=flamingo&position=13

https://www.freepik.com/free-photo/man-paddling-kayak-lake_2709110.htm

https://www.freepik.com/premium-photo/aerial-view-putra-mosque-with-putrajaya-city-centre-with-lake-sunset-putrajaya-malaysia_9107111.htm#page=1&query=putrajaya&position=33

error: Content is protected !!