Salah satu peluang yang diberkati oleh umat Islam untuk mengadu kepada Tuhannya adalah dengan Qiamullail. Qiam disebul oleh Hazrat Jibreel (AS) sebagai sharaf-al-mumineen – intregriti orang yang beriman.
Hasilnya, Qiam penuh dengan keajaiban dan peluang kepada umat manusia, di mana ada antara kira akan menggunakan dengan sebaiknya. Tanpa kita ketahui, solat malam dan keberkatannya dipindahkan ke dalama kehiupan sehari-hari.
Allah memilih waktu sebegini untuk Qiamullail adalah kerana ia memerlukan kita untuk bangun daripada tidur dan bersungguh mendapatkan keberkatanNya dan diberi ganjaran pahala kerana melawan nafsu tidur dan bangun semata-mata untuk berinteraksi dengan-Nya.
MACAM MANA CARA NAK TUNAIKAN QIAMULLAIL?
Jadi, bagaimana Qiamullail itu terjadi?
Peranan Nabi Muhammad ﷺ sebagai pemimpin seluruh adalah merupakan cabarannya yang terbesar, dan kita semua tahu baginda berjaya menghadapinya. Namun begitu, kejayaan baginda tidak datang dalam sekelip mata.
Allah menjadikan Qiamullail itu sebagai satu kewajipan kepara Nabi Muhammad ﷺ, di awal peringkat kenabian baginda. Rasulullah SAW mengajar kita apabila ingin mencapai kejayaan di dalam kehidupan, kena haruslah meningkatkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
Allah SWT berfirman “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Al-Isra’ 17:79)
Nabi Muhammad ﷺ juga terkenal dengan jumlah solat yang ditunaikan dengan sangat banyak sehingga kaki baginda bengkak. Aisyah , isteri baginda bertanya “kenapa kah engkau berbuat yang sedemikian wahai utusan Allah, sedangkan dosa kau di waktu lampau juga di masa hadapan sudahpun diampunkan”
Baginda membalas “bukan kah kita sepatutnya menjadi hamba yang bersyukur?’ (Sahih Bukhari)
Semakin banyak seorang hamba meluangkan beribadah di hadapan Allah SWT di sepertiga malam, meminta dan bergantung harap kepada-Nya, semakin Allah sayang akan hamba-Nya dan orang itu tidak lagi bergantung kepada orang lain dan bimbang akan kelebihan yang orang lain miliki.
DEFINISI QIAMULLAIL
Qiamullail itu sendiri membawa maksud bangun pada waktu malam, ataupun di dalam konteks ini, bangun untuk beribadah kepada Allah, yang dikenali sebagai Qiamullail. Walaupun terma “malam” dimasukkan, namun tidak semestinya kita perlu menunaikan solat sepanjang malam tersebut.
BERAPAKAH NILAI RAKAAT?
Usai menunaikan solat Isyak, tunaikan sebarang solat sunat sebanyak dua rakaat (paling sedikit) dengan tujuan untuk menyempurnakan Qiamullail.
Dalam erti kata lain, selepas solat Isyak, tunaikanlah solat sunat Taubat dan Hajat (sebagai contoh), Terawih dan juga Tahajud, semuanya dianggap sebagai Qiamullail.
Walaupun kebiasaannya kita menunaikan Qiamullail setelah bangun dari tidur, tidur bukanlah satu keperluan atau rukun untuk kita menunaikan Qiamullail.
PERBEZAAN antara TAHAJUD dan QIAMULLAIL
Solat sunat Tahajud, seperti Terawih, jumlah minimanya adalah dua rakaat dan dilakukan selepas solat Isyak dan selepas tidur, walaupun hanya sekejap. Terpulang kepada seseorang untuk menunaikan seberapa banyak rakaat solat sunat mengikut kemampuan.
Kesimpulannya, solat sunat Tahajud adalah komponen Qiamullail, akan tetapi Qiamullail bukanlah solat Tahajud. Qiamullail adalah perkara yang lebih luas daripada Tahajud.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS QIAMULLAIL
- Membaca Al-Quran
- Memohon doa
- Beristighfar’
CARA UNTUK MUDAH BAGI UNTUK BANGUN MALAM
Di dalam sepotong hadis, Nabi Muhammad ﷺ berkata:
“Sesiapa yang bangun pada waktu malam dan mengucapkan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ. الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
Dan berkata: “Wahai Allah! Ampunkan aku” maka dia akan diampunkan. Tetapi jika dia berdoa kepada Allah, berusaha untuk bangun dan mengambil wudhu, maka doanya akan diterima.”
(Sahih Bukhari)
Terdapat banyak sekali manfaat yang kita dapat garap daripada hadis pendek ini. Kita boleh mula dengan zikir di atas. Keduanya, kita membaca doa dan yang ketiga, kita memohon keampunan daripada Allah.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk bangun dari tempat tidur, zikir ini merupakan permulaan yang baik. Walaupun anda tiada wudhu dan masih berada di tempat tidur, berbaringan, anda boleh membaca zikir tersebut.
Kenapa kita tidak teruskan dengan ibadah malam, yang juga dikenali sebagai Qiamullail, sewaktu tenaga kita masih banyak? Bukan kan bagus jika dosa-dosa kita diampunkan dan doa kita terjawab?
KEBAIKAN IBADAH MALAM
- Doa yang mujarab
- Membawa anda lebih dekat dengan Allah
- Sunnah yang sangat diketengahkan
- Peluang masuk syurga semakin besar
- Mempertingkatkan daya ingatan
Qiamullail adalah salah satu daripada tanda komitmen sebenar dan kualiti yang dimiliki oleh serang individu yang bercita-cita tinggi. Latih diri untuk bangun awal pagi dan menunaikan solat.
Penting untuk diingatkan bahawa bukan jumlah rakaat yang dipertimbangkan ketika melakukan Qiamullail, namun pengorbanan masa seseorang dalam melakukan Qiamullail dengan berterusan. Kita lebih memilih untuk bangun dan beribadah berbanding tidur.
Walaupun anda cuma menunaikan sebanyak dua rakaat, Allah ambil kira usaha kita jadi jangan sia-siakan ia. Semoga Allah terus memberi kita kekuatan dan kemampuan dalam melaksanakan amal kebaikan dengan istiqamah.
Mungkin anda boleh lakukan sebanyak dua rakaat sebagai tanda permulaan, dan tambah bilangan rakaat pada malam yang seterusnya. Pelbagaikan aktiviti Qiamullail anda. Juga, pelbagaikan doa anda, khususkan doa anda setiap malam. Minta dan adukan apa sahaja kepada Dia. Allah suka akan hambanya yang bergantung hanya pada-Nya. Smeoga berjaya.
SUMBER:
https://www.islamicfinder.org/news/the-significance-of-qiyam-ul-layl
https://muslim.sg/articles/guide-to-qiyamullail-what-why-and-how-to-perform-it