Now Reading
Dove Nourishing Lotion Untuk Kulit Gebu

Dove Nourishing Lotion Untuk Kulit Gebu

dove nourishing lotion

Dove Nourishing Lotion ialah gabungan susu beras dan ekstrak bunga teratai dan mendapat inspirasi dari rutin kecantikan wanita Jepun.

Selama berdekad, wanita Jepun telah menggunakan bahan semulajadi ini untuk mendapatkan kulit yang cerah dan Dove rasa rahsia kecantikan tidak patut disimpan. Maka, Dove mencipta losyen badan yang menyihatkan kulit secara mendalam, meninggalkan hasil yang berkilau dan lembut.

Anda kena cuba untuk manjakan diri dengan losyen badan Dove, ianya diuji secara dermalogika dan sesuai untuk semua jenis kulit. Anda akan tenang semasa menyapu losyen yang wangi ini, ada bau bunga teratai okay.

dove nourishing lotion

Rupa

Losyen badan ini mempunyai tekstur seperti krim dan berwarna putih susu. Ia tak likat macam krim badan tapi tak cair untuk losyen. Tekstur seperti krim ini memberi rasa mewah, anda pasti akan jatuh cinta.

Losyen dengan ekstrak bunga teratai dan beras susu didatangi dengan botol legap putih mutiara dengan penutup di bahagian atas. Bahagian depannya pula terkandung logo Dove sebagai bahan utama.

Bunga teratai dan beras pun ada pada bahagian depan. Botol melengkung di satu sisi, senang untuk digenggam. Di bahagian belakang pula, segala maklumat produk yang perlukan ada di situ. Secara keseluruhannya, rupa losyen ini cukup kukuh dan senang untuk dibawa.

Ada dua saiz, 250 ml dan 400 ml losyen. Yang lebih kecil senang nak bawa, yang besar boleh lah letak di meja alat solek anda dekat rumah tu.

Bahan-bahan

Stearic acid: Oleh kerana ianya tidak seperti asid lain, macam glycolic atau salicylic acid, namanya mungkin buat anda salah faham. Stearic acid ialah asid lemak tepu berantai panjang yang ada di dalam pelbagai lipid haiwan dan tumbuhan.

Anggap lah ia seperti lemak pelembap; ia adalah komponen semulajadi dari pelbagai bahan pelembap yang anda gunakan sekarang, cocoa butter dan shea butter. Stearic aicd biasanya digunakan untuk menggubal produk, tapi ia juga mempunyai beberapa manfaat lain:

Kulit menjadi lembut: Bahan melembapkan jatuh di bawah kategori himectantsm emollients atauupun occlusive, bergantung kepada macam mana bahan tersebut melembutkan kulit anda.

Stearic acid ialah emollients, bermakna ia melembap dan melembutkan kulit (Minyak jojoba, ceramides dan squalene adalah contoh emollients). Bahasa mudahnya, asid ini kegunaannya adalah menambahkan sifat pelembap kepada produk.

Mesra kulit sensitif: Stearic acid pilihan yang bagus untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau terdedah dengan keradangan dan ia juga boleh bantu pengelupsan dan keradangan psiroasis.

Tidak mengganggu sebum: Tak macam surfectants lain, komponen ini tidak akan mengganggu minyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari dalam kulit. Malah, ia kekal lembap dalam masa yang sama.

Bagus ya untuk anda yang senang mencari produk penjagaan badan yang ringan, tidak mengganggu kulit yang sememangnya sudah kering.

Bersifat anti penuaan: Stearic acid melindungi kulit anda dari kehilangan air dan bantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan menguatkan pelindung kulit.

Penggunaan yang sekata: Ramai ahli kimia kosmetik berpendapat bahawa kopmponen ini berkebolehan untuk menjadi produk tampak lebih mewah dan bantu mereka menggunakannya dengan lebih sekata.

Penstabil produk: Oleh kerana komponen inilah anda boleh dapatkan tekstur Dove yang licin dan lembut, juga menstablikan dan mengelak pemisahan bahan dalam formula akhir.

BagaimanaDove Nourishing Lotion Berfungsi?

dove nourishing lotion

Memulihkan kulit terlalu kering

Walaupun anda ada kulit normal atau berminyak, mesti ada bahagian badan yang kasar, biasa dekat bahagian sikut dan lutut. Penggunaan Dove selepas mandi atau sebelum tidur sangatlah membantu. Losyen ini boleh melicin dan melembutkan kulit kasar dengan penggunaan kerap.

Melembutkan kulit keras (calluses)

Kalau anda jenis yang banyak habiskan masa dengan berjalan, mesti ada kulit keras (calluses) yang menyakitkan tumbuh kat kaki. Produk ini akan melembutkan bahagian tersebut dan buang sel kulit mati dengan mudah.

Bau yang wangi

Kita sangat suka kan sensasi yang menenangkan dari losyen berkrim pada anggota yang kepenatan. Sapu losyen pada kaki, peha dan lengan untuk dapatkan sensasi ini. Losyen Dove ada bauan yang tersendiri dan pastinya sesuai dengan personaliti juga keperluan anda.

Membuat anda relaks

Walaupun julit anda dalam keadaan yang baik dan mungkin tidak memerlukan losyen, cuba saja urutan di badan dengan menggunakan losyen Dove untuk tenangkan fikiran.

Sebab lain kenapa anda kena beli produk ini:

  • Pembungkusan yang menarik
  • Kuantiti sedikit untuk penggunaan produk dalam jangka masa yang lama
  • Mudah untuk digunakan dan tidak membuat kulit rasa melekit atau berminyak. Juga memberi lembapan yang berpanjangan.
  • Kulit menjadi lembut, anjal dan cukup lembapan.
  • Sesuai untuk kulit jenis normal hingga kering.
  • Berpatutan
  • Diluluskan oleh ahli dermatologi

Walaupun kulit anda nampak sihat dan tidak perlukan sebarang losyen, cuba saja losyen ini okay. Urut dengan lembut pada tangan, anda takkan bertukar kepada produk lain dah lepasni. Dove Nourishing Lotion boleh didapatkan di pasaraya dan kedai kecantikan berdekatan.

Ia tidak mahal, penuh dengan manfaat dan bahan-bahan yang bagus, berbau wangi dan saiz yang senang untuk dibawa kemana sahaja. Kiranya pakej lengkap anda perlukan untuk losyen badan, Dove dah ada semua tu. Klik butang di atas dan pergi beli!

Sumber:

https://www.dove.com/uk/skin-care/body-lotion/nourishing-secrets-glowing-body-lotion.html

https://www.byrdie.com/what-is-stearic-acid-5120216

https://www.everydayhealth.com/skin-beauty/7-body-lotion-benefits/

error: Content is protected !!