Now Reading
Ramen Daging Keto

Ramen Daging Keto

Ramen Daging Keto

Diet keto adalah sejenis pemakanan rendah karbo, tinggi lemak yang menyumbang kpd pelbagai kebaikan dari sudut kesihatan

Terdapat lebih dari 20 kajian saintifik yang menunjukkan ianya menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan

Diet keto juga mempunyai kebaikan dari segi mengawal gula untuk pesakit diabetis, kanser, epilepsi serta utk pesakit Alzheimer

Ramen Daging keto ini sangat sihat kerana ia tidak mengandungi karbohidrat. Jadi, ia sesuai untuk anda yang mengamalkan diet keto. Mari cuba resepi yang lazat ini!

  • Masa penyediaan – 15 minit
  • Masa memasak – 35 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 2 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali besar
  • Periuk besar

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar sos cili sriracha
  • 325g daging lembu, dihiris tipis
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun (pilih jenis minyak sihat)
  • Garam dan lada, secukup rasa
  • 275g bok choy, dicincang
  • 225g mi Konjac atau mi zucchini
  • 475ml stok daging lembu
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 125g daun bawang, dicincang
  • 1 sudu besar (10g) bijan
  • 4 sudu besar daun ketumbar segar, dicincang
  • 1/2 sudu teh hirisan cili

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bawang putih dan sos sriracha dalam mangkuk besar. Masukkan daging lembu dan kacau hingga rata.
  2. Ketepikan untuk diperap selama sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Masukkan telur dan air dalam periuk dan rebus telur sehingga air mendidih dan selama 5 minit untuk telur separuh masak dan 8 minit untuk telur rebus biasa.
  4. Pindahkan telur ke dalam air ais selama 2 minit, untuk mengelakkannya daripada terus masak. Malah, ia juga boleh dikupas dengan lebih mudah!
  5. Tuangkan minyak kelapa ke dalam kuali yang besar, dan panaskan di atas api sederhana.
  6. Perasakan kuali dengan sedikit garam dan lada, kemudian tambahkan bok choy, kacau sehingga sayur menjadi agak rangup. Keluarkan bok choy dari kuali dan ketepikan.
  7. Masukkan daging lembu tadi ke dalam kuali, dan masak sehingga berwarna keperangan. Pindahkan ke atas pinggan.
  8.  Bilas mi dengan air sejuk.
  9. Dalam periuk besar, masukkan stok daging lembu, dan masak sehingga mendidih. Kurangkan haba dan tambahkan mi. Rebus selama beberapa minit.
  10. Alihkan periuk dari dapur, tambah minyak bijan dan kacau.
  11. Letakkan daging serta sayur goreng dalam mangkuk. Masukkan mi dan kuah ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bijan, kepingan telur rebus, dan daun ketumbar.
  12. Sebagai tambahan, tuangkan sos sriracha atau serpihan cili jika anda suka makanan pedas!

Selamat mencuba!

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

error: Content is protected !!