Dengan pelbagai produk penjagaan kulit yang ada di luar sana, pasti anda pun pening hendak pilih yang mana satu kan? Jika anda jenis yang suka pergi ke kedai seperti Guardian atau Watsons, anda mesti pernah melihat produk Bio Essence di salah satu raknya?
Tahukah anda bahawa produk-produk yang mereka cipta sememangnya telah membantu banyak individu dan telah mendapat kepercayaan rakyat Malaysia sejak tahun 2002 lagi.
Tapi, anda mungkin tidak tahu produk mana yang ingin dicuba kan? Jadi, kami akan bantu anda pilih produk-produk bersesuaian dengan ciri-ciri uniknya tersendiri seperti di bawah.
Ketahuilah bahawa Bio Essence ada menyediakan 9 rangkaian produk yang anda boleh cuba sekarang!
BIO-GOLD
Dengan rangkaian ini, ia kaya dengan antioksida yang sememangnya adalah baik untuk kulit yang sihat. Jika anda mencari produk berkaitan masalah penuaan, ini adalah rangkaian produk terbaik untuk anda. Cubanya buat seketika dan anda akan perasan bahawa tanda-tanda penuaan anda mula pudar dengannya.
Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan merangsang pengeluaran kolagen. Malah, produk dalam rangkaian ini juga mengandungi ‘Bio Mineral Amino Acid’ dan ‘Bio Energy Fluid’ yang meningkatkan ketegangan kulit lebih baik. Lepas ini, pastinya kulit anda kelihatan lebih sihat dan segar.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Gold 24k Black Radiant Mask – RM 35.90
- Bio-Gold Radiance Cleanser – 27.90
- Bio-Gold Gold Water – RM 75.90 – RM 105.90
- Bio-Gold Eye Power Illuminator – RM 99.90
- Bio-Gold Golden Skin Elixir – RM 99.90
- Bio-Gold Golden Ratio Double Serum – RM 99.90
- Bio-Gold Day Cream SPF25 – RM 99.90
- Bio-Gold Night Cream – RM 99.90
BIO-GOLD ROSE GOLD
Ia hampir sama dengan rangkaian Bio-Gold biasa, namun apa yang istimewanya dengan rangkaian ini adalah ia mengandungi ekstrak ros Jepun serta kandungan-kandungan lain yang sememangnya baik untuk kulit.
Produk-produknya membantu mengecilkan liang pori, mencegah tanda penuaan serta banyak lagi manfaat lain! Jadi, anda mungkin boleh mencubanya sekarang kerana warnanya yang comel dan sangat sesuai dengan sifat feminin wanita. Bukan sahaja itu, ia juga sememangnya bermanfaat bagi kulit anda juga.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Gold Rose Gold Micellar – RM21.90
- Bio-Gold Rose Gold Cleanser – RM24.90
- Bio-Gold Rose Gold Water – RM75.90
- Bio-Gold Rose Gold Moisturizers – RM79.90
- Bio-Gold Rose Gold Ampoule – RM99.90
BIO-WHITE
Sama seperti nama rangkaiannya, produk-produknya memfokuskan untuk memutihkan kulit anda dengan penggunaan bahan-bahan yang bermanfaat dan semula jadi. Dengan teknologi pemutihan terkini, anda pasti akan dapat melihat perbezaanya dalam tempoh yang pendek.
Ia mungkin lebih sesuai bagi individu dengan masalah kulit kering dan mungkin tidak begitu sesuai dengan kulit berminyak kerana kandungan sesetengah bahan mungkin boleh merengsakan kulit anda.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-White Advanced Whitening Mask – RM8.90
- Bio-White Advanced Whitening Cleanser – RM25.90
- Bio-White Advanced Whitening Refiner – RM41.90
- Bio-White Advanced Whitening Spot – RM79.90
- Bio-White Advanced Whitening Serum – RM99.90
- Bio-White Advanced Whitening Day Cream – RM68.90
- Bio-White Advanced Whitening Night Cream – RM68.90
- Bio-White Advanced Whitening Tone Up – RM79.90
BIO-WATER
Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda boleh cuba rangkaian produk ini kerana ia sememangnya direka untuk tidak merengsakan kulit anda. Malah, produknya juga menggunakan formula pH yang seimbang serta telah diuji secara dermatologi.
Di samping itu, produk-produknya juga mengandungi kandungan garam yang paling kurang bagi memaksimakan penghidratan kulit. Jadi, jom lembutkan dan hidrasikan kulit anda dengan produk daripada rangkaian ini.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Water Jelly Makeup Remover – RM46.90
- Bio-Water Micellar Water – RM49.90
- Bio-Water Foamy Cleanser – RM21.90
- Bio-Water Soothing Cleasing Gel – RM33.90
- Bio-Water Energizing Water – RM8.90 – RM69.90
- Bio-Water Moist-in Water Gel – RM57.90
- Bio-Water Moist-in Water Lotion – RM46.90
- Bio-Water Sunscreen SPF50+ PA++ – RM46.90
- Bio-Water Vitamin B5 Gel – RM79.90
BIO-VLIFT & BIO-RENEW
Diformulasikan khas untuk menegangkan kulit serta menghilangkan kedutan dan garisan halus pada kulit. Ia juga sesuai bagi semua jenis kulit yang menjadikan ia rangkaian produk yang menakjubkan.
Produk-produknya mengandungi ‘Adenosine Triphosphate’ (ATP) iaitu koenzim yang membantu metabolism pada sel dan membantu meningkatkan ‘microcirculation’ untuk membaiki kulit anda dengan baik. Malah, ia juga mengandungi ‘royal jelly’ yang mengandungi protein, 17 jenis ais amino, kompleks vitamin B dan mineral untuk menghidrat kulit anda.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Vlift Face Lifting Mask – RM39.90
- Bio-Vlift Eye Lifting Essence – RM99.90
- Bio-Vlift Face Lifting Cream – RM125.90
- Bio-Vlift Face Lifting Cream – RM125.90
- Bio-Renew Cleasing Milk – RM41.90
- Bio-Renew Deep Cleanser – RM29.90
- Bio-Renew Foamy Cleanser – RM29.90
- Bio-Renew Deep Exfoliating Gel – RM79.90
- Bio-Renew Nourishing Toner – RM49.90
BIO-BOUNCE
Dengan kandungan ekstrak sarang burung, ia membantu melembapkan kulit serta mencerahkan tona kulit anda juga. Jika anda mempunyai kulit kombinasi dan mahukan kulit yang lebih cerah, cubalah produk-produk ini sekarang.
Selain mempunyai sarang burung yang membantu merangsang pembaharuan sel dan membantu dalam peredaran darah, ia juga mempunyai peptida pencerahan bio yang mencegah pigmentasi. Ini menjadikan tona kulit anda lebih sekata dan mencerahkan bahagian atau tompokan gelap.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Bounce Collagen Mask – RM8.90
- Bio-Bounce Collagen Cleanser – RM26.90
- Bio-Bounce Collagen Skin Enhancer – RM62.90
- Bio-Bounce Collagen Essence – RM79.90
- Bio-Bounce Collagen Eye Cream – RM69.90
- Bio-Bounce Collagen Essence Cream – RM79.90
- Bio-Bounce Collagen Night Mask – RM69.90
BIO-HYDRA
Jika anda mempunyai kulit kering, cuba produk-produk dalam rangkaian ini kerana mereka direka khas untuk anda yang berkulit kering. Ia mengandungi formula berkesan yang meresap masuk ke dalam kulit dan mengekalkan kehidratan pada wajah dalam tempoh yang lama.
Malah, bagi melindungi kulit anda, ia menerapkan ekstrak kranberi dalam formulanya bagi membantu menghilangkan radikal bebas, merawat masalah UV dan kerosakan persekitaran serta pada masa yang sama, melembapkan kulit dengan baik.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Hydra Aqua Skin Dewy Exfoliator – RM45.90
- Bio-Hydra Ultra Whipped Cleansing – RM23.90
- Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel – RM55.90
- Bio-Hydra Aqua Skin Dewy Lotion – RM33.90
- Bio-Hydra Aqua Sleeping Mask – RM79.90
BIO-TREASURE
Dengan kandungan seperti aloe vera, ‘Jeju Marine Algae’ dan banyak lagi, produk-produk dalam rangkaian ini sememangnya membantu membekalkan nutrien yang banyak pada kulit anda.
Ia juga akan mengekalkan kelembapan agar kulit terasa kekal lembap buat masa yang lama. Produk-produk ini juga bagus untuk mencegah tanda penuaan dari awal serta merawat kulit rosak dengan kandungan asid amino serta polisakarida yang terkenal.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Treasure Brightening Face – RM21.90
- Bio-Treasure Smoothing Face Scrub – RM21.90
- Bio-Treasure Acne Control Gel Cleanser – RM21.90
- Bio-Treasure Hydrating Foamy – RM23.90
- Bio-Treasure Hydrating Skin Lotion – RM33.90
- Bio-Treasure Hydrating All Day – RM55.90
- Bio-Treasure Skin Sooting Mask – RM7.90
- Bio-Treasure Skin Brighten-Up Mask – RM7.90
- Bio-Treasure Skin Water-full Mask – RM7.90
BIO-SNAIL
Ekstrak siput sememangnya telah banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana kemampuan mereka dalam merawat dan melembapkan kulit. Jadi, produk-produk ini sesuai bagi mereka yang mengandungi kulit berjerawat atau masalah kulit berkaitan.
Seterusnya, ekstrak ini mengandungi kandungan allantoin, vitamin A,C dan E, kolagen, asid glikolik dan agen anti-bakteria semulajadi yang membantu merawat kulit yang rosak. Malah, ia juga membantu memudarkan kawasan berparut dan menyokong proses pemulihan kulit.
Produk dalam rangkaian ini bersama harganya termasuklah:
- Bio-Snail Secretion Repair Mask – RM8.90
- Bio-Snail Repair Cleanser – RM27.90
- Bio-Snail Repair Serum Ex – RM99.90
- Bio-Snail Repair & Smooth Cream Ex – RM99.90