Now Reading
Rawatan saliran masalah sinus dirumah

Rawatan saliran masalah sinus dirumah

rawatan sinus

Rawatan masalah sinus di rumah

Adakah anda pernah mengalami situasi di mana hidung anda merasa seperti tersumbat dan mengeluarkan cecair seperti paip yang bocor dan kepala anda pula terasa seperti terperangkap dalam satu bekas? Walaupun mata anda terasa bengkak serta mengalami sakit pada kerongkong seperti sedang menelan paku, memejam mata adalah perkara terakhir yang boleh anda lakukan untuk berasa sedikit selesa. Masalah sinus ini memang akan membuatkan anda berasa seperti keadaan di atas.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang berkesan untuk mengubati penyakit ini secara sementara iaitu dengan makan makanan berkuah seperti sup ayam kerana hirupan sup itu dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak anda.

 

– Air dan kelembapan di mana-mana

Pastikan anda minum air dalam jumlah yang banyak dan menggunakan ‘humidifier’ atau ‘vaporizer’ ketika berada di rumah. Hal ini penting kerana cecair dan pelembapan yang ada di sekeliling kita boleh menipiskan lendir serta mengalirkan sinus anda keluar dari hidung. Ia juga dapat merawat masalah sinus anda serta mengekalkan kelembapan pada kulit anda.

 

– Pengairan

Proses pengairan pada hidung dikatakan sangat berkesan bagi melegakan hidung yang tersumbat atau gatal disebabkan masalah sinus. Pengairan saline (salt water) juga membantu untuk perlahan-lahan mengalirkan larutan garam melalui ruang hidung yang kecil. Ini boleh dilakukan dengan bantuan botol khas yang boleh dipicit, jarum suntikan atau bekas khas iaitu ‘neti pot’.

‘Neti pot’ ialah satu barang yang tidak mahal dan kelihatan seperti lampu Aladdin. Larutan garam boleh dibeli ataupun dibuat sendiri mengikut cara-cara di bawah:

Larutkan 1 sudu garam laut atau garam asli bersama satu liter air yang telah disuling, ditapis atau dimasak. Jangan gunakan garam biasa kerana garam ini biasanya mengandungi bahan tambahan.

Tambah secubit serbuk penaik (baking soda) dan campurkan kesemua bahan tersebut.

Anda boleh melakukan proses pengairan hidung dengan cara berdiri berhampiran sinki atau menggunakan bekas agar tiada air yang tertumpah ke kawasan lain. Tuang, sembur atau pancutkan larutan tersebut ke dalam salah satu lubang hidung sambil menyengetkan kepala agar ia dapat mengalir keluar melalui lubang hidung yang lain. Lakukan perkara yang sama bagi setiap lubang hidung. Ini juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria dan kegatalan pada kedua-dua belah hidung disebabkan masalah sinus.

Pastikan kesemua bekas yang digunakan dicuci dengan bersih dan teliti agar tiada bakteria boleh hidup di dalamnya. Selain itu, pastikan anda tidak menggunakan air paip dalam mana-mana campuran cecair bagi mengelakkan adanya bakteria hidup yang boleh menjangkiti sinus anda. Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan air paip itu dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan.

 

– Pengewapan

Melakukan pengewapan pada kawasan hidung boleh membantu mencairkan lendir dalam hidung kita. Proses ini boleh dibuat dengan memberikan hidung anda rawatan menggunakan wap air atau stim dengan menggunakan mangkuk yang berisi air panas serta tuala yang besar. Minyak daripada mentol, kapur barus atau minyak kayu putih juga boleh dicampurkan ke dalam air tersebut sekiranya anda mahu. Kemudian, letakkan tuala di atas kepala anda sekitar kawasan mangkuk supaya wapnya dapat diperangkap ke dalam tuala. Proses ini akan berlanjutan sehinggalah wap pada air tersebut sudah tiada. Jika anda tidak menggunakan air panas yang diisi dalam mangkuk, wap daripada pancuran air panas juga boleh digunakan namun ia akan memberikan kesan yang kurang berbanding dengan cara yang pertama.

 

– Sup ayam

Petua ini bukanlah sebuah rekaan semata-mata kerana beberapa kajian yang telah dilakukan dahulu berjaya menyokong kelebihan makan sup ayam bagi mengurangkan rasa sesak pada hidung kita. Satu kajian yang dibuat pada tahun 2000 mendapati bahawa sup ayam mampu mengurangkan rasa gatal dan tidak selesa yang berlaku kerana selesema sinus.

Jadi, apakah ramuan istimewa yang ada pada sup ayam ini? Sebenarnya, para saintis juga tidak dapat merungkai bahan masakan apa yang sebenarnya membantu untuk mengurangkan kesan sinus. Mereka membuat spekulasi bahawa stim yang digabungkan bersama bahan-bahan dalam sup yang bersifat antioksidan dan anti-kegatalan itulah yang membantu untuk melegakan masalah sinus.

 

– Alat mampat yang panas dan sejuk

Menggerakkan alat mampat yang panas dan sejuk juga boleh membantu melegakan masalah sinus anda.

Baring bersama alat mampat yang hangat dan letakkan ia pada hidung, pipi dan dahi anda selama tiga minit. Seterusnya, gantikan ia dengan yang sejuk selama 30 saat. Lakukan kedua-dua langkah ini sebanyak dua hingga tiga kali. Proses ini juga boleh diulangi sebanyak dua hingga enam kali setiap hari.

 

Punca masalah sinus

Masalah sinus boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti sinusitis dan rhinitis.

Sinusitis merupakan jangkitan yang boleh menyebabkan kegatalan dan bengkak pada sinus anda. Persatuan ‘The Infectious Diseases Society of America (IDSA)’ ada menyatakan bahawa sebanyak 90 hingga 98 peratus kes sinusitis yang berlaku adalah kerana virus yang tidak dapat merawat menggunakan antibiotik. Jangkitan sinus ini juga merupakan salah satu penyebab utama mengapa antibiotik diwujudkan. Namun begitu, ia hanya berkesan untuk merawat 2 hingga 10 peratus pesakit yang menghidap jangkitan ini sahaja.

Sinusitis kronik pula adalah masalah kegatalan hidung yang berlaku lebih tiga bulan. Polip hidung yang mempunyai pertumbuhan yang tidak kronik kebiasannya senang untuk dijangkiti sinusitis jenis ini.

Jika anda mengalami alergi rhinitis, sistem imun badan anda akan membebaskan histamines yang boleh menggatalkan hidung anda. Ini akan menyebabkan anda sering bersin. Jadi, alahan pada rhinitis juga boleh menyebabkan jangkitan sinusitis.

Selanjutnya, berikut adalah dua contoh produk humidifier dan satu contoh produk neti pot yang anda boleh cuba gunakan.


Samu Giken 7 Colours LED Light Desktop Humidifier

RM 32.90

Dengan Samu Giken 7LED Light Desktop Humidifier, tanpa udara kering dan tekak yang haus, tidur anda boleh menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Getaran ultrasonik menyemburkan air cair menjadi zarah air bersaiz mikron dan molekul air tersebut mencapai lapisan dasar sehingga kulit tidak lagi kering. Humidifier ini dapat menahan hingga 1000 ml dan menghasilkan 50 ml udara sejuk per jam. Apabila tiada atau sedikit bekalan air, humidifier ini secara automatik akan mati. Ia juga selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.


GINTELL G-Fusion EZ 3 in 1 Humidifier

RM 158.00

Nikmati suasana udara segar yang menjadikan anda bernafas lebih lancar dan persekitaran lebih sihat dengan Humidifier G-Fusion EZ 3 in 1! Pelbagai fungsi merangkumi Kipas Mini USB, Lampu Malam USB dan Pelembap Mudah Alih. Anda boleh mengenakan cas untuk menggunakannya bila-bila masa & di mana sahaja. Selain itu, G-Fusion EZ mempunyai penurunan radiasi elektronik yang membolehkan wanita hamil menggunakan alat elektronik mereka seperti telefon, komputer riba atau TV tanpa perlu risau. Udara kering boleh menyebabkan kelembapan menguap dari kulit dan gejala pernafasan bertambah buruk dari masa ke masa. Menambah kelembapan ke udara dengan humidifier ini dapat mengatasi masalah ini.


Doctor.Roo Neti Pot

RM 14.99

Neti Pot ini direka mengikut struktur fisiologi dalaman rongga hidung manusia, mengeringkan saluran hidung dan sinus membilas lendir dan pelbagai perengsa. Produk ini adalah untuk alergi & Selsema, dimana ia mampu membersihkan mukosa hidung anda. Sesuai juga digunakan sekiranya anda mempunyai alahan debunga dan kotoran lain dan anda ingin membersihkannya daripada sinus anda. Cukup putar neti pot dan tekan butang. Anda tidak perlu memerah pembersih hidung ini. Graviti melakukan selebihnya. Neti pot ini membilas sinus anda apabila anda menyiram air di satu lubang hidung dan kemudian mengalirkan air keluar dari lubang hidung yang satu lagi.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/cold-flu/remedies-for-sinus-drainage

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321322

https://www.allinahealth.org/healthysetgo/heal/ten-home-remedies-to-relieve-sinus-pain-and-pressure

https://www.everydayhealth.com/sinus-health-guide/natural-remedies-for-sinus-pain.aspx

error: Content is protected !!