Kalau anda masih ingat jam tangan pintar pertama Realme keluar kira-kira setahun yang lalu, dan sejak itu terdapat empat buah lagi berjaya dikeluarkan mereka.
Yang terbaru adalah Realme Watch 2 – pengganti kepada Realme Watch dan sudah tiba masanya untuk melihat pembaharuan yang dibangunkan mereka selama satu tahun ini.
Tampak tidak banyak perubahan kepada model baru ini walaupun mempunyai paparan yang lebih terang (masih meggunakan LCD) dan kuasa bateri yang lebih besar dinilai dari ketahanan sehingga 12 jam dengan sekali cas.
Bahagian depan perisian juga diperbaiki, yang membolehkan anda mengawal periferal Realme AIoT terus dari pergelangan tangan anda.
Dari gabungan aktiviti dan penjejakan tidur, pemantauan degupan jantung dan pengukuran tahap oksigen darah, semuanya direkodkan dan diperiksa Realme Watch 2.
Samada untuk menggantikan yang lama atau membeli jam pintar buat pertama kali anda di sini adalah kerana ingin tahu adakah Watch 2 ini berbaloi untuk dibeli. Betul kan?
Atau adakah lebih baik mendapatkan jam pintar jenama lain bagi keperluan memantau kesihatan dan kecergasan anda? Jom kita tengok dulu ulasan Realme Watch 2 ini.
Spesifikasi Realme Watch 2
Mempunyai paparan 1.4″, layar warna 320×320 piksel, kepadatan piksel 323ppi, kecerahan puncak 600 nits, dan dipadankan dengan 2.5D Gorilla Glass 3.
Tali silikon yang boleh ditukar, kelebaran 22mm, dan panjang laras 130-220mm.
Ciri-ciri yang ada adalah seperti monitor kadar jantung, monitor tahap Oksigen Darah, penilaian IP68, Penjejakan Tidur, Penjejakan Sukan, Kaunter Langkah, Meditasi, Pemberitahuan Pintar, Makluman Idle, Peringatan Minum, Pengesan Telefon, Ramalan Cuaca, Muzik dan Kawalan Kamera.
Realme Watch 2 juga mempunyai Mod Sukan, di mana fungsinya adalah seperti Larian Luar, Larian Dalam Ruangan, Jalan Luar, Jalan Dalam Ruangan, Kitaran Luar, Kitaran Dalam, Latihan Kekuatan, Bola Sepak, Yoga dan Kriket (terdapat 80 lagi senarai dalam aplikasi Realme Link).
Selain itu Watch 2 juga mempunyai kesambungan Bluetooth 5.0, Sesuai dengan Android 5.0+ dan iOS 11+.
Mempunyai kuasa bateri 315mAh, berat 38 gram dan hanya warna hitam yang tersedia.
Reka Bentuk
Realme Watch 2 memberikan anda penampilan persegi dengan bingkai plastik dan tali jam silikon 22mm. Paparannya kini dilengkapi dengan bezel atas dan bawah yang seragam, tidak seperti versi terdahulu yang mempunyai dagu yang lebih besar.
Logo Realme pada jam tangan juga dihilangkan yang menambahkan lagi penampilan yang lebih tersembunyi. Terdapat satu butang di sebelah kanan yang berfungsi sebagai sleep/wake dan butang back.
Selain bezel paparan dan tali jam yang diubah, Realme Watch 2 secara visualnya adalah sama dengan yang terdahulu dalam semua aspek. Ia masih mempunyai detak jantung optik PPG dan sensor SpO2, pin pengecasan dan penarafan IP68.
Anda tidak akan melihat Watch 2 kelihatan premium di pergelangan tangan anda walaupun ia ringan dan cukup padat sesuatu yang sangat saya gemari.
Terdapat juga jenama Dare to Leap yang halus pada tali jam yang membezakannya dengan model lama.
Pembinaannya cukup baik untuk julat harga tahap awal dan saya dengan senang hati memberitahu bahawa Realme Watch 2 mampu bertahan dengan baik dalam penggunaan seharian saya di mana sering berlanggar dan terhentak ke dinding atau objek keras lain tanpa sesekali tergores dan calar.
Butang sisi tidak dapat memberikan kita perasaan yang sempurna pada sentuhan, dan membuat bunyi berderit ketika ditekan. Bagaimanapun motor getaran di dalam enjinnya mempunyai pilihan buat anda yang mahukan isyarat lembut atau kuat mengikut kepada keperluan anda sendiri.
Software
User interface di Realme Watch 2 hampir sama dengan versi terdahulu. Anda mendapati pusat kawalan berada di sebelah kiri muka jam tangan, diikuti dengan halaman aktiviti harian anda di sebelah kanan, monitor degupan jantung, maklumat cuaca dan kawalan muzik.
Meleret ke bawah akan membawa anda ke skrin notifikasi, sementara meleret ke arah yang berlawanan akan membawa anda ke menu aplikasi.
UI berasa responsif dan selesa. Terdapat gangguan sesekali dengan fungsi wake up pada jam tangan ini, tetapi dengan yakin saya dapat mengatakan bahawa Realme Watch 2 menunjukkan prestasi yang cukup baik berbanding dengan jam pintar bajet lain di dalam kelasnya.
Kesimpulannya
Jelas bahawa Realme Watch 2 adalah naik taraf yang berbaloi berbanding Realme Watch yang asli dari segi daya tahan bateri dan pengesanan tidur. Tambahan Mod sukan adalah sesuatu yang bagus ditambah dengan reka bentuk skrin yang direka semula.
Pada harga RM229, tanda harga yang diletakkan di lama web rasmi Realme, anda akan mendapati ianya adalah jumlah yang berbaloi dan berkemungkinan lebih murah jika anda mempunyai diskaun voucher di aplikasi Shopee, dan pastikan anda mendapatkannya di kedai rasmi Realme.
https://www.gsmarena.com/realme_watch_2_review-news-49974.php