Now Reading
Refluks Hempedu (Bile reflux) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Refluks Hempedu (Bile reflux) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

refluks hempedu

Refluks hempedu berlaku apabila hempedu iaitu cecair pencernaan yang dihasilkan oleh hati anda kembali (refluks) ke dalam perut dan dalam beberapa kes, ke dalam tiub yang menghubungkan mulut dan perut anda (esofagus).

Tidak seperti refluks asid gastrik, keadaan ini tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan perubahan diet atau gaya hidup. Rawatan bagi keadaan ini biasanya melibatkan pengambilan ubat-ubatan atau, dalam kes yang teruk, pembedahan.

Simptom Refluks Hempedu

Refluks hempedu sukar dibezakan dengan refluks asid gastrik. Tanda dan simptomnya adalah serupa, dan kedua-dua keadaan mungkin berlaku pada masa yang sama.

Tanda dan simptom refluks jenis ini termasuklah:

  • Sakit perut pada bahagian atas perut yang mungkin adalah serius
  • Pedih ulu hati yang kerap seperti sensasi terbakar di dada yang kadangkala merebak ke kerongkong, bersama dengan rasa masam dalam mulut anda
  • Loya
  • Muntah dengan cecair kuning kehijauan (hempedu)
  • Batuk atau suara serak (kadang-kadang)
  • Penurunan berat badan yang tidak diketahui

Punca Refluks Hempedu

Hempedu adalah cecair kuning kehijauan yang penting untuk mencerna lemak serta untuk menghilangkan sel darah merah lama dan toksin tertentu daripada badan anda. Ia dihasilkan di hati dan disimpan di pundi hempedu anda.

Makan makanan yang mengandungi sedikit lemak sahaja sudah boleh memberi petanda kepada pundi hempedu anda untuk melepaskan hempedu, yang mengalir melalui dua tiub kecil (saluran sista dan saluran hempedu biasa) ke bahagian atas usus kecil anda (duodenum).

Faktor Risiko Refluks Hempedu

Penyempitan esofagus akibat luka parut atau keradangan boleh meningkatkan risiko refluks hempedu. Faktor risiko lain bagi keadaan ini adalah:

  • Kehadiran ulser peptik
  • Pembedahan pundi hempedu (kolesistektomi)
  • Pembedahan pintasan gastrik
  • Pengambilan arak yang tinggi
  • Merokok

Diagnosis Refluks Hempedu

Gambaran mengenai simptom dan pengetahuan mengenai sejarah perubatan anda biasanya sudah mencukupi dalam membantu doktor untuk mendiagnosis masalah refluks.

Tetapi, bagi membezakan antara refluks asid dan refluks hempedu, ia adalah prosedur yang sukar dan memerlukan ujian lebih lanjut.

Anda juga mungkin akan menjalani ujian untuk memeriksa kerosakan pada esofagus dan perut anda, serta untuk mengesan perubahan pra kanser.

Ujian mungkin merangkumi:

  • Endoskopi
  • Ujian asid ‘ambulatory’
  • ‘Impedance’ esofagus

Rawatan Refluks Hempedu

Penyesuaian gaya hidup dan ubat-ubatan boleh jadi berkesan untuk merawat refluks asid di dalam esofagus (kerongkong), tetapi refluks hempedu lebih sukar untuk dirawat.

Terdapat sedikit bukti yang menilai keberkesanan rawatan refluks hempedu, yang mana sebahagiannya berlaku kerana kesukaran untuk menetapkan refluks hempedu sebagai punca simptom.

Ubat-ubatan

  • Asid Ursodeoxycholic. Ubat ini membantu melancarkan aliran hempedu.
  • ‘Sequestrants’ asid hempedu. Doktor sering menetapkan ini bagi mengganggu peredaran hempedu, tetapi kajian menunjukkan bahawa ubat ini kurang berkesan daripada rawatan lain. Kesan sampingannya seperti kembung perut, mungkin adalah teruk.
  • Perencat pam proton. Ubat-ubatan ini sering dipreskripsikan untuk menyekat pengeluaran asid.

Rawatan pembedahan

Doktor boleh mengesyorkan pembedahan jika penggunaan ubat gagal mengurangkan simptom teruk atau terdapat perubahan pra kanser pada perut atau kerongkong anda.

Beberapa jenis pembedahan boleh jadi lebih berjaya daripada yang lain, jadi pastikan anda berbincang mengenai kebaikan dan keburukan pembedahan bersama doktor anda.

Pilihannya merangkumi:

• Pembedahan penyimpangan (Roux-en-Y).

• Pembedahan anti-refluks (fundoplication).

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bile-reflux/symptoms-causes/syc-20370115

https://www.medlife.com/blog/bile-reflux-causes-symptoms-treatments-and-remedies/#risk-factors-of-bile-reflux

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bile-reflux/diagnosis-treatment/drc-20370121


error: Content is protected !!