Now Reading
Resepi Apam Coklat Viral Yang Harus Dicuba

Resepi Apam Coklat Viral Yang Harus Dicuba

resepi apam coklat

Apam coklat yang gebu dan sedap memang memukau selera. Jadi hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda resepi apam coklat yang sangat mudah untuk dibuat tanpa menggunakan mixer. Ia juga sangat mudah untuk disediakan, rasanya pun sangat sedap, lembut dan gebu seakan-akan kek coklat kukus moist.

Anda juga boleh lakukan resepi apam coklat ini bersama-sama dengan anak-anak anda yang masih kecil.

Bukan itu sahaja, anda boleh hidangkan apam coklat ini jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Mereka pastinya akan teruja dengan apam coklat yang anda sediakan. Rujuk resepi yang lengkap dan langkah-langkah untuk membuatnya di bawah. Bolehlah anda cuba untuk sajian minum petang nanti dihidangkan bersama teh o panas.

Selamat mencuba resepi apam coklat ini !

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • sudu kecil soda bikarbonat
  • sudu kecil garam
  • cawan gula (boleh ditambah jika suka manis)
  • 2 biji telur
  • cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, ayakkan tepung bersama serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan juga garam. Kemudian, ketepikan bahan-bahan ayakan.
  2. Kemudian, pukul gula, telur, susu pekat dan minyak sehingga sebati di dalam bekas yang kering. Pukul hanya sehingga sebati sahaja, tidak perlu pukul sehingga ia terlalu kembang.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi secara perlahan-lahan lebih kurang dalam 2-3 tambahan. Kacau sehingga ia sebati. Tidak perlu over mix.
  4. Masukkan air panas dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  5. Sapukan minyak pada acuan supaya apam tidak melekat pada acuan nanti. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
  6. Akhir sekali, kukus apam selama 10 minit atau sehingga masak di atas pengukus yang yang sudah dididihkan airnya.
  7. Hidangkan apam setelah siap

Mudah dan sangat sedap resepi yang kami kongsikan ini. Tidaklah leceh untuk sediakannya. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak rumit. Oleh itu, jangan lupa cuba resepi apam coklat ini yang semestinya sangat sedap dan enak untuk deria rasa anda! Selamat mencuba.

TIPS:

  • Apam hendaklah dikukus menggunakan api sederhana kecil supaya ia tidak pecah
  • Pastikan air pengukus mendidih sebelum mengukus apam
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan supaya tidak melekat

Source:  

https://buatoranglapo.com/2018/09/24/apam-coklat-kukus/

error: Content is protected !!