Apam kampung adalah sajian yang popular yang sesuai dihidangan ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Malah ada juga yang menyediakan apam kampung sebagai hidagan pencuci mulut ketika makan tengahari dan juga makan malam. Apam kampung juga digemari semua peringkat umur termasuklah kanak kanak kerana rasanya yang sangat enak.
Bahan bahannya yang juga senang didapati juga menjadikan ia hidangan yang sangat digemari ketika mengadakan apa jenis majlis sekalipun. Jika mahukan ia kelihatan lebih menarik, anda boleh letakkan esen pewarna semerti hijau, kuning dan lain lain lagi untuk menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan untuk para tetamu yang hadir.
Bahan-bahan membuat Apam Kampung
Bahan A
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 1/4 cawan air
Bahan B
- 11 gram yis mauripan
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu kecil gula halus
Bahan C
- 4 cawan tepung gandum
- Secubit garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Apam Kampung
- Pertama sekali, sila masak bahan bahan A sehingga gula benar benar larut.
- Kemudian, tapiskan dan sejukkan dulu air gula yang sudah dimasak tadi menggunakan penapis.
- Sementara menunggu air gula sejuk, anda boleh membancuh bahan B dan biarkan sehingga ia berbuih sepenuhnya.
- Kemudian, campurkan bahan C dan jangan lupa untuk campurkan sekali air gula yg telah disejukkan tadi.
- Selepas itu, kacau adunan sehingga ia benar benar sebati.
- Apabila adunan sudah sebati, masukkan bahan B yang sudah dibancuh tadi.
- Kemudian, gaulkan semua adunan sehingga sebati.
- Tutup dan biarkan ia selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.
- Sementara menunggu, sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
- Kukus adunan tersebut selama 40 minit.
- Setelah 40 minit, apabila kuih sudah siap dimasak, biarkan ia sejuk sebelum anda memotongnya.
- Taburkan kelapa parut sebagai hiasan.
- Hidangkan bersama air teh atau kopi ketika minum petang.
Sumber
https://cookpad.com/my/recipes/11514225-apam-kampung-gula-merah
https://www.blogopsi.com/2018/03/resepi-apam-kampung-gula-merah.html