Sebut saja pasal ayam goreng, boleh dikatakan semua orang suka makan. Tak kiralah anak kecil ataupun yang dewasa. Sebenarnya ada macam-macam cara nak goreng ayam ni selain menggoreng dengan kunyit macam kita biasa buat.Salah satu resepi ayam goreng yang semakin mendapat perhatian di Malaysia akhir-akhir ini dah tentulah ayam goreng bijan.
Resepi ayam bijan ini adalah melekit, manis, penuh dengan rasa dan sangat mudah untuk disediakan. Lupakan hidangan di mana-mana restoran yang menghidangkan makanan ini kerana sekarang anda sudah boleh menghasilkan versi lebih sihat hanya dalam tempoh 20 minit.
- Masa penyediaan – 10 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tahap – Mudah
- Pengukuran: Metrik
- Saiz hidangan: 4 orang
Peralatan yang diperlukan:
- Kuali dalam (Wok)
- Kuali leper (Skillet)
Bahan-bahan:
- 454g dada ayam tanpa kulit dan tulang (potong 1/2 inci jalur atau kiub)
- 2 sudu tepung jagung
- Secubit garam & lada
- 1 sudu minyak zaitun atau minyak bijan
- Nasi putih yang telah masak untuk dihidangkan
- Segenggam kecil daun bawang yang dicincang
– Bagi penyediaan sos
- 3 sudu kicap soya
- 2 sudu madu
- 1 sudu kecil emping cili (tambah lebih banyak untuk lebih rasa pedas)
- 1 sudu teh halia segar parut
- 1 ulas bawang putih cincang
- 2 sudu biji bijan
- 1 sudu minyak bijan (pilihan)
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk bersaiz sederhana, campurkan kicap, madu, sos sriracha, halia, bawang putih, biji bijan dan minyak bijan. Kemudian, ketepikan.
- Dalam mangkuk yang besar pula, satukan ayam, tepung jagung dan secubit garam dan lada. Panaskan kuali besar di atas suhu yang tinggi sekurang-kurangnya 2 minit. Masukkan minyak dan ayam ke dalam kuali. Tumis ayam selama 5 hingga 6 minit atau hingga berwarna kekuningan. Masukkan sos dan biarkan sos mendidih selama 3 hingga 4 minit atau sehingga kuah menjadi pekat dan melekit.
- Keluarkan ayam dari kuali, taburkan dengan daun bawang yang dicincang dan lebih banyak biji bijan jika anda mahu. Hidangkan dengan nasi putih yang panas atau mi mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba resepi ayam bijan!
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.
Tefal Cookware Natura Frypan 20cm
RM54.00
Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.