Now Reading
Resepi Ayam Goreng KFC Versi Sihat

Resepi Ayam Goreng KFC Versi Sihat

Resipi Ayam Goreng KFC Versi Sihat
https://sinarplus.sinarharian.com.my

KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandumgaramlada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

Dalam resepi kali ini, kita akan cuba satu hal yang baru iaitu resepi ayam goreng KFC versi sihat. Bagi mereka yang sedang menjalani gaya hidup sihat, inilah resepi baik buat anda kerana anda tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ayam KFC lagi. Sebaliknya, jom sediakannya sendiri!

Ayam goreng KFC sememangnya sudah mendapat tempat dalam industri ayam goreng di negara kita. Bukan sahaja ianya mudah didapati, malah dengan keenakan rasanya, ia pasti memikat hati penggemar ayam goreng. Namun, apa kata kali ini kita cuba sediakannya sahaja di rumah? Bukan sahaja ia lebih murah dan menjimatkan, malah anda juga boleh ubah bahan-bahannya mengikut kesukaan anda.

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam (atau mengikut saiz hidangan yang anda mahukan)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sudu serbuk kari (ikan/ ayam)
  • 2 sudu serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 2 sudu pengganti tepung gandum (tepung kelapa, tepung oat, tepung kacang kuda, tepung rye dan tepung soya yang difermentasi)
  • 10 sudu kecil tepung beras

Cara penyediaan:

  1. Perapkan ayam sekejap atau semalaman dengan bahan perapan (serbuk cili, serbuk kari, lada hitam, gara dan telur).
  2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung pilihan anda bersama tepung beras dan soda bikarbonat.
  3. Lumur ayam secara sebati dengan tepung kemudian goreng di dalam air fryer.
  4. Pastikan anda terbalikkan ayam dalam separuh tempoh masak.

Walaupun Resepi Ayam Goreng KFC ini tidak menggunakan kaedah menggoreng seperti biasa untuk mendapatkan kerak seperti ayam goreng yang dijual di restoran KFC, namun ini adalah cara lebih sihat sekiranya anda ingin mengurangkan penggunaan minyak masak.

Selamat mencuba!

Tefal Fry Delight Air Fryer

RM929.00

Tefal Air Fryer sesuai digunakan untuk menggoreng atau membakar makanan. Ianyasenang dibersihkan dengan bakul dan kuali yang boleh ditanggalkan.
Air fryer dari jenama tempatan ini menggunakan high speed air circulation technology untuk menghasilkan makanan yang kurang minyak dan lebih sihat.
Bekas menggorengnya pula diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat yang menepati piawaian keselamatan makanan.

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM32.60

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna danseimbang. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang mempunyai lapisan satin sangat bagus untuk bahan kering dan cair. Bentuk yang elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak berkarat. Sudu pengukur ini juga sangat sesuai digunakan untuk membuat cake bagi megukur ketepatan bahan yang digunakan.

SUMBER

https://saji.my

error: Content is protected !!