Ayam masak halia adalah hidangan masyarakat Cina yang diperbuat dengan resepi halia segar, bawang putih dan bawang merah. Ia dimasak ke dalam sos pekat dan dimakan bersama atas nasi atau mi. Malah, hidangan ini juga mempunyai rasa kuat dan lazat yang berasal dari trio klasik aromatik segar dan paling sering digunakan dalam masakan Kantonis iaitu halia, bawang putih dan daun kucai yang akan membuat anda menginginkannya lagi dan lagi.
Bagi jenis ayam yang anda perlu gunakan, bahagian paha ayam sememangnya lebih baik bagi masakan yang ambil masa lebih lama, bagi membolehkan sosnya menjadi pekat tanpa mengering. Dada ayam, sebaliknya, adalah lebih baik untuk masakan cepat seperti menggoreng dan memanggang. Mana-mana bahagian ayam yang anda gunakan, pastikan ia kurang lemak dan tiada kulit. Pilih ayam organik supaya hidangan anda lebih sihat.
Memandangkan hidangan ini pada dasarnya adalah ‘braise’, paha ayam lebih banyak digunakan. Sekiranya anda ingin menggunakan dada ayam, keluarkannya selepas mereka telah masak sedikit dan masukkan semula setelah sos dipekatkan. Ini akan memberikan anda dada ayam yang lembab bersama dengan sos dimasak cair dan lembut.
Jadi, jom sediakan ayam masak halia ini dengan resipi mudah di bawah.
Bahan-bahan:
- 1.5 hingga 2kg ayam tanpa tulang dan tanpa kulit, dicincang dalam bentuk kiub
- 2 hingga 3 sudu minyak sayur-sayuran/ minyak bijan
- 1 sudu minyak bijan
- 5 hingga 6 batang daun kucai , dihiris nipis. Simpan sedikit beberapa untuk ditambah pada akhir masakan.
- 2 sudu bawang putih yang dicincang
- 1 sudu bawang merah yang dicincang
- 2 sudu halia dicincang
- 2 sudu sos tiram
- 4 sudu kicap
- 2 hingga 4 sudu sos cili bawang putih, bergantung pada tahap pedas yang anda mahukan
- 1 sudu gula perang
- 1 sudu tepung jagung
- 1 cawan air
Cara penyediaan:
- Sebarkan minyak sayuran/ minyak bijan di sekitar kuali, dan panaskannya sehingga ia mula berasap sedikit.
- Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dihancurkan dan goreng selama 15 saat.
- Letakkan kepingan ayam dalam satu lapisan dan masak secara ringan sahaja.
- Tunggu bahan aromatik untuk masak sedikit sebelum anda menambahkan sos tiram, kicap dan sos bawang putih dan cili.
- Campurkan tepung jagung dengan air, kemudian masukkan ke dalam kuali.
- Kacau dan masak hidangan sehingga sos menjadi berkilat dan pekat.
- Bagi proses menggoreng ayam, anda boleh menggunakan air fryer bagi pilihan yang lebih sihat dan kurang kalori.
Selamat mencuba!
Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://thewoksoflife.com/ginger-chicken/