Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.
Untuk resepi kali ini letak cili kisar dan juga cili api bagi memekatkan kuah dan pedas nya secukup rasa. Bahan tumisan lebih sedap kalau ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hiris nipis pun boleh juga.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam
- garam
- kunyit
- 1 mangkuk minyak
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos romato
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- cili merah
- sedikit air
- 2 sudu besar air asam jawa
- bawang besar, hiris bulat
- Bahan tumbuk halus:
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
Cara Penyediaan:
- Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
- Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
- Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
- Angkat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.
Tips:
- Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.
Mortar And Pestle Set
RM48.00
Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,
Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.
Kredit Gambar: