Resepi Ayam Percik Kelantan Sihat yang kami kongsi ini berkuah dan hanya menggunakan ayam bahagian dada tanpa kulit dan tanpa lemak. Resipi ini merupakan olahan daripada Resepi Ayam Percik versi Negeri Kelantan asli yang agak manis. Kami mengurangkan penggunaan gula dan hanya menggunakan susu segar jadi ia sesuai bagi kalian yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat.
Percik merujuk kepada cara kuahnya dituang ke atas ayam beberapa kali sewaktu proses memasak. Apabila kuah yang mengandungi santan bergabung dengan aneka rempah, hasilnya adalah Ayam Percik yang enak dengan aroma memikat kalbu. Apabila ditambah kuah yang pekat di atasnya, itu sudah cukup untuk menjadikannya satu hidangan yang lazat sehingga menjilat jari.
Terdapat beberapa versi Ayam Percik yang berbeza tetapi kami memutuskan untuk berkongsi resepi yang menggunakan serai, buah pelaga dan cengkih sebagai rempah utama bersama dengan bawang merah, bawang putih, halia dan cili. Namun begitu, cara memasaknya mungkin berbeza, sama ada menggunakan dapur arang atau ketuhar. Bagi resipi ini kami memilih ketuhar sebagai medium masakan. Tetapi, jangan ragu-ragu untuk menyesuaikan resipi ini seperti keperluan anda.
Bahan-Bahan:
- 4 ketul dada ayam (tanpa kulit dan lemak)
- 200ml susu segar
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji cengkih
- 1 batang serai, dititik
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh gula perang atau lakanto
- 1 sudu teh tepung jagung dicampur dengan air (atau mana-mana bahan pemekatan yang anda suka)
– Pes Rempah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia berukuran kecil
- 3 biji bawang merah
- 3-4 tangkai cili kering, direndam dan ditoskan
- 1/2 cawan air
- 1 batang serai
Cara penyediaan:
- Kisar bawang putih, bawang merah, serai dan cili kering bersama sedikit air.
- Perapkan ayam dengan pes tersebut selama sekurang-kurangnya 30 minit.
- Pindahkan semua bahan dalam periuk dan tuangkan setengah sukatan susu segar ke dalamnya.
- Tambah buah pelaga, cengkih, serai dan masak pada suhu sederhana dalam 20 minit sehingga ayam separuh masak.
- Perasakan dengan pes asam jawa, garam dan gula perang atau lakanto (pengganti gula).
- Keluarkan ayam daripada periuk, biarkan kuah dalam periuk.
- Letakkan ayam di atas dulang dan masak dalam ketuhar pemanggang (broiler) pada suhu sederhana selama 7-8 minit.
- Buang buah pelaga dan cengkih daripada kuah.
- Tambahkan susu segar selebihnya dan larutan tepung jagung ke dalam periuk mengandungi kuah.
- Salutkan ayam dengan lebihan kuah dan gril semula, ulang jika perlu sehingga ayam bertukar warna perang dan masak dengan sempurna.
- Sewaktu dihidang, tuangkan lebihan kuah di atas ayam atau anda boleh mengasingkannya terlebih dahulu.
Cadangan hidangan: Hidangkan Ayam Percik ini bersama nasi beras perang yang dimasak bersama daun pandan.
Gabungan susu segar dan rempah ratus sudah tentu akan menyemarakkan aroma yang lazat di seluruh dapur atau rumah anda! Resepi ini tidak begitu pedas, tetapi sekiranya anda seorang pencinta makanan pedas, anda boleh menambah beberapa tangkai cili untuk memenuhi citarasa anda.
Selamat mencuba!

Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

EAGLE Stainless Steel 20cm Double Handle Pot Diamond Series
RM99.00
Diamond Series Double Handle Pot by Eagle akan terbukti dapat tahan dalam jangka masa yang lama. Eagle Diamond Series Double Handle Pot. Masak makanan dan masakan sihat anda untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan. Mempunyai pelbagai saiz yang dapat mengikut kesesuaian masakan anda. Senang digunakan dan juga mempunyai pemegang plastik ditepi bagi memudahkan anda mengangkatnya.