Now Reading
Resepi Begedil Ayam Yang Sedap dan Ringkas

Resepi Begedil Ayam Yang Sedap dan Ringkas

begedil ayam

Siapa yang tidak suka begedil ayam. Dari kanak-kanak hingga orang dewasa menyukai begedil. Begedil tersedia dalam pelbagai macam jenis, antaranya begedil kentang, begedil tauhu, begedil daging, dan begedil jagung.

Begedil ayam dibuat dengan bahan berdasarkan kentang tumbuk. Begedil boleh dimakan sebagai makanan ringan yang dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama soto dan makanan berkuah sup lain. Begedil ayam yang dimakan dengan cili api atau sos cicah juga amat sedap.

Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan di kedai-kedai atau pasar raya. Cara memasak begedil juga sangat senang dan tidak mengambil masa yang lama. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini.

Bahan – bahan :  

  • 1 kg kentang.
  • 3 tangkai daun sup – diracik halus.
  • 1 sudu besar lada sulah – ditumbuk halus.
  • 2 sudu besar bawang goreng.
  • dada ayam, banyak ikut selera.
  • Garam secukup rasa.
  • Telur secukupnya.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara penyediaan :

1. Kupas kentang, potong dan goreng sehingga empuk.

2. Kemudian, tumbuk kentang sewaktu kentang masih panas. Ini kerana jika anda tumbuk kentang apabila ia sudah sejuk kentang akan menjadi keras dan susah untuk ditumbuk.

3. Goreng dada ayam, tumbuk kasar dan disiat-siat.

4. Gaulkan semua bahan kecuali telur.

5. Tambah perasa ikut selera sendiri.

6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya begedil berbentuk bulat dan sedikit leper.

7. Akhir sekali, celupkan begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan diperasakan dengan sedikit garam.

8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

9. Angkat dan hidangkan begedil anda.

TIPS:

  1. Jangan guna ayam kisar yang masih mentah kerana begedil akan hancur semasa digoreng. Tambahan pula, ayam kisar yang mentah tidak dapat dimasak dengan sempurna kerana begedil hanya mengambil masa yang sekejap untuk digoreng.
  2. Lebihan begedil boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam freezer. Keluarkan dari peti dan goreng seperti biasa bila nak makan.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Source:

https://www.aziekitchen.com/2013/09/begedil-ayam.html

https://saji.my/resepi-begedil-ayam/

error: Content is protected !!