Now Reading
Resepi Bihun Tomyam Yang Harus Anda Cuba

Resepi Bihun Tomyam Yang Harus Anda Cuba

bihun tomyam

Bihun tomyam adalah hidangan yang sering dipesan ketika memesan makanan di mana-mana restoran ataupun warung makanan. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi mengikut cita rasa masing-masing.

Ramai yang menggemari hidangan ini namun tidak ramai yang pandai memasak hidangan tersebut. Oleh itu, kami kongsikan resepi bihun tomyam yang pastinya sedap dan menambah selera anda untuk anda cuba sendiri.

Bihun Tomyam

Resepi 1

Bahan-bahan:

  • Bihun yang telah dicelur 1 bungkus
  • Ayam 1/2 ekor dipotong kecil
  • Pes tomyam 3 sudu makan
  • Bawang besar 2 biji dipotong dadu
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 1 inci dihiris nipis
  • Karot 1 biji dipotong 1 inci dan dibelah dua
  • Seleri 1 batang dihiris serong
  • Tomato 2 biji dipotong dadu
  • Cili api 5 biji
  • Air 3 cawan
  • Sos ikan 3 sudu makan
  • Garam 1 sudu teh
  • Limau nipis 1 biji
  • Daun limau purut 3 helai
  • Daun sup

Cara-cara penyediaannya:

  • 3 cawan air didihkan terlebih dahulu kemudian masukkan bawang besar,serai dan lengkuas. Biarkan mendidih sebentar.
  • Setelah itu masukkan ayam dan karot. Biarkan hingga mendidih.
  • Maukkan pes tomyam, nampla, garam dan sedikit serbuk perasa.
  • Masukkan cili api, tomato, batang seleri, jus limau nipis dan daun limau purut. Biarkan sebentar.
  • Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau rata dan tutup api.
  • Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tomyam.

Resepi 2

Bahan utama:

  • 200 gram Bihun
  • Air

Bahan kisar:

Bahan goreng:

  • Bahan kisar 3 sudu besar
  • Pes chili thai (@ pes tomyam) 3 sudu besar
  • Serai 2 batang
  • Ayam (didadu)
  • Udang
  • Lobak merah
  • Daun limau purut 3 helai
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Sawi

Cara-cara penyediaan bihun tomyam:

  1. Bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kering ditumis terlebih dahulu. Kemudian masukkan thai chili paste dan serai dan kacau sebentar.
  2. Tambahkan ayam dan udang. Kacau lagi sehingga separuh masak.
  3. Masukkan lobak atau apa-apa sayur kegemaran masing-masing dan daun limau purut.
  4. Campurkan sos tiram dan sedikit air. Letakkan perasa dengan garam secukupnya.
  5. Kemudian masukkan bihun dan kacau rata.
  6. Akhir sekali, tambahkan sayuran yang seperti sawi, taugeh dan tomato. Goreng sehingga bihun masak. Siap untuk dihidang!

Resepi 3

Bahan utama

  • Bihun yang telah dicelur secukupnya  

Bahan kuah

  • Pes tomyam adabi 1 paket
  • Dada ayam 3 keping potong kecil
  • Udang saiz sederhana 15 ekor
  • Sotong saiz kecil 15 ekor
  • Lobak merah 1 batang hiris nipis
  • Saderi 3 batang
  • Bawang besar 1 labu dihiris
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Daun limau purut 6 helai
  • Tomato 2 biji
  • Limau nipis 2 biji
  • Cili padi 6 biji diketuk
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  • Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas ke dalam periuk kemudian didihkan.
  • Setelah itu masukkan ayam biarkan seketika lalu asukkan sotong dan udang. Masukkan lobak merah dan saderi apabila telah sebati.
  • Masukkan pes tomyam, perahan limau nipis dan garam serta gula secukup rasa.
  • Matikan api dan siap dihidang panas bersama mee hoon yang telah dicelurkan.

Dengan resepi ini, anda bolehlah mencuba memasak bihun tomyam sendiri di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Bihun tomyam yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

https://buatoranglapo.com/2019/12/25/bihun-goreng-tomyam-yang-sedap/

http://gedungresepi2u.blogspot.com/2016/03/resepi-bihun-tomyam-thai.html

https://www.qaseyhoney.com/2017/06/bihun-tomyam-sempoi.html

error: Content is protected !!