Now Reading
Resepi Bingka Pandan yang Mudah dan Sedap

Resepi Bingka Pandan yang Mudah dan Sedap

Mari kami kongsikan resepi bingka pandan yang mudah dan sedap untuk anda nikmati bersama keluarga di petang hari.

Kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja merupakan kuih muih tradisional. Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang,serta sangat harum baunya hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang kita gunakan.

Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia dapat menghasilkan kuih yang sangat sedap. Cuma anda perlukan teknik yang betul untuk mendapatkan kerak yang sedap dan rangup semasa proses membakar.

Resepi Pertama

bingka pandan

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:45 minit, Jumlah Hidangan:4 biji kuih kelopak 8

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk jus pandan:

  • 1 cawan /250ml air
  • 5 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kuih bakar pandan:

  • 2 cawan /250 g tepung gandum
  • 1 cawan /200 g gula putih
  • setengah sudu kecil garam
  • 2 setengah cawan /563 ml santan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar majerin
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit minyak
  • bijan secukupnya untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C, api atas bawah.
  2. Potong kasar daun pandan dan kisar halus bersama air untuk hasilkan 1 cawan jus pandan. Kemudian, tapis jus pandan dan ketepikan.
  3. Masukkan tepung gandum, gula putih, garam, santan, jus pandan, telur, majerin dan pewarna hijau ke dalam blender. Kisar sehingga halus dan tapis.
  4. Ambil acuan bunga kemboja dan tuang sedikit minyak dalam acuan, kemudian panaskan.
  5. Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan sehingga bijan bertukar menjadi warna sedikti perang. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum dibakar.
  6. Bakar selama 40 hingga 45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar pandan menjadi warna perang.
  7. Cucuk dengan lidi untuk memastkan kuih sudah masak. Jika lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
  8. Sejukkan sebelum dipotong.

Tips:
Pada 10 minit terakhir, tingkatkan oven kepada suhu 190°C supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.

Resepi Kedua

bingka pandan

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau/pandan paste
  • Sedikit bijan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
  3. Taburkan bijan (jika suka). Bakar selama 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.
  4. Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing, bakar dalam 1 jam 20 minit untuk mendapatkan permukaan yang garing.
  5. Sejukkan betul betul dulu sebelum dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik.

Bingka Pandan Mudah

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar majerin
  • Secubit garam
  • Dua biji telur

Cara Penyediaan:

  • Kisar halus kesemua bahan-bahan menggunakan blender.
  • Kemudian bakar atas api kecil selama 45 minit

Resepi Ketiga: Bingka Pandan Kukus

bingka pandan

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 200 ml santan
  • 120 ml air pandan
  • 1/2 sdt garam
  • 125 g gula pasir
  • 1 1/3 sdb tepung gandum
  • 1/2 sdt bijan hitam
  • 1/2 sdt bijan putih

Cara Penyediaan:

  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang dan masukkan santan dan air pandan. Kemudian kacau sehingga sebati
    Tambahkan 2 titik pewarna hijau dan masukkan tepung bersama garam kemudian kacau sampai sebati
  2. Lapik loyang dengan plastic, kemudian tuang adunan tersebut dan taburkan bijan dan kukus anggaran masa 40 minit

Semoga resepi ini dapat membantu anda untuk membuat juadah minum petang bersama keluarga.

Sumber:

https://resepichenom.com/resepi/kuih-bakar-pandan-lembut-dan-sedap/show

https://www.aziekitchen.com/2012/08/resepi-iii-kuih-bakar-pandan-aka-bingka.html

https://archive.sinarharian.com.my/cmlink/rasa/resipi-pilihan/kuih-muih/jangan-terkejut-ini-resipi-bingka-pandan-yang-paling-senang-1.717386

https://cookpad.com/my/recipes/13848860-bingka-pandan-telur-kukus

https://pdfslide.tips/documents/khasiat-dan-kegunaan-daun-pandan.html

error: Content is protected !!